Pembuka Bicara~

* SG! [edited part] bieyla post dkat p2u.. Tgk dekat sidebar~

*Warkah Terakhir hanya berkisar mengenai persahabatan dan kekeluargaan sahaja. Saya buat cerita Warkah Terakhir sebab banyak kawan maya saya yang tak suka bercinta. So, saya make up my mind and buat cerita ni. Harap-harap kawan-kawan semua terima. =)


* Semua gambar yang ada di sini adalah hak milik pak cik google. Ada sesetengah gambar hak milik saya.

Showing posts with label warkah terakhir. Show all posts
Showing posts with label warkah terakhir. Show all posts

Saturday, October 15, 2011

Warkah Terakhir 5


Bab 5
"Hai Adrina, selamat pagi!" Suara ceria Elisya menerjah telinga Adrina. Dia mengangkat mukanya dan memandang muka ceria Elisya. Wajahnya kelihatan berseri-seri, lain daripada biasa.
"Kenapa?" Elisya bertanya apabila dia melihat Adrina dari tadi tidak lepas-lepas memandang mukanya.
Adrina cepat-cepat menggelengkan kepalanya, "Tak ada apa-apa, cuma kenapa kau punya muka berseri-seri?"
"Betul ke? Berseri-seri gila?" Persoalan Adrina di balas dengan persoalan. Adrina menganggukkan kepalanya.
"Aku gembira sebab mak aku kata masa cuti panjang nanti kita orang akan pergi ke Singapura," jawab Elisya dengan suara yang tersangat gembira dan ceria. Adrina tersenyum.
"Baguslah, kau dapat pergi ke Singapura dan aku dapat pergi ke Pulau Tioman," Elisya menganggukkan kepalanya. Dia tersangat gembira pada hari itu dan kalau boleh dia mahu menari dan menyanyi menyambut berita gembira itu. Adrina tersenyum melihat tingkah laku kawannya itu.
*****
Bunyi loceng kedengaran lain daripada biasa. Semua orang tahu makna apabila loceng tersebut berbunyi tanpa henti. Itu menandakan kebakaran sedang berlaku, semua orang wajib meninggalkan kelas, tandas, dan makmal. Mereka semua harus berkumpul di padang apabila kebakaran berlaku. Elisya pada ketika itu berada di dalam tandas tidak mendengar bunyi loceng tersebut. Dia hanya mendengar bunyi air yang mengalir sahaja. Semasa dia melangkah keluar dari tandas, dia terbau asap. Dia berasa panik, dia mencari punca bau dan melihat ada kebakaran berlaku di bilik stor belakang tandas. Dia seakan-akan kaku, dia berasa takut. Sementara itu di padang...
"Cikgu, Elisya tak ada!" Jerit Adrina lantang. Puan Halimah mendekati Adrina.
"Macam mana Elisya boleh tak ada?" Tanya Puan Halimah.
"Tadi masa kita orang tengah belajar, dia pergi ke tandas cikgu," ujar Adrina. Puan Halimah kelihatan panik. Dia berlari-lari anak menuju ke tempat pengetua. Mereka berbincang sesuatu sebelum memanggil dua orang pengawas. Selepas itu, Puan Halimah bersama-sama dua pengawas tersebut berlari meninggalkan padang, mereka menuju ke arah tandas perempuan yang terletak di timur. Adrina berdoa agar Elisya selamat, dia tidak mahu Elisya tercedera ataupun pengsan.
