"Orang tengah sedap-sedap layan perasaan, dia sedap-sedap ganggu pula. Memang tidak boleh tengok orang senang sedikit," ngomel Elisya kegeraman. Dia mencampak handset tersebut di atas katil dan sambung melayan perasaanya yang tergendala akibat bunyi getaran sebentar tadi.
Tiba-tiba dia terkenang akan peristiwa lalu, perasaan marah semakin membuak-buak. Dia mengetap giginya.
"Kau tak faham bahasa ke? Aku kata jangan cari aku atau tegur aku," jerkah Sarina kegeraman. Dia memandang Elisya yang berada dihadapannya dengan perasaan marah.
"Aku.. aku.." Elisya tergagap akibat daripada jerkahan Sarina.
"Aku apa?!" Dengan lantang Sarina menjerit. Dia penat menunggu perkataan yang akan keluar dari mulut Elisya. Air mata sudah menghiasi pemandangan Elisya. Sarina memandangnya dengan pandangan jelek.
"Mengada," ngomel Sarina dengan menyampah. Elisya hanya mendiamkan dirinya. Dia dengar apa yang Sarina cakap tetapi dia buat tidak tahu.
"Ha, cakaplah. Tadi nak sangat cakap, sekarang dah menangis. Like a child!" Cemuh Sarina. Dia menjeling memandang Elisya. Elisya hanya mampu menundukkan kepalanya. Dia tidak berani menentang pandangan membunuh Sarina. Selepas beberapa ketika, Sarina melangkah pergi dari situ. Dia sempat menunjal kepala Elisya. Kedengaran esakan kecil terbit dari mulut Elisya, serentak itu mutiara jernih jatuh membasahi bumi.
"Argggghh..." Elisya menjerit sekuat mungkin. Dia menggenggam penumbuk. Dia menahan marahnya yang semakin naik. Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk banyak kali.
"Elisya, Elisya sayang, Elisya tidak apa-apa ke?" bertalu-talu kedengaran bunyi ketukan diselangi soalan oleh ibunya. Dia membuka pintu biliknya.
"Elisya tidak apa-apa," balasnya.
"Betul ke?" Tanya ibunya untuk memastikan jawapan Elisya.
"Ya mak, Lisya ok aja," lantas dia mengukirkan senyuman. Ibunya memandangnya dengan penuh kasih sayang.
"Kalau ada apa-apa panggil ibu, ibu ada dekat dalam bilik," ujar ibunya. Elisya menganggukkan kepalanya. Puan Sofea lantas berjalan menuju ke biliknya. Dia sebenarnya terkejut kerana terdengar jeritan Elisya. Dia takut ada apa-apa perkara buruk berlaku terhadap anaknya. Dia lantas berlari menuju ke bilik anaknya. Tapi anaknya kata tiada apa-apa yang berlaku. Dia tahu anaknya menipu tetapi dia tidak mahu memburukkan keadaan jadi dia mengambil keputusan untuk berdiam diri. Dia juga perasan senyuman Elisya kelihatan hambar seperti menanggung masalah yang berat.
*****
Elisya membaca message yang dihantar oleh Adrina pagi tadi. Dia menilik jam tangannya sebelum jarinya pantas menekan butang-butang handsetnya. Selepas itu, dia menekan butang send dan menghela nafas.
Adrina yang ketika itu sedang menanti balasan message dari Elisya terkejut apabila handset ditangannya bergetar. Dia dengan pantas membaca message tersebut. Riak mukanya menunjukkan bahawa dia berasa hampa. Dia membaca message tersebut berulang kali.
Aku tak nak pergi. Kalau kau nak sangat pergi perpustakaan, kau pergi sendiri. Aku tengah sibuk. Jangan kacau!
Dia betul-betul terasa hati membaca message tersebut. Perkataan 'Jangan Kacau!' berulang kali menerjah fikirannya. Dia hanya mampu mendiamkan dirinya. Handset ditangannya diletakkan di atas meja, dia lantas berlari turun sambil memanggil kucing kesayangannya, Sarafina.
"Sarafina, engkau tahu tak yang aku terasa hati dengan Lisya, sahabat baik aku. Aku tidak tahu kenapa dia macam tidak suka akan aku, aku ada buat salah dekat dia ke? Sarafina, tolong bagi tahu aku Sarafina. Aku ini jahat sangat ke? Aku mengaku dulu aku jahat tetapi aku sudah berubah sejak 'dia' pergi meninggalkan aku. Aku sedih Sarafina. Tolonglah aku, Sarafina," rintih Adrina keseorangan. Kucing yang berbulu putih itu diusapnya perlahan dengan penuh kasih. Dia mengetap bibirnya menahan sebak yang datang. Mutiara jernih sudah mula mengaburi pemandangan Adrina.
"Kenapa Elisya? Kenapa kau buat aku begini?" Detik hati Adrina.
1 comment:
Header blog bieyla da tukar sbb bieyla bosan sgt so buat header and cover cerita bieyla..
Enjoy reading k!
*tgh tunggu RF dibuka..
Post a Comment