Pembuka Bicara~

* SG! [edited part] bieyla post dkat p2u.. Tgk dekat sidebar~

*Warkah Terakhir hanya berkisar mengenai persahabatan dan kekeluargaan sahaja. Saya buat cerita Warkah Terakhir sebab banyak kawan maya saya yang tak suka bercinta. So, saya make up my mind and buat cerita ni. Harap-harap kawan-kawan semua terima. =)


* Semua gambar yang ada di sini adalah hak milik pak cik google. Ada sesetengah gambar hak milik saya.

Friday, September 30, 2011

School Of Glamour! 5

Semasa Nurul sedang berjalan kaki untuk masuk ke sekolah, tiba-tiba dia terasa aura yang tidak menyenangkan. Apabila dia menoleh ke belakang...

"Oh my god!!!pecut!!!" Jerit Nurul apabila ramai orang mengejarnya dari belakang. Setelah sampai di pintu kelas, Nurul terus terduduk sambil tercungap-cungap mengambil angin.

"Aduhai, penat siot! Dah lah orang pakai kain," guman hati Nurul.

"Woi! Yang kau terduduk dekat pintu tu kenapa? Nak jadi jaga kelas ke?" usik Daniel.

"Banyak kau punya jaga, orang kena kejarlah bengai," Nurul menjawab dengan geram sekali.

"Alahai orang main-main aje, janganlah nak amik hati," kata Daniel.

"Memanglah dia tak amik hati, kalau tak mesti dia mati punya sebab takde hati, hahhahaaa." Fairuz ikut mengusik Nurul.

"Tak pasal-pasal aku belakong kau orang berdua biar mati cepat! Gemar sangat nak sakat orang," jerkah Nurul. Selepas itu dia berjalan menuju ke meja dan duduk.

"Matilah aku macam ni kalau setiap hari kena kejar," keluh Nurul.

"Kan aku dah kata nanti ada orang tu kena kejar. Tengok tak caya cakap aku," kata Fairuz dengan rasa bangga.

"Dahlah kau orang ni. Tak nampak ke Nurul ni tengah penat nak jugak usik dia," jerkah Faiqa.

"Wei kau orang! Cikgu on the tar nak menuju ke simen baik kau orang duduk tempat masing2!" jerit Dyana.

Pembelajaran bermula apabila guru mereka msuk ke kelas.

**********************************************

Selepas balik dari tandas muka Nurul sudah berubah, dia langsung tak tegur kawan-kawannya.

"Apasal si Nurul tu??" tanya Fairuz dengan rasa ingin tahu.

"Manalah aku tau, Kau pergilah tanya." Dyana menolak Fairuz.

"Aku tak naklah , tak pasal-pasal kena sebijik dari Nurul," ujar Fairuz..

"Habis tu nak suruh siapa lagi?" Faiqa mula menggaru kepalanya, tiba-tiba mereka semua memandang Nazrul yang sedang sibuk melihat ke luar. Nazrul yang perasan dengan tenungan tersebut mengerutkan dahinya.

"Kau pergilah tanya Nurul apa masalah dia. Kita orang tengok dia balik dari tandas dah berubah dah muka dia." terang Daniel.

"Kenapa aku pulak??" Nazrul tidak puas hati.

"Sebab kau gemar cari gaduh dengan Nurul. Dah jangan banyak soal, pergilah tanya." Daniel menolak Nazrul.

"Urmm... Nurul.. Nurul.." Nurul tidak memberikan respond apabila Nazrul menegurnya. Oleh itu, Nazrul pun mencuit bahu Nurul.

"Weh Nurul," Nurul tersentak lalu memandang ke arah Nazrul.

"Apa dia?" tanya Nurul.

"Apasal dengan muka kau? Macam ada masalah aje. Ada benda ke kat tandas sampai kau punya mood berubah, apasal? kau nampak hantu ke?" tanya Nazrul.

"Urmm.. tak ada benda.. mana ada hantu kat tandas siang-siang macam ni.Apalah kau Nazrul." Nurul tersenyum tetapi senyumannya kelihatan hambar.

"Aku dah try," kata Nazrul dekat Fairuz.

*****************************************

"Weh kau orang, apasal Nurul terus blah camtu aje?" tanya Faiqa.