Setelah beberapa minit berlalu, kelibat Puan Halimah dan dua orang pengawas tadi mula kelihatan tetapi Elisya tiada bersama mereka. Adrina mulai resah dan berasa cemas. Dia bagaikan cacing kepanasan. Disebabkan cuaca agak panas dan rasa resah mencengkam hatinya dia jatuh pengsan di padang tersebut. Sebelum dia jatuh, dia terdengar ada orang menjerit namanya. Dunianya gelap selepas itu...
*****
Adrina membuka matanya perlahan-lahan, dia masih lagi berasa pening, kepalanya berat. Cahaya yang memancar membuatkan dia rasa hendak muntah. Dia menggagahi dirinya untuk bangun dari pembaringannya. Dia melihat kawasan sekelilingnya.
"Aku dekat mana?" Hatinya bertanya, penuh kehairanan. Dia terpandang susuk tubuh seseorang yang sedang tidur sambil memegang jari jemarinya. Orang itu tidur di atas kerusi, kepalanya terletak di atas katil.
"Ibu?" Soalnya dengan suara yang perlahan. Dia menarik jari jemarinya keluar dari tangan ibunya. Puan Karmilah terjaga dari tidurnya.
"Rin dah sedar ke?" Puan Karmilah bertanya dengan gembira. Adrina menganggukkan kepalanya sedikit.
"Syukurlah, sudah dua hari Rin terlantar dekat hospital. Kenapa boleh jadi begini? Kenapa Rin boleh jatuh pengsan? Rin tak sihat ke? Kalau Rin tak sihat kenapa Rin tak mahu beritahu ibu? Rin buat ibu sedih tahu tak? Ibu tak lalu nak makan sebab teringatkan Rin yang terlantar dekat sini," bertalu-talu soalan keluar dari mulut ibunya. Dia dapat melihat raut muka ibunya yang seakan-akan sedih apabila bertanyakan soalan-soalan tersebut. Adrina menarik senyuman nipis sebelum menjawab, "Ibu, Rin tak ada apa-apa, cuma penat sikit. Rin janji kalau Rin tak sihat Rin bagi tahu ibu,"
Tiba-tiba dia teringat kenapa dia jadi begini, "Elisya," Puan Karmila terdengar anaknya menyebut nama Elisya.
"Baru ibu teringat, Elisya dia selalu datang ke sini sebab nak lawat Rin. Dia risau sangat dengan kesihatan Rin," ujar ibunya. Adrina memandang pelik ke arah ibunya.
"Elisya tak apa-apa ke, bu?" Soalan yang terbit dari mulut Adrina menyentakkan Puan Karmilah.
"Kenapa pula dengan Elisya? Dia kenapa?" Soalan yang diajukan oleh anaknya dijawab dengan soalan.
"Bukan dia.. dah tak ada ke?" Kata Adrina dengan perlahan. Puan Karmilah mengerutkan dahinya.
"Apa maksud Rin? Rin nak dia mati ke?"
"Bukan macam tu ibu, Rin ingat dia dah tak ada sebab masa kejadian tu dia ada dekat dalam tandas. Rin beritahu Puan Halimah yang Elisya tak ada dekat padang. Puan Halimah dengan dua orang pengawas pergi cari Elisya. Masa Puan Halimah datang balik semula ke padang dengan bodyguard dia dua orang tu, Rin tak nampak kelibat Elisya. Rin takut sesuatu timpa Elisya sebab tu Rin pengsan," balas Adrina panjang lebar.
"Maksud Rin kejadian kebakaran tu?" Soal ibunya meminta kepastian, Adrina hanya menganggukkan kepalanya.
"Dia selamat, dia cuma terkejut tapi sekejap aja," ujar ibunya, Adrina melepaskan nafas lega. Tanpa mereka ketahui, Elisya yang baru tiba di hospital tersebut mendengar setiap patah perkataan yang meluncur keluar dari mulut dua beranak itu. Dia terharu mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Adrina. Dia tidak menyangka disebabkan dia Adrina pengsan. Dia lantas berlalu dari situ.

Friday, December 3, 2010

Warkah Terakhir 4


"Ada tak Adrina kata apa-apa pasal aku lagi?" Aqilah bertanya tanpa sempat Elisya melabuhkan punggungnya di tempat duduknya. Dia terpinga-pinga.
"Aku kata, ada tak Adrina kata apa-apa pasal aku? Lambat pick-uplah kau ni," ulang Aqilah buat kali ke-dua.
"Tak, dia tak kata apa-apa pasal kau," tiba-tiba Elisya mendapat idea jahat.
"Cuma.." sambung Elisya cuba untuk menarik perhatian Aqilah.
"Cuma apa?"
"Betul ke kau nak tahu sangat?" Tanya Elisya mendapatkan kepastian.
"Mestilah aku nak tahu, dah dia burukkan aku. Cuba kalau kau kena, mesti kau nak tahu juga," balas Aqilah dengan nada mendatar. 
"Ok, kau mesti janji dengan aku yang kau tidak akan menangis atau mengamuk macam orang gila lepas aku beritahu kau,"
"Ya, aku janji aku tidak akan menangis atau mengamuk macam orang gila lepas kau beritahu aku," Aqilah sengaja menekan perkataan menangis dan mengamuk. Dia kelihatan bengang.
"Dia kata..." Elisya menarik nafas sebelum menyambung.
"Kau tu gedik nak mampus, dia tak tahan dengan perangai gedik kau. Apabila kau nampak  lelaki kau terus sambar dan menggedik," sambung Elisya dalam satu nafas. Dia melepaskan nafasnya. Muka Aqilah sudah memerah menahan marah yang menggunung. Dia menggenggam penumbuknya dengan kuat. Dia melepaskan penumbuk tersebut di meja Elisya. Selepas itu dia berlalu pergi dengan perasaan marah yang masih belum surut. Elisya ketawa riang dalam hati. 
Tidak beberapa lama selepas itu, Adrina masuk ke dalam kelas. Dia kelihatan gembira. Elisya memerhatikan Adrina, terbit rasa marah meluap-luap apabila melihat muka gembira Adrina. Dia tidak suka melihat Adrina gembira. Kalau boleh dia mahu melihat Adrina menangis dan dia yakin dia pasti akan gembira tidak terkata.
"Berseri-seri muka, ada benda ke?" Dengan ramahnya Elisya menegur Adrina apabila Adrina sudah duduk di tempatnya. Adrina menekan-nekan pipinya.
"Nampak sangat ke?" Tangannya masih lagi menekan-nekan pipinya. Dia seperti mahu menyorokkan rasa gembiranya.
"A'ah nampak sangat. Bagi tahulah, apa yang kau gembirakan?"
"Bukan ada apa-apa pun, cuma ibu aku kata masa cuti panjang nanti, kita orang akan bercuti dia Pulau Tioman," ujar Adrina dengan gembira. Dia tersenyum-senyum. Elisya menahan geram di hatinya apabila melihat Adrina tersenyum. Dia mahu sahaja tumbuk muka Adrina.
"Baguslah, dapat juga kau pergi ke tempat yang dah lama kau idamkan," balas Elisya dengan senyuman tidak ikhlas. Adrina hanya menganggukkan kepalanya, senyuman masih lagi mekar dibibirnya. Tidak lama selepas itu, guru matapelajaran geografi mereka, Puan Aina masuk ke kelas. Pembelajaran berjalan seperti biasa.
*****
"Engkau dah tanya 'betina' tu?" Nabila tiba-tiba bertanya. Waktu itu, Elisya berada dalam tandas. Dia terpinga-pinga. Tapi akhirnya dia dapat tangkap maksud Nabila.
"Dah," jawab Elisya pendek.
