Pembuka Bicara~

* SG! [edited part] bieyla post dkat p2u.. Tgk dekat sidebar~

*Warkah Terakhir hanya berkisar mengenai persahabatan dan kekeluargaan sahaja. Saya buat cerita Warkah Terakhir sebab banyak kawan maya saya yang tak suka bercinta. So, saya make up my mind and buat cerita ni. Harap-harap kawan-kawan semua terima. =)


* Semua gambar yang ada di sini adalah hak milik pak cik google. Ada sesetengah gambar hak milik saya.

Saturday, October 15, 2011

Revenge : The Prologue


Revenge : The Prologue

Suasana sungguh mencemaskan berlaku di luar kawasan istana Fairy Kingdom. Semua bangunan terbakar dan banyak mayat bergelimpangan. Helis iaitu nama bagi askar-askar Fairy Kingdom bertarung dengan menggunakan semua kuasa yang mereka ada. Namun, kuasa mereka semua tidak setanding dengan kuasa The Dark Devils. Di dalam istana Fairy Kingdom, ada seorang budak perempuan yang berusia dalam lingkungan 9 tahun sedang mencari ibunya, Permaisuri Elit.

“Bonda! Bonda! Bonda dekat mana?! Bonda!” budak perempuan tersebut menjerit memanggil bondanya. Dia mencari bondanya di seluruh bilik yang terdapat di dalam istana tersebut. Tiba-tiba, dia terpandang sebuah bilik yang pintunya terbuka sedikit. Lampu tersebut seakan-akan malap. Dia menolak pintu bilik tersebut perlahan-lahan.

“Bonda?” panggil budak perempuan tersebut dengan suara yang halus. Pintu terbuka dan budak perempuan tersebut melihat bondanya sedang membaca sesuatu seperti mantera. Pada masa itu, bondanya memakai baju seperti jubah dan berwarna hijau tua. Di lehernya terdapat banyak rantai bergantungan. Di depan bondanya pula ialah sebuah cermin yang usang dan disekeliling cermin tersebut terukir ukiran yang sangat unik. Dia memerhatikan bondanya dengan penuh khusyuk. Tangan bondanya terapung-apung di udara sambil membaca mentera.

“Estriagos menchianso diago
Eliago menchriasti tego
Entegame diango melly
Asbastrous diango
Frenscho!”

Serentak dengan itu, Permaisuri Elit mengalihkan pandangannya ke arah anak perempuannya, Saliva. Mata Permaisuri Elit berwarna biru pekat dan berkilat seperti berlian. Saliva terpana melihat mata bondanya.

“Saliva, bawa adik kamu ke bilik ni. Kalau boleh bawa sekali barang-barang yang Saliva rasa penting. Cepat!” arah Permaisuri Elit dengan tiba-tiba.
Saliva seakan-akan terkaku sebelum dia berlari menuju ke bilik adiknya, Zella. Sampai sahaja di bilik adiknya, dia melihat adiknya sedang bermain dengan kucing berbaka Zenon bernama Kitty.
Badan kucing tersebut berbulu putih dan sedikit biru laut. Mata kucing tersebut berwarna merah dan hujung ekornya berwarna biru laut. Di lehernya ada seutas rantai yang mempunyai sebutir permata berwarna hijau. Saliva dengan pantasnya mencapai sebuah beg yang sederhana besar berwarna hitam dan memasukkan 2 pasang bajunya, 3 pasang baju Zella dan barang-barang yang dirasakan perlu. Setelah itu dia dengan pantasnya mencapai sangkar untuk Kitty yang terletak di tepi katil adiknya. Di mengambil Kitty dari tangan adiknya tanpa berkata apa-apa. Zella terkesima dengan perbuatan kakaknya, Saliva. Dia memerhatikan kakaknya memasukkan Kitty di dalam sangkarnya.

”Zella, jom kita pergi ke bilik bawah tanah. Bonda tengah tunggu kita.” ujar Saliva kepada Zella. Dia menarik tangan adiknya supaya mengikutinya.
”Bonda tengah tunggu kita? Kenapa kakak?” soal Zella, hairan. Dia memandang muka kakaknya. Saliva membalas pandangan adiknya itu. Dia mengukirkan senyuman untuk adiknya. Soalan yang ditanya oleh Zella tidak di balas. Ayunan kakinya semakin cepat. Zella juga terpaksa mempercepatkan ayunan langkah untuk menyaingi kakaknya.

”Kakak, kenapa kakak jalan cepat sangat?” soalan Zella memecahkan kesunyian yang menyelebungi suasana istana.

”Aaaaaa.... ”

Saliva yang hendak menjawap soalan yang diajukan terus tidak jadi hendak menjawapnya apabila terdengar jeritan Helis. Zella pula terus memeluk Saliva dengan erat sekali. Saliva mengetap bibirnya. Kuat. Tanpa berfikir panjang dia terus memeluk adiknya dan memejamkan matanya..

”Feriasti diango Mucco”

Sekelip mata mereka sampai di pintu bilik bawah tanah. Saliva sudah tercungap-cungap. Dia terlalu lemah untuk menggunakan kuasanya. Lagi-lagi untuk membawa orang berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Peluh mengalir di mukanya. Saliva menolak Zella ke bilik yang berlampu malap. Zella membuka pintu tersebut. Dalam masa yang sama, dia sempat mengambil sangkar Kitty yang berada  di bawah kakinya. Saliva sedang menarik nafas untuk melegakan kesakitannya. Apabila pintu terbuka, Zella terus menerpa ke arah bondanya, Permaisuri Elit. Dia memeluk bondanya. Kuat. Permaisuri Elit yang sedang membaca mantera tersentak. Dia membuka mata dan melihat Zella sedang memeluknya. Dia merenggangkan pelukan anaknya itu. Zella terpaksa melepaskan pelukannya itu apabila melihat tindak balas bondanya.

“Mana kakak kamu, Saliva?” Tanya Permaisuri Elit. Zella mengarahkan jari telunjuknya di pintu. Serentak itu Saliva terjengul di muka pintu tersebut sambil membimbit beg yang berwarna hitam. Dia menyembunyikan kesakitan tersebut dengan senyuman yang manis sekali.

“Mari sini Saliva,” panggil Permaisuri Elit. Saliva berjalan menuju ke bondanya. Permaisuri Elit memeluk Saliva dan Zella dengan penuh kasih. Saliva dan Zella membalas pelukan bondanya. Saliva sudah mengalirkan air mata. Dia tahu mengapa mereka perlu berkemas, dia bukan bodoh untuk memahami situasi sekarang. The Dark Devils memang jahanam! Saliva mengetap bibirnya. Setelah beberapa minit berlalu, Permaisuri Elit melepaskan pelukannya. Dia mengucup pipi anak-anaknya. Tanda tanya mula menguasai diri Zella.

“Bonda, kenapa dengan bonda? Bonda nak pergi mana?” tanya Zella dengan penuh hairan. Saliva hanya menutup mata. Dia menahan diri supaya tidak menangis. Permaisuri Elit tidak membalas soalan anaknya itu, sebaliknya dia meramas bahu Saliva.

“Saliva, janji dengan bonda yang kamu akan menjaga adik kamu dengan baik. Bonda tak nak ada perkara buruk berlaku pada kamu berdua. Janji dekat bonda, Saliva. Janji.” Saliva menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia berasa sayu mendengar nada bondanya itu. Dia takut jikalau dia tidak dapat menjaga adiknya dengan baik sebagaimana bondanya suruh.
“Saliva, kamu sahaja yang boleh bonda bergantung harap. Bonda nak kamu janji dekat bonda. Janji dengan bonda untuk menjaga diri kamu dan adik kamu dengan baik. Itu sahaja yang bonda minta. Janji dekat bonda,” ujar Permaisuri Elit. Penuh sayu. Saliva menarik nafas panjang. Terlalu berat beban yang harus dipikulnya dalam usia yang terlalu mentah. Dia memandang ke arah adiknya, Zella. Di dalam mata adiknya, dia dapat melihat kesedihan yang jelas terpacar. Adiknya terlalu mentah untuk mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia juga begitu. Tetapi dia terpaksa menabahkan hati untuk menjadi seorang insan yang tabah dan cekal. Dia harus kuat demi keluarga dan negaranya. Saliva menggenggam tangan dengan erat sekali. Dia akhirnya menganggukkan kepalanya. Perlahan. Permaisuri Elit tersenyum dengan penuh sayu.

“Bonda tahu, bonda boleh harapkan kamu,” ujar Permaisuri Elit bersama-sama dengan linangan air mata. Tiba-tiba....

“Booooommmmm..................”
“Istana!!!!!!!!!!!!!!”
Zella terkejut, begitu juga dengan Saliva dan Permaisuri Elit.

“Mereka sudah berjaya pecahkan istana kita. Saliva, Zella. Cepat masuk ke dalam cermin ni apabila cermin ini membentuk air dan membuat pusaran. Bawa barang kamu sekali. Masuk dengan cepat!” Arah Permaisuri Elit. Tetapi sebelum itu, dia sempat membuka kalungnya yang mempunyai batu berwarna merah hati dan cincin yang berwarna merah hati. Dia memberikan
kalung dan cincin tersebut pada anaknya, Saliva. Saliva menyambut pemberian ibunya dengan sedih sekali. Selepas itu, Permaisuri Elit mula membaca mantera. Lama kelamaan, cermin tersebut membentuk seperti air dan membuat pusaran. Zella sudah meraung-raung. Dia memeluk pinggang bondanya dengan kuat. Saliva terpaksa melepaskan pelukan tersebut dengan cara yang kasar. Selepas itu dia menolak adiknya masuk ke dalam cermin tersebut. Dia juga mencampak sangkar Kitty dan beg hitam ke dalam cermin tersebut. Akhir sekali, dia berjalan masuk ke dalam cermin tersebut. Air mata mengalir dengan deras sekali. Derap kaki The Dark Devils semakin dekat.

“Kami sayangkan bonda!!!” Jerit Saliva dengan tangisan yang kuat. Dia tidak dapat bertahan lagi. Jeritan dan raungan menerjah ke gegendang telinganya sebelum dia tidak sedarkan diri dan dunianya menjadi gelap....

No comments: