"Ada tak Adrina kata apa-apa pasal aku lagi?" Aqilah bertanya
tanpa sempat Elisya melabuhkan punggungnya di tempat duduknya. Dia
terpinga-pinga.
"Aku kata, ada tak Adrina kata apa-apa pasal aku? Lambat pick-uplah
kau ni," ulang Aqilah buat kali ke-dua.
"Tak, dia tak kata apa-apa pasal kau," tiba-tiba Elisya
mendapat idea jahat.
"Cuma.." sambung Elisya cuba untuk menarik perhatian Aqilah.
"Cuma apa?"
"Betul ke kau nak tahu sangat?" Tanya Elisya mendapatkan
kepastian.
"Mestilah aku nak tahu, dah dia burukkan aku. Cuba kalau kau kena, mesti kau nak tahu juga," balas Aqilah
dengan nada mendatar.
"Ok, kau mesti janji dengan aku yang kau tidak akan menangis
atau mengamuk macam orang gila lepas aku beritahu kau,"
"Ya, aku janji aku tidak akan menangis atau mengamuk macam
orang gila lepas kau beritahu aku," Aqilah sengaja menekan perkataan
menangis dan mengamuk. Dia kelihatan bengang.
"Dia kata..." Elisya menarik nafas sebelum menyambung.
"Kau tu gedik nak mampus, dia tak tahan dengan perangai gedik
kau. Apabila kau nampak lelaki kau terus sambar dan menggedik," sambung
Elisya dalam satu nafas. Dia melepaskan nafasnya. Muka Aqilah sudah memerah
menahan marah yang menggunung. Dia menggenggam penumbuknya dengan kuat. Dia
melepaskan penumbuk tersebut di meja Elisya. Selepas itu dia berlalu pergi
dengan perasaan marah yang masih belum surut. Elisya ketawa riang dalam
hati.
Tidak beberapa lama selepas itu, Adrina masuk ke dalam kelas. Dia
kelihatan gembira. Elisya memerhatikan Adrina, terbit rasa marah meluap-luap
apabila melihat muka gembira Adrina. Dia tidak suka melihat Adrina gembira.
Kalau boleh dia mahu melihat Adrina menangis dan dia yakin dia pasti akan
gembira tidak terkata.
"Berseri-seri muka, ada benda ke?" Dengan ramahnya
Elisya menegur Adrina apabila Adrina sudah duduk di tempatnya. Adrina
menekan-nekan pipinya.
"Nampak sangat ke?" Tangannya masih lagi menekan-nekan
pipinya. Dia seperti mahu menyorokkan rasa gembiranya.
"A'ah nampak sangat. Bagi tahulah, apa yang kau
gembirakan?"
"Bukan ada apa-apa pun, cuma ibu aku kata masa cuti panjang
nanti, kita orang akan bercuti dia Pulau Tioman," ujar Adrina dengan
gembira. Dia tersenyum-senyum. Elisya menahan geram di hatinya apabila melihat
Adrina tersenyum. Dia mahu sahaja tumbuk muka Adrina.
"Baguslah, dapat juga kau pergi ke tempat yang dah lama kau
idamkan," balas Elisya dengan senyuman tidak ikhlas. Adrina hanya
menganggukkan kepalanya, senyuman masih lagi mekar dibibirnya. Tidak lama selepas itu, guru matapelajaran
geografi mereka, Puan Aina masuk ke kelas. Pembelajaran
berjalan seperti biasa.
*****
"Engkau dah tanya 'betina' tu?" Nabila tiba-tiba
bertanya. Waktu itu, Elisya berada dalam tandas. Dia terpinga-pinga. Tapi
akhirnya dia dapat tangkap maksud Nabila.
"Dah," jawab Elisya pendek.
"Dia kata Qilah tu perangai macam bagus, kau pun dua kali lima serupa dengan
Qilah. Lepas tu, dia kata dia malu hendak mengaku kau orang kawan dia,"
sambung Elisya bersahaja walhal semua ayat itu hanyalah penipuan semata-mata.
