Pembuka Bicara~

* SG! [edited part] bieyla post dkat p2u.. Tgk dekat sidebar~

*Warkah Terakhir hanya berkisar mengenai persahabatan dan kekeluargaan sahaja. Saya buat cerita Warkah Terakhir sebab banyak kawan maya saya yang tak suka bercinta. So, saya make up my mind and buat cerita ni. Harap-harap kawan-kawan semua terima. =)


* Semua gambar yang ada di sini adalah hak milik pak cik google. Ada sesetengah gambar hak milik saya.

Saturday, October 16, 2010

Warkah Terakhir 1

“Betul ke?” tanya Afiqah dengan bersungguh-sungguh.
“Betul, dia bagi tahu aku,” kata Elisya dengan nada yang sama. Mata Aqilah sudah mula memerah. Dia mengetap bibirnya dengan kuat.
“Kalau tak puas hati cakaplah, ini tidak,” kata Aqilah sedikit kuat. Dia geram apabila mengingatkan perkataan yang terucap di bibir Elisya. Elisya ketawa dalam hati.
“Qilah, kau kata kau tak akan menangis,” ujar Elisya perlahan.
“Aku geramlah dengan perempuan tu, apa dia ingat dia tu siapa. Sedap-sedap aja kata aku perampas. Dia tak sedar diri ke apa, dia tu yang perampas bukan aku!”
“Entahnya, main sedap aja dia kata Qilah perampas,” ujar Nabila dengan bengang kerana kawannya dikatakan perampas. Suasana sunyi menyelubungi meja Nabila dan Aqilah. Elisya tiba-tiba bangun dari tempat duduknya.
“Aku nak pergi duduk tempat aku balik, cikgu dah nak sampai,” beritahu Elisya lantas dia menarik kerusinya duduk di mejanya yang terletak sebelah tempat duduk Adrina.
“Hai Adrina,” sapa Elisya dengan gembira lantas duduk di tempatnya.
“Hai,” Adrina tersenyum sebelum menjawab.
“Tadi kau buat apa dekat sana ?” Tanya Adrina. Elisya terkaku. Dia cepat-cepat mencari jawapan. Belum sempat dia mencari jawapan cikgu matematik mereka sudah masuk ke kelas. Dia menghela nafas lega.
*****
Bunyi loceng kedengaran menandakan waktu rehat sudah bermula. Semua murid mengemas peralatan mereka sebelum meninggalkan kelas.
“Wei Lisya, kau nak makan apa?”
“Aku malas nak makan hari ni, kau nak makan ke? Kalau kau nak makan kau pergilah. Aku tunggu kau dekat pondok tepi kolam,” Elisya menjawab pertanyaan Adrina. Adrina terdiam sebentar. Dia sedang membuat keputusan.
“Aku tak nak makanlah macam tu,” Adrina membuat keputusan.
“Betul ke? Kalau kau nak pergi, pergi aja lah, aku tak halang,”
“Betul, aku tak nak makan. Jomlah pergi dekat pondok tu,” ujar Adrina. Mereka berdua berlalu menuju ke pondok yang terletak berhampiran dengan kolam ikan.
“Wei Lisya, lagi seminggu dah nak cuti panjang. Kau tak pergi mana-mana ke?” Tanya Adrina.
“Tak,” balas Elisya pendek. Lantas dia menghela nafas panjang.
“Kau?” Tanya Elisya setelah mendiamkan diri seketika.
“Entahlah, ayah aku ada kerja nak buat cuti ni. Mak aku pun sama. Keluarga aku sibuk cuti ini, aku pun tak tahulah kalau ibu bapa aku nak pergi bercuti ke tak,” balas Adrina dengan suara yang tidak bersemangat. Selepas itu, mereka mendiamkan diri menikmati pemandangan di tepi pondok. Tidak lama selepas itu bunyi loceng lagi sekali kedengaran menandakan rehat sudah tamat. Mereka berlalu pergi menuju ke kelas mereka.
*****
“Bosan betul,” keluh Elisya. Dia sedang menongkat dagunya sambil menekan-nekan tetikus tanpa arah tuju. Selepas penat berbuat demikian, dia melepaskan tetikus tersebut dari pegangannya. Dia berdiri dan terus menuju ke katilnya lantas merebahkan dirinya di atas katilnya. Dia melelapkan mata perlahan-lahan. Setelah lama dia melelapkan matanya dia membuka kembali. Lagi sekali keluhan terbit dari mulutnya. Dia merenung syiling dengan asyiknya walhal fikirannya melayang-layang ke tempat lain. Tanpa dia sedar, dia tertidur.

"Kenapa kau buat begini? Apa salah aku? Tolong bagi tahu aku? Tolonglah," rayu seorang budak perempuan sambil menahan sendunya.
"Huh, kau ni bodoh. Kau sedar tak selama ni kau tu hanya seorang perempuan yang bodoh? Hish, siapa yang nak kawan dengan orang yang bodoh macam kau? Aku? Hei, tolonglah," balas perempuan yang berdiri di hadapan budak perempuan yang sedang menahan sendunya. Dia menunjal-nunjal perempuan tersebut dengan kasar. Budak perempuan tersebut hanya membiarkan dirinya diperlakukan  sebegitu rupa. Dia langsung tidak membalas.
"Lagipun, orang yang tidak ada perasaan macam kau mana layak dibuat kawan aku, malu aku dengan kawan-kawan aku yang lain," sambung budak perempuan tersebut. Dia sedikit pun tidak berasa bersalah kerana menunjal kepala budak perempuan yang berada di hadapannya.
"Tapi kau kata yang aku ni kawan kau sampai bila-bila," balas budak perempuan yang satu lagi bersama sendunya. Tiba-tiba perempuan tersebut ketawa dengan kuat.
"Kawan? Kau ni memang bodoh! Kau fikir semua yang aku katakan tu betul ke? Tolonglah, siapa nak kawan dengan kau yang terlalu daif dan naif?" Setelah berkata demikian perempuan tersebut membuka langkah untuk pergi dari situ. Tetapi dia berhenti dan pusing menghadap budak perempuan yang masih setia berdiri di situ.
"Sebelum aku terlupa, aku nak ingatkan kau. Jangan kau sesekali mencari aku atau cuba bercakap dengan aku, kalau kau nampak aku pun kau hanya perlu buat bodoh aja. Boleh tak, Elisya?" Elisya menggigit bibirnya. Dia kelihatan teragak-agak untuk bersuara.
"Boleh ke tidak?" Ulang perempuan tersebut lagi sekali tetapi dengan nada serius.
Elisya hanya menganggukkan kepalanya dengan perlahan. Perempuan tersebut hanya tersenyum sinis. Selepas itu, dia berlalu pergi. Elisya terduduk disitu. Badannya terasa lemah dan kepalanya pening. Dia rasa dia akan pengsan tidak lama lagi. Sesaat, dua saat, tiga saat, pemandangan Elisya mulai gelap. Dia rebah disitu.

Elisya tersedar dari tidur. Peluh memercik di dahinya. Dia turun dari katil dan menuju ke bilik air untuk membasuh mukanya. Setelah itu, dia duduk di birai katilnya sambil mengenang kembali mimpinya.
"Mengapa?" Detik hatinya.

p/s : okey tak??

No comments: