Pembuka Bicara~

* SG! [edited part] bieyla post dkat p2u.. Tgk dekat sidebar~

*Warkah Terakhir hanya berkisar mengenai persahabatan dan kekeluargaan sahaja. Saya buat cerita Warkah Terakhir sebab banyak kawan maya saya yang tak suka bercinta. So, saya make up my mind and buat cerita ni. Harap-harap kawan-kawan semua terima. =)


* Semua gambar yang ada di sini adalah hak milik pak cik google. Ada sesetengah gambar hak milik saya.

Friday, September 30, 2011

School Of Glamour! 7

"Abang!! Abang asyik main tipu je!! Mana aci!!" Nurul mnejerit tanda geram. Pandangan matanya menikam sepasang mata milik abangnya, Nazri.


"Mana adalah. Tak chill lah kalau abang main tipu." Nazri menafikan kata adik kesayangannya. Memang tabiat mereka apabila hari minggu, mereka akan main game lumba kereta.

"Betul ni.." Nurul sudah mengukirkan sebuah senyuman jahatnya. Nazri yang melihat keadaan tersebut sudah bersedia untuk melarikan diri sebelum kena hempuk. Nurul mula mengejar abangnya yang sudah melarikan diri menuju ke pintu. Nurul memusingkan badannya sambil kakinya menuju ke pintu dan menjerit....

"Ibu! Nurul pergi keluar!!" Setelah selesai menjerit, dia terlanggar tubuh seseorang di depan pintu. Nurul sudah naik hangin. Sangkanya abangnya yang berhenti mengejut didepan pintu.

"Abang. Kenapa abang berhenti mengejut? Teringin sangat nak mati ke?" Keras suara Nurul kedengaran.


"Bukan abang nak mati. Budak lelaki yang kau langgar tu nak mati." Nurul kehairanan apabila mendengar kata-kata abangnya. Dia memusingkan badannya ke belakang dan terus terkaku.

"Macam mana korang boleh sampai kat rumah aku??" Nurul bertanya setelah lama mendiamkan diri.

"Kau kan cabar kitorang supaya cari maklumat pasal kau, so kitorang pun carilah dan ini hasilnya," balas Nazrul tenang.

"Emm..lagi 1, badan kau ni batu ke apa?? Sakit betul tangan dan badan aku kena langgar." Sambung Nazrul sambil mengerutkan dahinya tanda kesakitan.

"So, korang ni kawan Nurul ye? Korang semua sangat bertuah hari ni..urm, orang kata apa..langkah kanan eh??" Nazri bertanya.

"A'ah langkah kanan. Tapi kenapa pulak??" tanya Daniel dengan rasa igin tahu.

"Sebab hari ni Nurul kena masak and menyanyi." Terang Nazri. Nurul menjeling abangnya. Sengal punya abang. Desis hati Nurul kegeraman. Nazri buat tidak endah dengan jelingan adiknya itu.


"Whoa...betul ke ni?? Ni lah tak sabar ni.." Bersinar-sinar mata Dyana mendengar kata abang Nurul..

"Eh..jemputlah duduk,s ambil tu boleh saya berkenalan dengan kawan-kawan Nurul. Memang jarang kawan Nurul datang ke rumah." Nazri diam seketika. "Eh, bukan jarang. Memang tak pernah ada langsung." Sambung Nazri. Nurul mengetap bibir. Yang lain sudah tersenyum.

"Apa tunggu lagi Nurul?? Pergi lah ke dapur masak makanan kegemaran abang. Biar abang yang layan tetamu kita ni.." Arah Nazri dengan gembira. Nurul pun berlalu masuk ke dapur untuk memasak..

***************************************

"Saya Nazri , abang Nurul." Nazri dengan senang hati memperkenalkan diri.

"Saya Nazrul, dia Daniel, sebelah tu Fairuz, yang 2 orang perempuan tu, namanya Dyana dan Faiqa." Nazrul memperkenalkan dirinya dan kawan-kawannya. Mereka mengukir senyuman kepada abang Nazri.

"Umur abang berapa?" Dyana bertanya

"19 tahun, masih single tapi not available.." Nazri menjawab dengan nada lucu. Mereka semua tergelak kerana mendengar jawapan Nazri.

"Single apa ke bendanya! Kak Sarah tu apa benda?! Haiwan kesukaan ke?!" Nurul mencelah dari dapur.

"Senyaplah! Buat jelah kerja tu!" Nazri dah terasa kebas mukanya.

"Dah, jangan dengar kata Nurul tu. Abang nak cerita pasal Nurul ni. Dengar tau."

Di dapur Nurul dah mencebikkan mukanya. Nazri pula dengan senang hati menceritakan semua pasal Nurul pada kawan-kawan Nurul tanpa pengetahuan Nurul.

"Lagi satu yang perlu kamu ingat, bila Nurul marah kamu bagi dia coklat cardburry tapi jangan bagi banyak. 1 petak kecil tu dah cukup. Dia tak gemar sangat nak makan coklat ni. Yang dia gemar ialah keropok.Lepas dia makan coklat gerenti rasa marah dia hilang sikit-sikit." Terang Nazri..

5 sekawan mendengar semua benda yang keluar dari mulut Nazri dengan khusyuknya. Kedengaran suara Nurul memberitahu abangnya makanan sudah siap..

"Dahlah. Jom kita pergi angkut semua lauk-pauk ke meja depan." Nazri berkata sambil berlalu untuk mengambil lauk-pauk tersebut. 5 sekawan tersebut hanya mengekori abang Nurul. Selesai mengangkat semua lauk-pauk tersebut, mereka pun menjamah makanan sambil mendengar piano yang dimainkan oleh Nurul.

Selepas selesai makan, Mak Mah mengangkut semua lauk-pauk tersebut ke dapur..

"Sedap betul kau masak Nurul. Meletup.." Puji Fairuz sambil menepuk-nepuk perutnya tanda kenyang.

"A'ahlah Nurul. Sedap betul kau masak. Lepas tu kau mainkan piano masa kitorang tengah makan. Best betul." Dyana turut memuji Nurul. Faiqa hanya mengangguk kepala tanda setuju. Nurul hanya tersenyum simpul..

"Nurul, kalau tak silap aku, kau kan orang yang langgar aku. Masa tu hujan tengah turun. Kau kejar abang kau kan??" Nazrul bertanya untuk mendapatkan jawapan.

"Masa hujan?? Kejar abang aku??" Nurul cuba mengingat. "Owh, yang tu. Yang aku pergi tanpa ucap sepatah kata kat kau tu ya? A'ah aku lah tu. Masa tu aku geram betul dengan abang aku." Nurul sudah ingat kejadian tersebut..

"okeylah, kitorang balik dulu. Besok nak tak kita pergi main squash?" ajak Fairuz.

"Main squash?? Aaa..takpelah. Aku tak nak pergilah. Aku ada hal." tolak Nurul..

"A'ah ada hal, ada hal dengan ibu dengan ayah. Nak bermanja dengan diorang." sakat Nazri..

"Eleh.. kata jelah abang dengki tengok Nurul." Nurul menjelirkan lidahnya. Dalam pada masa yang sama, dia menjeling abangnya sebab membongkarkan rahsianya. 5 sekawan tersebut sudah ketawa.

"Dah puas ketawa? Kalau tak puas lagi sambung dekat rumah kau orang nanti." Nurul mengeluarkan suara tak-puas-hati. Terus lenyap gelak ketawa kawan-kawannya.

"Eleh, merajuk macam budak-budak." Ejek Nazri.

"Eleh, abang pun sama. Merajuk dengan kak Sarah sebab kak Sarah busy." Nurul mengenakan abangnya semula. Terkulat-kulat Nazri mendengar. Yang lain sudah tayang gigi.

"Ma..mana ada. Hish.. Jangan dengar cakap Nurul tu. Tak leh dipakai." Nafi Nazri.

"Yelah tu. Yang abang me..." Nazri menekup mulut Nurul daripada terus berkata-kata. Nurul cuba untuk mengeluarkan suaranya. Tapi Nazri lagi tekup mulutnya dengan kuat.

"Takpelah kalau macam tu kita jumpa masa kat sekolah je la." Nazrul menyelamatkan keadaan. Nazri tersenyum dan angguk kepala.

"Dahlah dari tadi kata je nak balik, tapi tak balik-balik. So sekarang jom kita balik." ajak Fairuz. Nazri menghantar mereka sampai ke pintu rumah dan melambai ke arah mereka. Nurul masih cuba untuk melepaskan dirinya.

Selepas kawan-kawan Nurul beredar. Nazri terus melepaskan Nurul dan masuk ke dalam bilik. Nurul menghentak kaki dan terus berlalu ke dalam biliknya. Bengang betul dengan abangnya.

***********************************************

* Bieyla dah edit sikit-sikit. Kalau ada salah tu. Sorry sangat-sangat. Hope enjoy! =)

3 comments:

Anonymous said...

cepat2 smbung.......

Anonymous said...

bila mau smbg???da lme tunggu...

.sukesuki. said...

maaf..kumako agk sbuk sekarang nie..apa2 pown sila vote di poll sblah..kumako nak tgk cte mne yg pling diminati..klau ctu nie pling diminati kumako akn smbg cpat2..sorry ya..