"Dia kata Qilah tu perangai macam bagus, kau pun dua kali lima serupa dengan Qilah. Lepas tu, dia kata dia malu hendak mengaku kau orang kawan dia," sambung Elisya bersahaja walhal semua ayat itu hanyalah penipuan semata-mata. Adrina tidak pernah mengata apa-apa tentang mereka berdua. Dia banyak bercerita tentang sahabat-sahabat dan keluarganya, tidak lupa juga tentang pelajaran. Nabila menahan geram.
"Eeee.. menyampah aku dengan 'betina' tu, dia ingat dia tu pun bagus sangat ke? Tolonglah," ngomel Nabila dengan geram. Elisya hanya buat tidak tahu dengan omelan Nabila. Dia lantas berlalu pergi menuju ke kelas. Dia sengaja buat begitu supaya dia dapat menyakinkan Nabila. Dia hanya perlu cakap sekali dan tidak perlu mengulas dengan lebih lanjut kerana itu akan kelihatan seperti dia ialah batu api. Dia tersenyum sinis.
*****
Malam semakin menampakkan dirinya, Adrina duduk di birai katilnya memandang ke luar tingkap. Dia menghela nafas panjang.
"Mengapa? " Soalan tersebut berlegar-legar di fikirannya. Puas dia perah otaknya tetapi jawapan tidak pernah ada. Dia bangun dari katil dan menutup langsir biliknya. Dia kemudian pergi ke tandas dan mengambil wuduk. Setelah selesai menunaikan solat maghrib, dia berdoa kepada Allah agar masalahnya dapat diselesaikan. Ketika dia sedang berdoa ibunya mengetuk biliknya lalu membuka pintu. Adrina berpaling menghadap ibunya.
"Kenapa bu?" Soal Adrina. Puan Karmila menggelengkan kepalanya sebelum dia mengukir senyuman kepada anaknya itu.
"Tak ada apa-apa, ibu cuma nak beritahu, esok ibu keluar awal pagi. Mungkin dalam pukul 6.30 pagi sebab ibu ada hal. Nanti ayah yang hantar Rin ke sekolah," balas Puan Karmila.
"Ok," jawab Adrina pendek. Puan Karmila lantas menutup pintu bilik anaknya dan berlalu pergi dari situ. Sementelah itu, Adrina masih lagi duduk di tikar sembahyang. Dia mengeluh agak kuat. Selepas dia melipat telekung dan tikar sembahyang dia duduk di meja belajar sambil menongkat dagu. Buku sekolah yang terbentang luas di hadapannya langsung tidak di selaknya. Dia terperangkap dalam persoalan yang sering mengganggunya. Tetapi dia sedikit tidak ambil pusing tentang persoalan itu walaupun dia ingin mengetahuinya. Dia lantas teringatkan laptopnya, dia dengan pantas menarik laptopnya keluar dari beg dan di letakkannya di atas meja belajar. Dia membuka laman web sosial seperti facebook dan myspace, dia melihat status kawan-kawannya. Tiada seorang pun kawannya yang mengetahui bahawa dia juga mempunyai laman web sosial kerana dia tidak pernah memberitahu kawannya. Tetapi, dia tetap menghantar request kepada kawan-kawannya dan mereka  accept tanpa mengetahui bahawa orang itu ialah dia. Semasa dia melihat status di pagenya dia tersentak. Dia berulang kali membaca status tersebut.
"Kejahatan perlu dibalas dengan kejahatan, masa lalu perlu berulang," Adrina membaca status tersebut dengan penuh pengertian. Dia melihat ramai orang membalas status tersebut.
"Kenapa Elisya tulis macam tu?" Hati Adrina berkata dengan hairan. Dia hanya memandang status tersebut dan membacanya berulang kali. Dia melepaskan nafas berat.