Adrina tidak pernah mengata apa-apa tentang mereka berdua. Dia banyak bercerita
tentang sahabat-sahabat dan keluarganya, tidak lupa juga tentang pelajaran.
Nabila menahan geram.
"Eeee.. menyampah aku dengan 'betina' tu, dia ingat dia tu
pun bagus sangat ke? Tolonglah," ngomel Nabila dengan geram. Elisya hanya
buat tidak tahu dengan omelan Nabila. Dia lantas berlalu pergi menuju ke kelas.
Dia sengaja buat begitu supaya dia dapat menyakinkan Nabila. Dia hanya perlu
cakap sekali dan tidak perlu mengulas dengan lebih lanjut kerana itu akan
kelihatan seperti dia ialah batu api. Dia tersenyum sinis.
*****
Malam semakin menampakkan dirinya, Adrina duduk
di birai katilnya memandang ke luar tingkap. Dia menghela nafas panjang.
"Mengapa? " Soalan tersebut berlegar-legar di fikirannya. Puas dia
perah otaknya tetapi jawapan tidak pernah ada. Dia bangun dari katil dan
menutup langsir biliknya. Dia kemudian pergi ke tandas dan mengambil wuduk.
Setelah selesai menunaikan solat maghrib, dia berdoa kepada Allah agar
masalahnya dapat diselesaikan. Ketika dia sedang berdoa ibunya mengetuk
biliknya lalu membuka pintu. Adrina berpaling menghadap ibunya.
"Kenapa bu?" Soal Adrina. Puan Karmila menggelengkan kepalanya sebelum dia mengukir senyuman kepada anaknya itu.
"Kenapa bu?" Soal Adrina. Puan Karmila menggelengkan kepalanya sebelum dia mengukir senyuman kepada anaknya itu.
"Tak ada apa-apa, ibu cuma nak beritahu,
esok ibu keluar awal pagi. Mungkin dalam pukul 6.30 pagi sebab ibu ada hal.
Nanti ayah yang hantar Rin ke sekolah," balas Puan Karmila.
"Ok," jawab Adrina pendek. Puan
Karmila lantas menutup pintu bilik anaknya dan berlalu pergi dari situ.
Sementelah itu, Adrina masih lagi duduk di tikar sembahyang. Dia mengeluh agak
kuat. Selepas dia melipat telekung dan tikar sembahyang dia duduk di meja
belajar sambil menongkat dagu. Buku sekolah yang terbentang luas di hadapannya
langsung tidak di selaknya. Dia terperangkap dalam persoalan yang sering
mengganggunya. Tetapi dia sedikit tidak ambil pusing tentang persoalan itu
walaupun dia ingin mengetahuinya. Dia lantas teringatkan laptopnya, dia dengan
pantas menarik laptopnya keluar dari beg dan di letakkannya di atas meja
belajar. Dia membuka laman web sosial seperti facebook dan myspace,
dia melihat status kawan-kawannya. Tiada seorang pun kawannya yang mengetahui
bahawa dia juga mempunyai laman web sosial kerana dia tidak pernah memberitahu
kawannya. Tetapi, dia tetap menghantar request kepada kawan-kawannya dan
mereka accept tanpa mengetahui bahawa orang itu ialah dia. Semasa
dia melihat status di pagenya dia tersentak. Dia berulang kali membaca
status tersebut.
"Kejahatan perlu dibalas dengan kejahatan,
masa lalu perlu berulang," Adrina membaca status tersebut dengan penuh
pengertian. Dia melihat ramai orang membalas status tersebut.
"Kenapa Elisya tulis macam tu?" Hati
Adrina berkata dengan hairan. Dia hanya memandang status tersebut dan
membacanya berulang kali. Dia melepaskan nafas berat.
2 comments:
bahasa dh makin okey, citer pon makin menarik even bukan love story
keep it up!
^^
thanx kak hana..
=D
Post a Comment