Pembuka Bicara~

* SG! [edited part] bieyla post dkat p2u.. Tgk dekat sidebar~

*Warkah Terakhir hanya berkisar mengenai persahabatan dan kekeluargaan sahaja. Saya buat cerita Warkah Terakhir sebab banyak kawan maya saya yang tak suka bercinta. So, saya make up my mind and buat cerita ni. Harap-harap kawan-kawan semua terima. =)


* Semua gambar yang ada di sini adalah hak milik pak cik google. Ada sesetengah gambar hak milik saya.

Showing posts with label Chronicles Of Revenge. Show all posts
Showing posts with label Chronicles Of Revenge. Show all posts

Tuesday, June 28, 2016

Life

Hi ! Assalamualaikum and petang !

Sooo actually dah hilang semangat nak menulis even rasa nak menulis tu ada tapi since dekat uni banyak benda nak buat and bila nak menulis rasa macam hmm..

Anyway, sekarang dah dekat rumah - cuti antara sidang. So, hope I can finish this Chronicle Of Revenge before this upcoming September sebab? Dah tak sanggup biarkan cerita ni tergantung lagi. I really hope akan dapat habiskan. This is the only story yang memang bieyla rasa nak habiskan. I want to reread it again one day after dah habiskan cerita ni.

After writer block time kat chapter 18 tu dah berjaya dilepasi and now on the way chapter 19 (baru je masuk) I was really glad sebab berjaya tempuhi writer block. Selama 3 tahun terstuck dekat chapter 18 (actually mmg 3 tahun tak bukak file dia sebab kinda hilang semangat) but semalam bieyla try untuk menaip balik and here I am. Haaaa seriously rasa gembira after berjaya menaip balik but since bieyla rasa nak tgk cerita, download cerita, main game and I need to cook, idk if I can start writing setiap hari..

Now tgh download Kamen Rider Kiva heee semalam habis tgk cerita Oh My Ghost. Oh sumpah best! And nak download one piece jugak ni sebab banyak ketinggalan around 40 episode baru... tapi dah tgk online. Still I need to download it ! jyeahh

Anyway thanks reading and comment. Love you guyss ^^ <3

Sunday, December 8, 2013

Just Random Things

So hello all and thank for still reading my stories *kalau ada lah* I'm busy with matrik life which is kinda fun even it's stress and menyakitkan hati disebabkan kerja yang agak banyak. Tapi kalau tiap hari buat memang takla banyak tp disebabkan penulis ni seorang yang agak pemalas lagi2 bila da balik rumah. Semua kerja dia tak buat huhuhu habislahhh isnin nanti kena siapkan jugak lab phy and bio. Tutorial math, phy, chem and bio. Assignment and all. Kena study jugak. Tidak boleh tidak. Selasa ni jugak which is lagi 2 hari lagi result pspm 1 akan keluar. All the best for my friends and I. yeahhh love my practicum-mate saye hehehe...

So Revenge 17 : Home (part 1) dah dipublishkan setelah agak lama menyimpannya dalam pendrive disebabkan Revenge 18 tak siap2 lagi. Mungkin chapter akhir adalah Revenge 22/23. Tak pasti lagi. Tak sudah menulis. Yeah agak rindu nak menulis tapi busy with works and all. Thank again sebab ada yang sabar menunggu. Sungguh terharu ehhe. Cutinya banyak habiskan masa tengok Kamen Rider Kiva and download Kamen Rider W (saje je nak download. Nak tgk banyak kali sampai lebam hehe)

Malam ni ada kenduri rumah pakngah, and ingat nak pi jenjalan with my familia so yeah terpakse meninggalkan kerja2 matrik yang melambak tu. yeah itu adalah alasan tak nak buat kerja2 matrik. Duduk rumah kena rehat. Insya-Allah dekat matrik nanti siapkan semua kerja2 sampai tak tidur malam macam time exam pspm1. Sungguh teruk. Rasa kena bunuh dengan perlahannya dekat dalam. Lama2 tiada soul mungkin urghh but it's fun with my practicum-mate. All is well. *smile*

Insya-Allah lepas matrik habis which is bulan 5. Try nak struggle habiskan COR. Sungguh nak habiskan tapi tiada idealah. Kering kontang sebab lama tak kerah otak berfikir jalan cerita dia. oh and The Mines takley pergi sebab family busy macam biasa. Sedih yeahh sedih sangat2. Nak beli novel bebanyak tauk huhu.