Monday, November 15, 2010

Warkah Terakhir 3

 Sedang Elisya melayan perasaan, dia dikejutkan dengan bunyi getaran. Dia cepat-cepat mencapai handsetnya. Dia meneliti nama yang mengganggu dia melayan perasaan. Dia mendengus.
"Orang tengah sedap-sedap layan perasaan, dia sedap-sedap ganggu pula. Memang tidak boleh tengok orang senang sedikit," ngomel Elisya kegeraman. Dia mencampak handset tersebut di atas katil dan sambung melayan perasaanya yang tergendala akibat bunyi getaran sebentar tadi. 
Tiba-tiba dia terkenang akan peristiwa lalu, perasaan marah semakin membuak-buak. Dia mengetap giginya.

"Kau tak faham bahasa ke? Aku kata jangan cari aku atau tegur aku," jerkah Sarina kegeraman. Dia memandang Elisya yang berada dihadapannya dengan perasaan marah.
"Aku.. aku.." Elisya tergagap akibat daripada jerkahan Sarina.
"Aku apa?!" Dengan lantang Sarina menjerit. Dia penat menunggu perkataan yang akan keluar dari mulut Elisya. Air mata sudah menghiasi pemandangan Elisya. Sarina memandangnya dengan pandangan jelek.
"Mengada," ngomel Sarina dengan menyampah. Elisya hanya mendiamkan dirinya. Dia dengar apa yang Sarina cakap tetapi dia buat tidak tahu.
"Ha, cakaplah. Tadi nak sangat cakap, sekarang dah menangis. Like a child!" Cemuh Sarina. Dia menjeling memandang Elisya. Elisya hanya mampu menundukkan kepalanya. Dia tidak berani menentang pandangan membunuh Sarina. Selepas beberapa ketika, Sarina melangkah pergi dari situ. Dia sempat menunjal kepala Elisya. Kedengaran esakan kecil terbit dari mulut Elisya, serentak itu mutiara jernih jatuh membasahi bumi.

"Argggghh..." Elisya menjerit sekuat mungkin. Dia menggenggam penumbuk. Dia menahan marahnya yang semakin naik. Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk banyak kali.
"Elisya, Elisya sayang, Elisya tidak apa-apa ke?" bertalu-talu kedengaran bunyi ketukan diselangi soalan oleh ibunya. Dia membuka pintu biliknya.
"Elisya tidak apa-apa," balasnya.
"Betul ke?" Tanya ibunya untuk memastikan jawapan Elisya.
"Ya mak, Lisya ok aja," lantas dia mengukirkan senyuman. Ibunya memandangnya dengan penuh kasih sayang.
"Kalau ada apa-apa panggil ibu, ibu ada dekat dalam bilik," ujar ibunya. Elisya menganggukkan kepalanya. Puan Sofea lantas berjalan menuju ke biliknya. Dia sebenarnya terkejut kerana terdengar jeritan Elisya. Dia takut ada apa-apa perkara buruk berlaku terhadap anaknya. Dia lantas berlari menuju ke bilik anaknya. Tapi anaknya kata tiada apa-apa yang berlaku. Dia tahu anaknya menipu tetapi dia tidak mahu memburukkan keadaan jadi dia mengambil keputusan untuk berdiam diri. Dia juga perasan senyuman Elisya kelihatan hambar seperti menanggung masalah yang berat.
*****
Elisya membaca message yang dihantar oleh Adrina pagi tadi. Dia menilik jam tangannya sebelum jarinya pantas menekan butang-butang handsetnya. Selepas itu, dia menekan butang send dan menghela nafas.
Adrina yang ketika itu sedang menanti balasan message dari Elisya terkejut apabila handset ditangannya bergetar. Dia dengan pantas membaca message tersebut. Riak mukanya menunjukkan bahawa dia berasa hampa. Dia membaca message tersebut berulang kali. 
Aku tak nak pergi. Kalau kau nak sangat pergi perpustakaan, kau pergi sendiri. Aku tengah sibuk. Jangan kacau!
Dia betul-betul terasa hati membaca message tersebut. Perkataan 'Jangan Kacau!' berulang kali menerjah fikirannya. Dia hanya mampu mendiamkan dirinya. Handset ditangannya diletakkan di atas meja, dia lantas berlari turun sambil memanggil kucing kesayangannya, Sarafina.
"Sarafina, engkau tahu tak yang aku terasa hati dengan Lisya, sahabat baik aku. Aku tidak tahu kenapa dia macam tidak suka akan aku, aku ada buat salah dekat dia ke? Sarafina, tolong bagi tahu aku Sarafina. Aku ini jahat sangat ke? Aku mengaku dulu aku jahat tetapi aku sudah berubah sejak 'dia' pergi meninggalkan aku. Aku sedih Sarafina. Tolonglah aku, Sarafina," rintih Adrina keseorangan. Kucing yang berbulu putih itu diusapnya perlahan dengan penuh kasih. Dia mengetap bibirnya menahan sebak yang datang. Mutiara jernih sudah mula mengaburi pemandangan Adrina.
"Kenapa Elisya? Kenapa kau buat aku begini?" Detik hati Adrina.

Sunday, November 7, 2010

Warkah Terakhir 2

Elisya tersedar dari tidur. Peluh memercik di dahinya. Dia turun dari katil dan menuju ke bilik air untuk membasuh mukanya. Setelah itu, dia duduk di birai katilnya sambil mengenang kembali mimpinya.
"Mengapa?" Detik hatinya. Dia sudah cuba untuk melupakan peristiwa tersebut, tetapi makin dia lupa makin dia ingat. Peristiwa tersebut membuatkannya menjadi seperti sekarang. Manusia bertopengkan sayaitan! Dia mengetap bibirnya. Matanya menunjukkan kemarahan yang teramat sangat. Adrina. Nama tersebut meniti di bibirnya. Dia tersenyum sinis seorang diri. Sekarang matanya bukan lagi menunjukkan kemarahan sebaliknya menunjukkan kekejaman.
*****
"Sayang, bangun sayang," Elisya terdengar satu suara, dia membuka matanya perlahan-lahan. Dia nampak ibunya sedang tersenyum ke arahnya.
  "Pukul berapa sekarang ibu?" Kata Elisya dengan suara yang perlahan. Matanya masih lagi berasa kantuk.
"Dah pukul 6 pagi. Cepat bangun, lepas itu mandi," ujar ibunya lalu berlalu keluar meninggalkan Elisya yang masih mengantuk di atas katil. Setelah ibunya beredar, Elisya menyambung tidur. Baru sahaja dia mahu melelapkan matanya dia terdengar suara ibunya lagi sekali.
"Ibu dah agak dah," kata ibunya yang sedang berdiri di tepi pintu memandang anaknya. Elisya tersenyum.
"Lagi 10 minit Elisya bangun, bolehkan ibu?"
"Mana boleh, anak dara tidak boleh bangun lewat," Elisya tarik muncung. Ibunya tersenyum memandang Elisya.
"Hari ni hari minggu bu, bagilah Lisya bangun  lambat.
Kalau Lisya bangun lambat pun bukan ada apa-apa masalah pun," protes Elisya dengan nada simpati. Ibunya hanya memandangnya sambil berdiri. Langsung tiada perkataan yang keluar dari mulut ibunya. Elisya menghelakan nafas. Dia bangun dari pembaringannya dan menuju ke bilik air. Melihat akan itu, Puan Sofea,  ibu kepada Elisya berlalu pergi dari bilik anaknya itu.

Setelah 30 minit berlalu, barulah muka Elisya muncul di dapur. Dia melihat ibu dan ayahnya sedang menikmati sarapan pagi sambil berbual-bual. Dia menarik kerusi di sebelah ibunya dan mencapai sekeping roti bakar.
"Ibu, bila abang dengan akak balik?" Elisya bertanya tanpa memandang ibunya. Dia hanya memandang roti yang berada di tangannya.
"Kalau tak silap ibu, hari ni abang dan kakak Lisya balik." Balas ibunya. Selepas itu, ibu dan ayahnya sambung berbual-bual. Dia hanya mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut ibu bapanya.

