Inilah sisipan cerita baru tu.. hope kau orang semua suka!
Hanya ambil setengah aja daripada bab nya..
Yang selanjutnya boleh di baca di RF..
The Dark Devils mahu mengambil buku Secret Glose kerana itu mereka menyerang kerajaan Fairy. Dia memandang buku tersebut dengan penuh asyik. Di dalam kepalanya, dia mencari jalan untuk membuka buku tersebut. Hanya seorang sahaja yang tahu cara membuka buku tersebut dan orang itu adalah bondanya. Ayahanda dia sendiri tidak tahu hendak membukanya. Apabila mengenangkan bondanya, hatinya menjadi sebak. Saliva dengan cepatnya menghalang rasa sebak menguasai dirinya. Dia berjanji tidak akan mengalirkan air mata lagi. Tidak akan!
Tiba-tiba, pintunya di kuak. Terjengul wajah adiknya, Zella bersama-sama kucingnya Kitty. Kucing tersebut menggesel-gesel badannya pada kaki Zella. Zella hanya membiarkan sahaja.
“Kenapa adik?” Tanya Saliva sambil memandang buku di hadapannya. Zella tidak menjawab sebaliknya dia berjalan mendekati kakaknya itu. Kitty mengikuti Zella dari belakang. Ekornya di goyang-goyangkan ke kiri dan ke kanan.
“Kakak kenapa?” Tanya Zella apabila dia melihat kakaknya asyik termenung memandang buku di hadapannya. Saliva menggeleng-gelengkan kepalanya. Zella mengangkat keningnya. Dia memandang buku yang berada di hadapan kakaknya.
“Secret Glose? Macam mana kakak boleh dapat buku tu?” Tanya Zella kehairanan. Dia masih ingat lagi, apabila dia mencapai buku tu, bonda mereka marah. Dia tidak bagi sesiapa pegang buku tersebut. Hendak menangis dia apabila kena marah. Dia hanya mendengar bebelan bondanya dengan perasaan sedih.
Saliva memandang muka adiknya sebelum memandang ke arah buku tersebut. Dia menghela nafas yang panjang sebelum menjawab pertanyaan adiknya itu. “Kakak ambil buku ni sebelum kita masuk ke dalam cermin. Kakak main capai buku ni sebab kakak nampak buku ni dekat bawah katil.” Beritahu Saliva dengan lemah sekali. Zella mengerutkan dahinya.
No comments:
Post a Comment