Oh gtg, kena bersiap. Pukul 1.30 nak pi jenjalan beli brg and going to my pakngah punya rumah ada majlis. yeahhh thank again. Assalamualaikum ^^

Tuesday, February 7, 2012

Revenge 12 : The Lakelion (part 3)


Revenge 12 : The Lakelion (part 3)


Vanessa memegang lengannya yang tercedera. Dia mengetap gigi. Makhluk dihadapannya dipandang tajam. Monica dan Tiara sedang berlawan di sebelah kanannya manakala Slyer dan Danny sedang berlawan di sebelah kiri. Makhluk yang mereka lawan begitu hebat sekali. Makhluk-makhluk tersebut menyerang secara berkumpulan. Kesemua makhluk yang berbadan kecil itu dibilang oleh Vanessa. Kesemuanya ada 20! Vanessa memandang empat makhluk kecil itu di hadapannya. Makhluk kecil ini dinamakan Frewk.

Makhluk tersebut menjelir-jelir lidahnya. Vanessa ketap bibir. Dia tidak tahu sama ada mahu membunuh Frewk  menggunakan magis hitam atau tidak. Semua kawannya menggunakan magis hitam kecuali dia yang menggunakan magis kristal. Akhirnya dia mendapat akal. Dia berlari masuk ke dalam hutan yang jauh sedikit dari kawan-kawannya yang lain. Frewk mengikutnya dari belakang. Vanessa mengukirkan senyuman sinis. Nampaknya Frewk itu sudah masuk perangkap. Sampai sahaja di tempat yang dirasakan sesuai, Vanessa menggunakan magis hitam yang paling kuat.

Vanessa berdiri di tengah-tengah Frewk. Dia mendepangkan tangannya seolah-olah memberi Frewk mengerjakan tubuhnya. Tiba-tiba, satu cahaya hitam keluar dari celah jari Vanessa dan menikam empat Frewk sekaligus. Frewk tersebut sudah hilang. Vanessa terduduk kepenatan. Magis hitam yang digunakan memang bukan dibuat main. Dia menggenggam tangannya mengumpulkan semangat kembali. Sakit di lengan semakin mencucuk. Vanessa tersedar. Serbuk kristal! Ya. Serbuk kristal. Vanessa cepat-cepat menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan seuncang serbuk kristal. Serbuk tersebut diletak di atas lengan yang tercedera.

Sebelum itu, dia sempat menjampi serbuk tersebut. Lengannya berasa sejuk. Kesakitan yang dirasai mula menghilang sedikit. Air berwarna hitam mengalir keluar dari luka yang terdapat di lengannya. Air tersebut menitik ke tanah akhirnya. Setelah beberapa minit berlalu, Vanessa bangkit. Kesakitan sudah tidak dirasai lagi. Dia hendak membuka langkah tetapi tidak jadi apabila melihat sesuatu yang menarik perhatiannya. Vasperin. Vanessa memandang tumbuhan tersebut. Dia pasti tumbuhan tersebut pasti ada makhluk mengawalnya.

Tetapi apabila difikir-fikir semula. Tidak mungkin tumbuhan itu ada makhuk yang mengawalnya kerana tumbuhan tersebut jarang ditemui di sini. Vanessa memasang reflection di badannya. Reflection bertujuan untuk memperterbalikkan pantulan magis atau jampi ke arah tuannya sendiri. Reflection termasuk dalam magis hitam, iaitu pelajaran cabang ketiga. Cabang yang susah sekali.

Vanessa berjalan menghampiri Vasperin. Dia memetik tumbuhan itu dan memasukkannya ke dalam uncang serbuk kristal. Selepas itu dia berlalu pergi dari situ. Setelah hampir sampai ditempat kawan-kawannya dia membuang reflection yang dipasang sebentar tadi. Vanessa melangkah menuju ke arah Monica yang sedang mengubati Tiara. Frewk sudah tidak kelihatan lagi di sekeliling mereka. Slyer pula sedang mengubati Danny. Vanessa berjalan mendekati mereka berempat. Uncang serbuk kristal dikeluarkan. Diletakkan serbuk kristal tersebut di tapak tangannya dan dijampinya. Serbuk tersebut dilumur di tubuh Tiara yang tercedera. Kemudian, Vanessa melumur serbuk tersebut di tubuh Danny yang tercedera. Vanessa ketap bibir. Entah kenapa jantungnya berdebar dengan laju apabila melumur serbuk kristal tersebut di tubuh Danny yang tercedera. Slyer dan Monica merawat antara satu sama lain. Tubuh Danny yang paling banyak kesan luka.