Setelah selesai makan, Elisya masuk ke biliknya dan mula membuka laptop kesayangannya. Dia ingin melihat akaun myspace dan juga facebooknya. Semasa dia leka membaca status kawan-kawannya, dia terlihat satu status yang menarik perhatiannya.
" ~ Jangan kerana peristiwa lalu kau berubah menjadi begini. Sayangilah dirimu. ~ "
Dia membaca status itu beberapa kali. Lalu dia tersenyum sinis.
"Kau tidak tahu bagaimana sakitnya hati bila benda itu berlaku, kau jangan pandai cakap kalau tak pernah rasa," Elisya berkata seolah-olah orang yang menulis status itu mendengar katanya. Dia kemudian menyelongkar profile pemilik status tersebut. Tapi dia hampa kerana tidak menjumpai apa yang diingini. Dia mula berfikir dan mengimbas kembali bagaimana dia boleh add pemilik status tersebut kerana dia langsung tidak kenal pemilik status tersebut. Puas otaknya diproses, tetapi dia tidak dapat mencari jawapan tersebut.
"Ah, mampus engkaulah status, malas aku nak cari siapa tuan engkau," ujar Elisya seorang diri selepas dia tidak dapat mengetahui pemilik status tersebut. Dia lalu pergi ke akaun myspace dan membaca status sebagaimana dia buat di facebook. Sedang dia baca semua status kawan-kawannya dia tersentak. Dia membaca status tersebut berulang kali.
"Kenapa?" detik hati Elisya. Dia masih lagi memandang status tersebut.
"  ~ Jangan kerana peristiwa lalu kau berubah menjadi begini. Sayangilah dirimu ~ "
Dia masih lagi terkedu. Dia membaca status tersebut buat kali terakhir sebelum pergi ke tuan punya profile. Seperti di facebook, dia masih tidak dapat mencari empunya status.
"Orang yang sama ke?" Elisya bermonolog sendirian.
".... atau lain?" sambung hatinya lagi.
“Tapi, tak mungkin kebetulan. Mesti orang yang sama.” sambung Elisya lagi sekali.

Saturday, October 16, 2010

Warkah Terakhir 1

“Betul ke?” tanya Afiqah dengan bersungguh-sungguh.
“Betul, dia bagi tahu aku,” kata Elisya dengan nada yang sama. Mata Aqilah sudah mula memerah. Dia mengetap bibirnya dengan kuat.
“Kalau tak puas hati cakaplah, ini tidak,” kata Aqilah sedikit kuat. Dia geram apabila mengingatkan perkataan yang terucap di bibir Elisya. Elisya ketawa dalam hati.
“Qilah, kau kata kau tak akan menangis,” ujar Elisya perlahan.
“Aku geramlah dengan perempuan tu, apa dia ingat dia tu siapa. Sedap-sedap aja kata aku perampas. Dia tak sedar diri ke apa, dia tu yang perampas bukan aku!”
“Entahnya, main sedap aja dia kata Qilah perampas,” ujar Nabila dengan bengang kerana kawannya dikatakan perampas. Suasana sunyi menyelubungi meja Nabila dan Aqilah. Elisya tiba-tiba bangun dari tempat duduknya.
“Aku nak pergi duduk tempat aku balik, cikgu dah nak sampai,” beritahu Elisya lantas dia menarik kerusinya duduk di mejanya yang terletak sebelah tempat duduk Adrina.
“Hai Adrina,” sapa Elisya dengan gembira lantas duduk di tempatnya.
“Hai,” Adrina tersenyum sebelum menjawab.
“Tadi kau buat apa dekat sana ?” Tanya Adrina. Elisya terkaku. Dia cepat-cepat mencari jawapan. Belum sempat dia mencari jawapan cikgu matematik mereka sudah masuk ke kelas. Dia menghela nafas lega.
*****
Bunyi loceng kedengaran menandakan waktu rehat sudah bermula. Semua murid mengemas peralatan mereka sebelum meninggalkan kelas.
“Wei Lisya, kau nak makan apa?”
“Aku malas nak makan hari ni, kau nak makan ke? Kalau kau nak makan kau pergilah. Aku tunggu kau dekat pondok tepi kolam,” Elisya menjawab pertanyaan Adrina. Adrina terdiam sebentar. Dia sedang membuat keputusan.
“Aku tak nak makanlah macam tu,” Adrina membuat keputusan.
“Betul ke? Kalau kau nak pergi, pergi aja lah, aku tak halang,”
“Betul, aku tak nak makan. Jomlah pergi dekat pondok tu,” ujar Adrina. Mereka berdua berlalu menuju ke pondok yang terletak berhampiran dengan kolam ikan.
“Wei Lisya, lagi seminggu dah nak cuti panjang. Kau tak pergi mana-mana ke?” Tanya Adrina.
“Tak,” balas Elisya pendek. Lantas dia menghela nafas panjang.
“Kau?” Tanya Elisya setelah mendiamkan diri seketika.
“Entahlah, ayah aku ada kerja nak buat cuti ni. Mak aku pun sama. Keluarga aku sibuk cuti ini, aku pun tak tahulah kalau ibu bapa aku nak pergi bercuti ke tak,” balas Adrina dengan suara yang tidak bersemangat. Selepas itu, mereka mendiamkan diri menikmati pemandangan di tepi pondok. Tidak lama selepas itu bunyi loceng lagi sekali kedengaran menandakan rehat sudah tamat. Mereka berlalu pergi menuju ke kelas mereka.
*****
“Bosan betul,” keluh Elisya. Dia sedang menongkat dagunya sambil menekan-nekan tetikus tanpa arah tuju. Selepas penat berbuat demikian, dia melepaskan tetikus tersebut dari pegangannya. Dia berdiri dan terus menuju ke katilnya lantas merebahkan dirinya di atas katilnya. Dia melelapkan mata perlahan-lahan. Setelah lama dia melelapkan matanya dia membuka kembali. Lagi sekali keluhan terbit dari mulutnya. Dia merenung syiling dengan asyiknya walhal fikirannya melayang-layang ke tempat lain. Tanpa dia sedar, dia tertidur.