"Dah sah lagi bersuluh dia ada masalah tapi apa dia erkk?" Dyana cuba memikir masalah yang mungkin dihadapi oleh Nurul.

"Nak tak besok kita cuba pujuk dia ramai-ramai. Mungkin baru dia bagi tahu, setuju?" Fairuz mengeluarkan cadangannya yang bernas.

"Setuju!!" jawab mereka semua.

****************************************

Besoknya Nurul memakai kereta ke sekolah. Dia terpaksa kerana ramai peminatnya yang selalu mengejarnya. Dia memakai sweater yang boleh menutup muka. Semasa dia keluar dari kereta dan menuju ke gate sekolah, dia terlanggar seseorang, apa lagi.. terus dia marah.

"Sakit siout!! Yang kau ni tak reti ke nak jalan hah! Yang pergi tercegat kat sini kenapa? Nak jadik jaga ke hah!!" tiba-tiba Nurul menoleh belakang dan..

"Alamak!!! Pecut!!!" Baru sahaja Nurul hendak membuka langkah seribu, orang yang dilanggarnya tadi mencekup tangannya. Nurul menjerit

"Guard!! tolong.." Serta merta 4 orang guard iaitu pengikutnya menolong Nurul daripada di kepit oleh peminat-peminatnya.. Orang yang pegang tangannya sudah berjalan sambil menarik tangannya.

"Sakitlah siout! Kalau tangan tu memang tangan gajah tak payahlah nak pegang tangan aku! Sakit tau tak.." Marah Nurul dekat lelaki tersebut. Apabila Nurul pandang ke arah lelaki tersebut dia semakin marah.

"Owh, kau Nazrul. Yang kau tetiba pegang tangan orang ni apasal tau tak sakit! S.A.K.I.T..sakit.." Nurul mengeja perkataan sakit dengan marah sekali.

"Sorry," balas Nazrul pendek lalu melepaskan tangan Nurul.

"Apa dia yang kau nak ni?" Nurul memulakan percakapan.

"Aku nak kebenaran.." Balas Nazrul sambil merenung tajam ke arah mata Nurul. Tertusuk betul pandangan mata Nazrul tersebut.

"Kebenaran? Kebenaran pasal apa?" tanya Nurul.

"Sebenarnya kau ni siapa? Kau mesti anak orang kayakan?" tanya Nazrul.

"Aku ni manusialah, takkan haiwan kut. Yup, memang betul cakap kau. Aku nie memang anak orang kaya, tapi aku tak nak beritahu sesiapa pun siapa aku sebab aku nak cuba hidup seperti orang biasa." Nurul menjawab soalan Nazrul.

"Jadik bagi tahu semua pasal kau kat kita orang."

"Huh.. aku takkan bagi tahu apa-apa pun pasal diri aku lagi. Aku just boleh bagi tahu kau orang yang aku memang anak orang kaya. That it, just that! No more question and everything is a secret, if you want to know, find yourself. I don't want to tell you, full stop." Nurul terus berlalu dan menuju ke arah mejanya.

*************************************************

Selepas tamat waktu pembelajaran, Nurul terus keluar dan menuju ke arah kereta yang sedang menunggunya. Selepas dia masuk kereta, kereta tersebut terus pergi. GF5 hanya memerhatikan kereta itu pergi dengan rasa ingin tahu yang semakin mendalam.


"Nanti kita check siapa Nurul yang sebenarnya. Kalau Nurul tak nak bagi tahu, kita cari sendiri," Nazrul mengeluarkan pendapatnya.Yang lain bersetuju dengan cadangannya.

"Tapi kau orang, kau orang perasan tak tadi Nurul cakap dalam inggeris. Aku rasa bila dia marah tahap gila, mesti dia keluarkan bahasa inggeriskan," Dyana memberitahu.

"A'ah betul kata kau, aku pun perasan." Faiqa menyokong kata Dyana.

"Ok lah, bersurai. Besok kita mulakan operasi kita." Selepas itu Nazrul terus berlalu pergi.

************************************************

p/s : Di edit balik semula... heee

2 comments:

Unknown said...

awk ni hebat jgk dlm penulisan novel? nape x hntr karya awk kt mne2 company? klu buat buku best ni..

.sukesuki. said...

takdelah.. biase2 je.. ye ke best?? ntahla.. tak taw.. busy tahun nie..