“Kau orang, semua tumbuhan kita dah dapatkan? Jom kita balik. Lagipun semua sudah penat.” Vanessa memberi cadangan. Malam ini memang malam yang mencabar. Satu malam yang menggunakan magis yang banyak sehingga terasa penat.

“Belum.. Satu lagi tumbuhan tinggal. Vasperin.” Danny tersekat-sekat untuk berkata-kata. Monica angguk kepala menyokong. Tiara dan Slyer diam sahaja.

“Kita tak mungkin dapat cari tumbuhan tu. Itu mustahil.” Vanessa bersuara keras.

“Apa maksud kau? Kenapa mustahil?” Danny menyoal dalam keadaan yang masih tercungap-cungap.

“Tumbuhan tu bukan di sini habitatnya. Aku pun sebenarnya pelik bila Monica menunjukkan senarai tumbuhan yang perlu di cari sebab Vasperin habitatnya bukan di sini,” Slyer menyampuk percakapan Vanessa dan Danny. Danny kalih pandangannya dari memandang tanah ke muka Slyer.

“Habis tu dekat mana habitat tumbuhan tu? Hutan mana?” Monica menyoal. Danny memandang Slyer dan Vanessa bergilir-gilir. Tiara masih lagi kepenatan.

Dark Forest.” Slyer dan Vanessa menjawab serentak.

“Hutan tu ada dekat Dark Kingdom.” Slyer menyambung. Vanessa mengangguk kepala.

“Habis tu kenapa Encik Jaston suruh aku cari Vasperin kalau tumbuhan tu tak ada dekat sini?” Monica menyoal.

“Aku pun tak tahu kenapa. Tapi permintaan Encik Jaston menyuruh kau mencari Vasperin padahal kau kata dia nak buat healing potions memang tak masuk akal.” Vanessa bersuara.

“Kau pun fikir sama macam aku ke Vellina?” Slyer menyoal Vanessa. Semua orang memandang Slyer begitu juga Vanessa.

“Aku tahu kenapa kau rasa tak masuk akal bila Encik Jaston suruh Monica cari Vasperin. Sebab Vasperin tidak dimasukkan di dalam healing potions bukan?” Slyer menyambung kata selepas beberapa saat mendiamkan dirinya.

“A’ah. Vasperin tidak di masukkan ke dalam healing potions dan Vasperin bukan digunakan di dalam magis penyembuh.” Vanessa menjawab dan memberi penjelasan. Yang lain terdiam mendengar kata-kata Vanessa. Slyer tersenyum.

“Aku ingatkan aku seorang aje tahu. Tak sangka ada juga orang lain yang tahu.” Ujar Slyer.

“Jadi, Vasperin digunakan dalam apa?” Monica bertanya. Tiara dan Danny menunggu penuh
sabar mendengar jawapan yang akan keluar dari mulut Vanessa mahupun Slyer.

Slyer hela nafas. Vanessa gigit bibir. “Untuk buat dark potions.” Slyer menjawab. “dan digunakan dalam magis hitam sahaja,” sambung Vanessa. Yang lain terdiam.

“Habis tu kenapa cikgu Jaston nak Vasperin?” Tiara mula bersuara setelah agak lama mendiamkan diri. Vanessa angkat bahu.

“Kalau kau nak tahu, kita siasatlah pasal dia. Mungkin dia cuba nak buat sesuatu.” Slyer memberi cadangan.

“Dah. Kita bincang lepas balik sekolah nanti. Sekarang kita kena keluar dari sini. Sekarang dah nak pukul 5 pagi. Pukul 8 pagi nanti ada kelas.” Vanessa mengajak kawan-kawannya balik sekolah. Semua bangkit dari duduk dan mula berjalan menuju ke selatan. Dalam masa itu, Vanessa memasang reflection lagi sekali tetapi bukan ke atas dirinya sahaja. Dia memasangkan ke atas kawan-kawannya juga. Menghindar daripada terkena serangan.

*****

“Macam mana Monica? Apa yang cikgu Jaston kata? Macam mana reaksi dia?” Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Tiara. Dia sudah tidak sabar-sabar nak tahu.

“Wajah dia macam tak puas hati sebab aku kata aku tak jumpa Vasperin tu. Lepas tu, dia kata dia nak suruh aku cari tumbuh-tumbuhan lain pula. Aku tolak sebab aku kata nyawa aku hampir terancam kerana cari tumbuh-tumbahan tu semua. Lepas tu dia tanya lagi. Siapa yang tolong aku. Aku jawab kawan-kawan saya cikgu. Lepas tu, cikgu Jaston suruh aku keluar.” Terang Monica panjang lebar.

“Aku rasa lepas ni mesti dia suruh salah sorang daripada kau orang tolong dia.” Sambung Monica.

“Baguslah. Lagi senang kita nak tahu apa yang dia nak buat dengan bahan-bahan tu semua.” Slyer berkata. Semua di situ tercengang kecuali Vanessa yang tarik senyum mendengar kata-kata Slyer.

“Kau kenapa senyum Vellina? Kau faham ke maksud Slyer?” Tiara bertanya. Vanessa angguk sekali.

“Kalau cikgu tu suruh kita cari barang-barang tu semua kita boleh tanya macam-macam benda dekat dia. Kalau dia terlepas cakap, kita boleh tahu apa yangdia nak buat dengan bahan-bahan tersebut.” Vanessa terang apa yang dia rasa.

“Betul tu kata Vellina.” Slyer menunjukan thumbs up pada Vanessa. Vanessa senyum.

“Kau orang ni memang satu hati betul. Boleh jadi pasangan yang ideal.” Usik Monica. Vanessa dan Slyer buat bodoh. Muka Danny dan Tiara berubah.

“Hai Vellina..” Satu suara menegur Vanessa. Vanessa pusing kepala. Argon muncul di belakangnya dengan sejambak bunga. Vanessa meluat melihat Argon tapi di paksa diri untuk senyum apabila melihat rantai Argon.

“Hai Argon! Apa awak buat dekat sini?” Vanessa beramah mesra dengan Argon. Dia seolah-olah teruja dengan kedatangan Argon.

“Cari Vellina. Ini sejambak bunga untuk awak.” Argon hulurkan sejambak bunga ros merah kepada Vanessa. Vanessa sambut dengan senyuman yang paling manis.

“Argon dari mana ni?” Vanessa bertanya dengan gembira.

“Dewan makan. Tadi cari Vellina dekat sana tapi tak jumpa. Dia orang kata nak Vellina dekat taman dengan kawan-kawan. Jadi Argon datanglah dekat taman ni.” Muka Danny sudah memerah. Tetapi dia cuba sorokkan.

“Kau orang, aku nak pergi dewan makan. Siapa nak ikut? Kalau tak aku gerak sekarang.” Danny bersuara.

“Eh.. aku nak ikut. Monica, Tiara kau orang nak ikut tak?” Soal Slyer.

“Mestilah nak. Vellina kita orang pergi dulu tau. Jom Tiara.” Monica terus menarik tangan Tiara. Mereka berlalu meninggalkan Argon dan Vanessa. Vanessa mengutuk tindakan mereka dalam hatinya.

“Ish.. kenapalah kau tinggalkan aku dengan mamat ni wahai kawan-kawan ku. Tak sukalah..” Vanessa merungut dalam hati tetapi senyuman masih lagi terukir di bibirnya.

“Vellina!” Vanessa kalih pandangan ke arah suara tersebut. Cikgu Jaston tengah melambai-lambai memanggilnya. Vanessa bersorak di dalam hati.

“Argon, saya pergi dulu ya. Besok kita jumpa lagi.” Vanessa terus meninggalkan Argon dan berlari anak ke arah cikgu Jaston.

p/s : Revenge 13 boleh baca kat Rumah Fantasi

Monday, December 12, 2011

Revenge 12 : The Lakelion (part 2)


Revenge 12 : The Lakelion (part 2)

“Okey, siapa nak masuk dulu?” Monica bertanya tetapi matanya memandang hutan yang berada di hadapan mereka semua. Hutan tersebut sungguh menakutkan kerana pelbagai suara didengari oleh mereka semua walaupun masih belum masuk hutan tersebut.

“Lelakilah masuk dulu. Antara Danny dan Slyer. So, siapa?” Vanessa beri cadangan. Akhirnya Danny angkat tangga paras dada. Dia kemudian berjalan masuk ke dalam hutan dengan pantas diikuti oleh Vanessa, Monica, Tiara dan Slyer. Tiara yang mencadangkan Slyer masuk akhir. Slyer hanya angguk tanpa kata. Bermulanya perjalanan mereka semua mencari bahan untuk healing potions. Semua yang berada di situ langsung tidak bersuara. Mereka berjalan sambil memerhatikan sekeliling mereka.

“Kau orang tahu ke rupa bahan-bahan untuk potions tu?” Pertanyaan Vanessa membuatkan Danny berhenti mengejut. Vanessa yang tidak perasan Danny berhenti terlanggarnya. Monica, Tiara dan Slyer juga turut berhenti apabila melihat Vanessa sudah terlanggar Danny.

“Kau ni, kalau nak berhenti pun berilah isyarat. Ni berhenti mengejut. Selamatlah tak sakit badan aku.” Vanessa merungut. Danny diam tanpa kata. Dia menghadap belakang dan menyuruh semua orang membuat satu bulatan.

“Macam mana rupa bahan untuk buat potions tu? Kau ada tak bawa apa-apa untuk tatapan kita orang.” Danny mula bersuara. Monica dengan cepatnya menunjukkan kertas yang terdapat senarai tumbuhan yang patut di ambil untuk membuat healing potions. Kertas tersebut diberikan kepada Danny. Danny meneliti kertas tersebut sebelum memberi kertas itu kepada Slyer. Kertas tersebut beredar dari satu tangan ke satu tangan. Tangan yang terakhir ialah tangan Vanessa. Vanessa membaca satu persatu nama-nama tumbuhan.

“Vasperin?” Nama tumbuhan itu di sebut dengan nada hairan. Vanessa memalingkan mukanya ke muka Monica. “Kau nak buat healing potion kan?” Vanessa bertanya mendapatkan kepastian.

“Yalah mak cik oii.. kau tak ingat ke apa yang aku kata tadi.” Monica membalas dengan geram. Vanessa ketap bibir. “Encik Jaston ke yang bagi senarai bahan ni?” Lagi sekali Vanessa bertanya. Monica angguk kepala. Persoalan mula berlegar di kepala Vanessa.

“Kau kenapa tanya macam-macam. Ada yang pelik ke?” Slyer bertanya apabila melihat Vanessa asyik bertanya. Vanessa geleng kepala.

“Apa yang cikgu Jaston nak buat sebenarnya. Vasperin bukan untuk buat healing potion. Dan mustahil Vasperin boleh dijumpai di sini. Vasperin hanya boleh jumpa sekali setahun di hutan sebegini.” Hati Vanessa mula berasa tidak sedap. Kertas tersebut di tatap lama. Satu soalan mula melintas di kepala.

“Monica. Siapa yang suruh cari dalam hutan ni semua tumbuh-tumbuhan tu? Cikgu Jaston atau engkau yang sengaja cari dekat sini.” Soalan yang melintas di kepala di tanya kepada Monica.

“Cikgu Jastonlah suruh. Aku manalah tahu apa-apa. Kenapa pula?” Balasan yang diberi oleh Monica membuatkan Vanessa yakin dan pasti ada sesuatu yang dirancang oleh Cikgu Jaston. Tetapi apa dia?

“Tak ada apa-apa. Saja aje tanya.” Mereka meneruskan perjalanan. Tempat yang dirempuh semakin tebal. Pelbagai bunyi mula kedengaran kuat. Monica sudah mencengkam lengan Vanessa. Vanessa hanya membiarkan. Matanya masih lagi mencari-cari jikalau Vasperin berada di situ. Dia harus menjumpai Vasperin sebelum kawan-kawannya menjumpainya.

“Wei, itu Gasthonkan?” Suara Tiara memecah kesepian. Vanessa dan kawan-kawannya memandang ke arah yang di tunjukkan oleh Tiara.

“A’ah. Itu Gasthon. Cepatlah pergi ambil Danny.” Monica sudah memberi arahan.

Pelik. Memang pelik. The Lakelion adalah tempat yang merbahaya. Jadi mengapa? Mengapa langsung tiada bahaya yang muncul? Something is fishy here. Vanessa bermonolog sendirian. Matanya melingas ke kanan dan ke kiri. Dia memandang sekitar dengan perasaan was-was. Akhirnya, matanya menjatuhkan pandangan ke Gasthon. Tiba-tiba, dia perasan sesuatu. Ada cahaya di belakang pokok yang berada dekat dengan Gasthon. Vanessa dengan pantasnya berlari ke arah Danny dan menolak Danny ke tepi.

“Elishingo zenta!” Tapak tangan Vanessa dihalakan di tempat cahaya tersebut kelihatan. Kelibat makhluk yang matanya bercahaya sebentar tadi melompat tinggi supaya tidak terpelanting jauh. Makhluk tersebut keluar dari tempat persembunyiannya dan mendarat cantik di hadapan mereka semua. Makhluk itu bermata satu dan badannya penuh dengan lendair yang berwarna hijau. Tingginya lebih kurang paras dada Monica.

“Makhluk apa pula tu?” Monica bersuara. Seumur hidupnya tidak pernah dia melihat makhluk seperti di hadapannya.

“Yang itu Guruy. Dia yang menjaga Gasthon. Kita kena berlawan dengan dia. Senjata dia ialah lendair yang berada di tubuh badannya. Lendair tu sangat berbahaya kerana boleh membuatkan tumpuan seseorang terganggu. Jangan bagi lendair tu terkena pada badan kita.” Vanessa menerangkan dengan panjang lebar. Selamat dia sudah habis baca buku History of Kingdom. Buku itu sedikit sebanyak membantunya seperti buku Secret Glose.

Guruy tersebut mula datang dekat dengan mereka. Vanessa ketap bibir. Dia membuat keputusan untuk membiarkan kawan-kawannya yang berlawan dengan makhluk tersebut. Dia takut jika dia berlawan dengan makhluk itu. Pasti kawan-kawannya akan mensyaki sesuatu apabila dia boleh menggunakan magis hitam.

“Efornter estiagos!” Cahaya berwarna merah bergerak terus ke makhluk tersebut. Makhluk tersebut mengelak. Danny masih mencuba lagi supaya cahaya merah terkena pada badan makhluk itu. Setelah beberapa kali mencuba, cahaya tersebut terkena badan makhluk tersebut. Makhluk tersebut terpelanting jauh.

“Slyer!! Ambil Gasthon tu cepat! Kita kena gerak sekarang!” Vanessa mengarahkan Slyer mengambil tumbuhan yang dijumpai oleh Tiara sebentar tadi. Slyer berlari dengan cepat mendapatkan tumbuhan itu. Sejurus selepas itu, mereka semua meneruskan perjalanan mereka.

*****

Thursday, November 24, 2011

Revenge 12 : The LakeLion (part 1)


Revenge 12 : The Lakelion (part 1)

Setelah dua bulan peristiwa tentang The Four sujud di kaki warga sekolah berlalu, The Four sudah tidak membuat hal lagi. Para pelajar sudah berasa aman walaupun ada pelajar bilik Diamond yang mengambil alih membuli para pelajar tetapi tidak seteruk yang di buat oleh The Four. Dan selagi budak Diamond tersebut tidak mengganggu Vanessa, Vanessa tidak akan mengusik budak tersebut. Prinsipnya senang sahaja, You touch me, I touch you!.


Vanessa sedang mengikat rambut apabila Monica memanggilnya. Vanessa kalih pandangan dari cermin ke arah Monica. Vanessa angkat kening, Monica menunjukkan isyarat tangan supaya datang dekatnya. Vanessa hela nafas sebelum berjalan mendekati Monica.


“Hurm.. apa dia?” Vanessa campak sikat yang berada di tangannya ke arah Monica, Monica menangkap sikat tersebut dan meletakkannya di atas katilnya.

“Nak tak kalau kita curi-curi keluar malam ni? Kita pergi ke kampung Renta balik semula. Nak tak?” Soalan Monica yang pelik membuatkan dahi Vanessa berkerut. Dahi Monica di sentuh dengan belakang tapak tangannya. Monica menepis tangan Vanessa.

“Hish, aku tak demamlah. Aku cuma bosan. Lagipun, boleh kita tunjukkan magis masing-masing nanti.”

“Dekat sini pun kita boleh tunjukkan magis kita. Buat apa pergi kampung Renta. Lagi satu cik kak oi... macam mana kita nak keluar? Pintu pagar dah tutup. Ramai orang yang jaga sekitar kawasan ni. Kau nak kena hukum lagi ke?”

“Ala.. pandai-pandailah kita buat trick biar dia orang semua tak nampak kita. Kita ajak Tiara sekali. Macam mana?” Vanessa kerut kening. Sah! Memang Monica hendak membuat sesuatu sebenarnya. Tetapi, apa dia?

“Aku malaslah nak keluar malam ni. Aku nak tidur cepat hari ni. Kau ajaklah Tiara kalau kau nak. Okeylah, aku masuk tidur dulu.” Baru sahaja Vanessa mahu membuka langkah, lengannya di tarik oleh Monica. Vanessa garu kepala melihat muka Monica. Dia menghela nafas.

“Hish.. Yalah, yalah. Aku ikut. Tepat pukul 12 malam, kita keluar bilik. Pergi ajak Tiara sekali. Aku nak tidur. Nanti otak aku tak boleh berfungsi pagi esok kalau tak dapat tidur yang secukupnya.” Vanessa memandang jam di dinding bilik Topaz. Jarum panjang menunjuk nombor sembilan manakala jarum pendek menunjuk nombor enam. Vanessa buka langkah menuju ke katilnya. Dia meletakkan kepala di atas bantal dan terus tertidur. Hari ini dia berasa sungguh letih.

*****

Vanessa menguap kecil. Dia bangun dari pembaringan dan mencapai sweaternya yang labuh di atas kerusi belajar. Selepas itu dia mencuci muka. Jarum jam menunjukkan hampir pukul 12. Monica dan Tiara masih lagi berdiri tegak di pintu bilik mandi. Vanessa mengambil serbuk kristal yang telah dijampi supaya dapat menjadi perlindungan bagi mereka bertiga. Vanessa dan yang lain-lain berhati-hati ketika keluar dari bilik tersebut. Takut ada penjaga bilik tersebut nampak. Selalunya Puan Victoria akan duduk di sofa dan menjampi sekeliling bilik jika dia malas berkawal. Vanessa tarik tangan Monica dan Tiara apabila melihat mereka hendak keluar.

“Apa dia?” Bisik Monica di telinga Vanessa. Vanessa melarikan jari telunjuknya ke tempat Pan Victoria. Tiara sudah gigit bibir.

“Cikgu tu selalu pasang pendinding dekat sekeliling ruang tamu ni. Kalau kita pijak, Puan Victoria akan terjaga. So, macam mana?” Vanessa memberitahu Monica dan Tiara. Monica mengetuk-ngetuk dagunya. Kepalanya ligat berfikir. Dia memetik jarinya sedikit kuat. Vanessa terus menyiku Monica. Monica tersengih.

“Wei, aku dah dapat idea. Kita tak boleh nak pijak lantai ni kan, so maknanya orang yang ada kelebihan untuk terbang ajelah yang boleh lepas, betulkan.”

So? Kau nak kata apa? Aku still tak faham. Antara kita bertiga, tiada seorang pun yang menguasai kelebihan untuk terbang.” Tiara masih lagi tidak faham apa yang Monica sampaikan. Vanessa angguk kepala menyokong kata-kata Tiara.

“Siapa kata tak ada? Orang depan kau ni ada kelebihan tu.”

“Tipulah. Kalau kau ada kelebihan tu, semestinya kau dari Fairy Kingdom dan akan mengambil Fairy Magic” Tiara tidak percaya. Monica mencebik.

“Aku dari Fairy Kingdom, okey. Lagi satu, kau ni kuno betul! Aku tak ambil Fairy Magic sebab bahan-bahan untuk buat serbuk-serbuk dan barang-barang nya susah dijumpai. Itulah sebab aku tak ambil. Okey dah clear?” Sekarang kau orang pegang tangan aku. Buat bulatan. Cepat sikit. Kita dah tak ada masa ni. Dah pukul 12.15 minit dah pun.” Vanessa dan Tiara pegang tangan masing-masing dan buat bulatan kecil. Monica tutup mata. Vanessa juga begitu. Tiara mengikut mereka. Tiba-tiba badan mereka dikelilingi sparkles. Mereka terapung dan mula bergerak keluar dari bilik. Semua buka mata.

First Floor,” suara Tiara kedengaran. Tangga kelihatan dihadapan. Mereka bergerak tanpa cecah lantai sehingga ke tingkat bawah. Akhirnya mereka melepaskan pegangan.

“Selamat lepas. Sekarang nak pergi mana ni? Dekat pintu keluar ada penjaga juga. Encik Harry dan Encik Erik. Dua orang tu. Dengan dia orang jangan main-main.” Tiara mengingatkan Vanessa dan Monica. Vanessa ketap bibir. Senyuman terukir di bibir.