"Kenapa kau buat begini? Apa salah aku? Tolong bagi tahu aku? Tolonglah," rayu seorang budak perempuan sambil menahan sendunya.
"Huh, kau ni bodoh. Kau sedar tak selama ni kau tu hanya seorang perempuan yang bodoh? Hish, siapa yang nak kawan dengan orang yang bodoh macam kau? Aku? Hei, tolonglah," balas perempuan yang berdiri di hadapan budak perempuan yang sedang menahan sendunya. Dia menunjal-nunjal perempuan tersebut dengan kasar. Budak perempuan tersebut hanya membiarkan dirinya diperlakukan  sebegitu rupa. Dia langsung tidak membalas.
"Lagipun, orang yang tidak ada perasaan macam kau mana layak dibuat kawan aku, malu aku dengan kawan-kawan aku yang lain," sambung budak perempuan tersebut. Dia sedikit pun tidak berasa bersalah kerana menunjal kepala budak perempuan yang berada di hadapannya.
"Tapi kau kata yang aku ni kawan kau sampai bila-bila," balas budak perempuan yang satu lagi bersama sendunya. Tiba-tiba perempuan tersebut ketawa dengan kuat.
"Kawan? Kau ni memang bodoh! Kau fikir semua yang aku katakan tu betul ke? Tolonglah, siapa nak kawan dengan kau yang terlalu daif dan naif?" Setelah berkata demikian perempuan tersebut membuka langkah untuk pergi dari situ. Tetapi dia berhenti dan pusing menghadap budak perempuan yang masih setia berdiri di situ.
"Sebelum aku terlupa, aku nak ingatkan kau. Jangan kau sesekali mencari aku atau cuba bercakap dengan aku, kalau kau nampak aku pun kau hanya perlu buat bodoh aja. Boleh tak, Elisya?" Elisya menggigit bibirnya. Dia kelihatan teragak-agak untuk bersuara.
"Boleh ke tidak?" Ulang perempuan tersebut lagi sekali tetapi dengan nada serius.
Elisya hanya menganggukkan kepalanya dengan perlahan. Perempuan tersebut hanya tersenyum sinis. Selepas itu, dia berlalu pergi. Elisya terduduk disitu. Badannya terasa lemah dan kepalanya pening. Dia rasa dia akan pengsan tidak lama lagi. Sesaat, dua saat, tiga saat, pemandangan Elisya mulai gelap. Dia rebah disitu.

Elisya tersedar dari tidur. Peluh memercik di dahinya. Dia turun dari katil dan menuju ke bilik air untuk membasuh mukanya. Setelah itu, dia duduk di birai katilnya sambil mengenang kembali mimpinya.
"Mengapa?" Detik hatinya.

p/s : okey tak??