Pembuka Bicara~

* SG! [edited part] bieyla post dkat p2u.. Tgk dekat sidebar~

*Warkah Terakhir hanya berkisar mengenai persahabatan dan kekeluargaan sahaja. Saya buat cerita Warkah Terakhir sebab banyak kawan maya saya yang tak suka bercinta. So, saya make up my mind and buat cerita ni. Harap-harap kawan-kawan semua terima. =)


* Semua gambar yang ada di sini adalah hak milik pak cik google. Ada sesetengah gambar hak milik saya.

Saturday, October 15, 2011

Warkah Terakhir 5


Bab 5
"Hai Adrina, selamat pagi!" Suara ceria Elisya menerjah telinga Adrina. Dia mengangkat mukanya dan memandang muka ceria Elisya. Wajahnya kelihatan berseri-seri, lain daripada biasa.
"Kenapa?" Elisya bertanya apabila dia melihat Adrina dari tadi tidak lepas-lepas memandang mukanya.
Adrina cepat-cepat menggelengkan kepalanya, "Tak ada apa-apa, cuma kenapa kau punya muka berseri-seri?"
"Betul ke? Berseri-seri gila?" Persoalan Adrina di balas dengan persoalan. Adrina menganggukkan kepalanya.
"Aku gembira sebab mak aku kata masa cuti panjang nanti kita orang akan pergi ke Singapura," jawab Elisya dengan suara yang tersangat gembira dan ceria. Adrina tersenyum.
"Baguslah, kau dapat pergi ke Singapura dan aku dapat pergi ke Pulau Tioman," Elisya menganggukkan kepalanya. Dia tersangat gembira pada hari itu dan kalau boleh dia mahu menari dan menyanyi menyambut berita gembira itu. Adrina tersenyum melihat tingkah laku kawannya itu.
*****
Bunyi loceng kedengaran lain daripada biasa. Semua orang tahu makna apabila loceng tersebut berbunyi tanpa henti. Itu menandakan kebakaran sedang berlaku, semua orang wajib meninggalkan kelas, tandas, dan makmal. Mereka semua harus berkumpul di padang apabila kebakaran berlaku. Elisya pada ketika itu berada di dalam tandas tidak mendengar bunyi loceng tersebut. Dia hanya mendengar bunyi air yang mengalir sahaja. Semasa dia melangkah keluar dari tandas, dia terbau asap. Dia berasa panik, dia mencari punca bau dan melihat ada kebakaran berlaku di bilik stor belakang tandas. Dia seakan-akan kaku, dia berasa takut. Sementara itu di padang...
"Cikgu, Elisya tak ada!" Jerit Adrina lantang. Puan Halimah mendekati Adrina.
"Macam mana Elisya boleh tak ada?" Tanya Puan Halimah.
"Tadi masa kita orang tengah belajar, dia pergi ke tandas cikgu," ujar Adrina. Puan Halimah kelihatan panik. Dia berlari-lari anak menuju ke tempat pengetua. Mereka berbincang sesuatu sebelum memanggil dua orang pengawas. Selepas itu, Puan Halimah bersama-sama dua pengawas tersebut berlari meninggalkan padang, mereka menuju ke arah tandas perempuan yang terletak di timur. Adrina berdoa agar Elisya selamat, dia tidak mahu Elisya tercedera ataupun pengsan.
Setelah beberapa minit berlalu, kelibat Puan Halimah dan dua orang pengawas tadi mula kelihatan tetapi Elisya tiada bersama mereka. Adrina mulai resah dan berasa cemas. Dia bagaikan cacing kepanasan. Disebabkan cuaca agak panas dan rasa resah mencengkam hatinya dia jatuh pengsan di padang tersebut. Sebelum dia jatuh, dia terdengar ada orang menjerit namanya. Dunianya gelap selepas itu...
*****
Adrina membuka matanya perlahan-lahan, dia masih lagi berasa pening, kepalanya berat. Cahaya yang memancar membuatkan dia rasa hendak muntah. Dia menggagahi dirinya untuk bangun dari pembaringannya. Dia melihat kawasan sekelilingnya.
"Aku dekat mana?" Hatinya bertanya, penuh kehairanan. Dia terpandang susuk tubuh seseorang yang sedang tidur sambil memegang jari jemarinya. Orang itu tidur di atas kerusi, kepalanya terletak di atas katil.
"Ibu?" Soalnya dengan suara yang perlahan. Dia menarik jari jemarinya keluar dari tangan ibunya. Puan Karmilah terjaga dari tidurnya.
"Rin dah sedar ke?" Puan Karmilah bertanya dengan gembira. Adrina menganggukkan kepalanya sedikit.
"Syukurlah, sudah dua hari Rin terlantar dekat hospital. Kenapa boleh jadi begini? Kenapa Rin boleh jatuh pengsan? Rin tak sihat ke? Kalau Rin tak sihat kenapa Rin tak mahu beritahu ibu? Rin buat ibu sedih tahu tak? Ibu tak lalu nak makan sebab teringatkan Rin yang terlantar dekat sini," bertalu-talu soalan keluar dari mulut ibunya. Dia dapat melihat raut muka ibunya yang seakan-akan sedih apabila bertanyakan soalan-soalan tersebut. Adrina menarik senyuman nipis sebelum menjawab, "Ibu, Rin tak ada apa-apa, cuma penat sikit. Rin janji kalau Rin tak sihat Rin bagi tahu ibu,"
Tiba-tiba dia teringat kenapa dia jadi begini, "Elisya," Puan Karmila terdengar anaknya menyebut nama Elisya.
"Baru ibu teringat, Elisya dia selalu datang ke sini sebab nak lawat Rin. Dia risau sangat dengan kesihatan Rin," ujar ibunya. Adrina memandang pelik ke arah ibunya.
"Elisya tak apa-apa ke, bu?" Soalan yang terbit dari mulut Adrina menyentakkan Puan Karmilah.
"Kenapa pula dengan Elisya? Dia kenapa?" Soalan yang diajukan oleh anaknya dijawab dengan soalan.
"Bukan dia.. dah tak ada ke?" Kata Adrina dengan perlahan. Puan Karmilah mengerutkan dahinya.
"Apa maksud Rin? Rin nak dia mati ke?"
"Bukan macam tu ibu, Rin ingat dia dah tak ada sebab masa kejadian tu dia ada dekat dalam tandas. Rin beritahu Puan Halimah yang Elisya tak ada dekat padang. Puan Halimah dengan dua orang pengawas pergi cari Elisya. Masa Puan Halimah datang balik semula ke padang dengan bodyguard dia dua orang tu, Rin tak nampak kelibat Elisya. Rin takut sesuatu timpa Elisya sebab tu Rin pengsan," balas Adrina panjang lebar.
"Maksud Rin kejadian kebakaran tu?" Soal ibunya meminta kepastian, Adrina hanya menganggukkan kepalanya.
"Dia selamat, dia cuma terkejut tapi sekejap aja," ujar ibunya, Adrina melepaskan nafas lega. Tanpa mereka ketahui, Elisya yang baru tiba di hospital tersebut mendengar setiap patah perkataan yang meluncur keluar dari mulut dua beranak itu. Dia terharu mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Adrina. Dia tidak menyangka disebabkan dia Adrina pengsan. Dia lantas berlalu dari situ.

No comments: