Elisya tersedar dari tidur. Peluh memercik di dahinya. Dia turun dari katil dan menuju ke bilik air untuk membasuh mukanya. Setelah itu, dia duduk di birai katilnya sambil mengenang kembali mimpinya.
"Mengapa?" Detik hatinya. Dia sudah cuba untuk melupakan peristiwa tersebut, tetapi makin dia lupa makin dia ingat. Peristiwa tersebut membuatkannya menjadi seperti sekarang. Manusia bertopengkan sayaitan! Dia mengetap bibirnya. Matanya menunjukkan kemarahan yang teramat sangat. Adrina. Nama tersebut meniti di bibirnya. Dia tersenyum sinis seorang diri. Sekarang matanya bukan lagi menunjukkan kemarahan sebaliknya menunjukkan kekejaman.
*****
"Sayang, bangun sayang," Elisya terdengar satu suara, dia membuka matanya perlahan-lahan. Dia nampak ibunya sedang tersenyum ke arahnya.
"Pukul berapa sekarang ibu?" Kata Elisya dengan suara yang perlahan. Matanya masih lagi berasa kantuk.
"Dah pukul 6 pagi. Cepat bangun, lepas itu mandi," ujar ibunya lalu berlalu keluar meninggalkan Elisya yang masih mengantuk di atas katil. Setelah ibunya beredar, Elisya menyambung tidur. Baru sahaja dia mahu melelapkan matanya dia terdengar suara ibunya lagi sekali.
"Ibu dah agak dah," kata ibunya yang sedang berdiri di tepi pintu memandang anaknya. Elisya tersenyum.
"Lagi 10 minit Elisya bangun, bolehkan ibu?"
"Mana boleh, anak dara tidak boleh bangun lewat," Elisya tarik muncung. Ibunya tersenyum memandang Elisya.
"Hari ni hari minggu bu, bagilah Lisya bangun lambat. Kalau Lisya bangun lambat pun bukan ada apa-apa masalah pun," protes Elisya dengan nada simpati. Ibunya hanya memandangnya sambil berdiri. Langsung tiada perkataan yang keluar dari mulut ibunya. Elisya menghelakan nafas. Dia bangun dari pembaringannya dan menuju ke bilik air. Melihat akan itu, Puan Sofea, ibu kepada Elisya berlalu pergi dari bilik anaknya itu.

Setelah 30 minit berlalu, barulah muka Elisya muncul di dapur. Dia melihat ibu dan ayahnya sedang menikmati sarapan pagi sambil berbual-bual. Dia menarik kerusi di sebelah ibunya dan mencapai sekeping roti bakar.
"Ibu, bila abang dengan akak balik?" Elisya bertanya tanpa memandang ibunya. Dia hanya memandang roti yang berada di tangannya.
"Kalau tak silap ibu, hari ni abang dan kakak Lisya balik." Balas ibunya. Selepas itu, ibu dan ayahnya sambung berbual-bual. Dia hanya mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut ibu bapanya.

Setelah selesai makan, Elisya masuk ke biliknya dan mula membuka laptop kesayangannya. Dia ingin melihat akaun myspace dan juga facebooknya. Semasa dia leka membaca status kawan-kawannya, dia terlihat satu status yang menarik perhatiannya.
" ~ Jangan kerana peristiwa lalu kau berubah menjadi begini. Sayangilah dirimu. ~ "
Dia membaca status itu beberapa kali. Lalu dia tersenyum sinis.
"Kau tidak tahu bagaimana sakitnya hati bila benda itu berlaku, kau jangan pandai cakap kalau tak pernah rasa," Elisya berkata seolah-olah orang yang menulis status itu mendengar katanya. Dia kemudian menyelongkar profile pemilik status tersebut. Tapi dia hampa kerana tidak menjumpai apa yang diingini. Dia mula berfikir dan mengimbas kembali bagaimana dia boleh add pemilik status tersebut kerana dia langsung tidak kenal pemilik status tersebut. Puas otaknya diproses, tetapi dia tidak dapat mencari jawapan tersebut.
"Ah, mampus engkaulah status, malas aku nak cari siapa tuan engkau," ujar Elisya seorang diri selepas dia tidak dapat mengetahui pemilik status tersebut. Dia lalu pergi ke akaun myspace dan membaca status sebagaimana dia buat di facebook. Sedang dia baca semua status kawan-kawannya dia tersentak. Dia membaca status tersebut berulang kali.
"Kenapa?" detik hati Elisya. Dia masih lagi memandang status tersebut.
" ~ Jangan kerana peristiwa lalu kau berubah menjadi begini. Sayangilah dirimu ~ "
Dia masih lagi terkedu. Dia membaca status tersebut buat kali terakhir sebelum pergi ke tuan punya profile. Seperti di facebook, dia masih tidak dapat mencari empunya status.
"Orang yang sama ke?" Elisya bermonolog sendirian.
".... atau lain?" sambung hatinya lagi.
“Tapi, tak mungkin kebetulan. Mesti orang yang sama.” sambung Elisya lagi sekali.
No comments:
Post a Comment