“Apa kata kita alih perhatian penjaga tu? Kita buat seseorang dan kita suruh ’orang’ yang kita reka tu ambil perhatian penjaga tu.” Vanessa memberi cadangan. Tiara dan Monica membuat thumbs up.

“Tapi siapa nak buat ’orang’ tu?” Pertanyaan Monica dibalas dengan senyuman panjang oleh Vanessa.

Vanessa mengeluarkan kristal yang belum dijadikan serbuk ke hadapan. Diletaknya kristal tersebut di atas lantai. Tangannya terawang-awang di hadapan kristal tersebut. Cahaya menyelebungi kristal tersebut. Monica dan Tiara menutup mata kerana cahaya tersebut sungguh menyilaukan. Seorang lelaki berdiri di hadapan mereka bertiga. Monica dan Tiara memandang lelaki tersebut tidak berkelip. Handsome!

Vanessa menghampiri lelaki tersebut. “Kau tahu apa hendak buat bukan?” Lelaki tersebut angguk kepala lalu beredar dari situ. Vanessa tarik tangan Monica dan Tiara. Mereka berdua mengikuti langkah Vanessa. Bila Vanessa berhenti, mereka berhenti. Bila Vanessa jalan, mereka jalan.

Dari kejauhan mereka melihat lelaki tersebut menarik perhatian dua orang penjaga Silvery School yang tengah menjaga pintu masuk dan keluar. Penjaga tersebut mula mengejar lelaki tersebut. Mereka bertiga mengambil kesempatan tersebut untuk keluar dari Silvery School. Dari kejauhan Vanessa melihat ada dua orang makhluk sedang berdiri. Vanessa siku Tiara. Tiara pandang Vanessa. Vanessa memuncungkan bibir ke arah makhluk-makhluk tersebut.

Tiara pandang tempat yang ditunjuk. Tiara telan air liur. Monica di sebelah yang tengah tercungap-cungap kerana berlari disikunya. Monica angkat kening memandang Tiara. Tiara menjatuhkan pandangan matanya ke arah makhluk-makhluk yang berada tidak jauh dari mereka. Monica melihat pandangan mata Tiara. Monica terus berdiri dan berlari mendapatkan dua makhluk tersebut. Tiara terpinga-pinga. Begitu juga Vanessa. Tetapi mereka tetap pergi tempat dua makhluk yang tidak diketahui itu berdiri kerana Monica asyik melambai-lambaikan tangannya ke arah Vanessa dan Tiara.

Vanessa terkejut melihat Slyer dan Danny yang berada di depan mereka. Nafas terasa sesak seketika. “Apa kau orang buat dekat sini tengah-tengah malam ni?” Tiara membuka mulut sebelum sempat Vanessa bersuara.

“Kita orang mana tahu apa-apa. Si Monica ni ajak pergi keluar sekolah malam-malam macam ni. Kita orang pun okey aje.” Slyer membalas soalan Tiara. Vanessa terus pandang Monica yang berada di sebelah Danny.

“Laa... salah ke? Tak kan aku nak ajak kau orang aje. So, aku ajaklah dua orang ni ikut kita sekali. Kalau ada ramai orang senang sikit kerja aku.” Monica bersuara apabila Vanessa memandangnya. Vanessa kerut dahi. “Kerja apa kau nak buat sampai kena ada ramai orang?”

“Urmm.. aku sebenarnya.. umm.. aku.. hish macam mana nak cakap..” Monica garu kepala. Mereka berempat sudah tenung Monica dengan perasaan ingin tahu. “Aku sebenarnya nak cari bahan-bahan untuk buat healing potions.” Terluah juga perkataan dari mulut Monica.

“Laa.. katalah awal-awal. Dekat mana kita nak cari bahan-bahan dia?” Tiara bertanya. Mereka berlima sedang berjalan menuju ke perkampungan Renta. Kampung yang paling dekat dengan sekolah mereka. Monica memandang Tiara sebelum memandang ke hadapan semula, “Lakelion,” balasnya pendek.

“Hah!!” Tiga daripada mereka menjerit. Vanessa dan Monica menutup telinga mereka yang hendak pecah akibat jeritan tiga orang rakan mereka.

“Kau orang tak tahu ke kita nak pergi ke sana? Aku ingatkan kau orang tahu sebab senyap aje dari tadi.” Lagi sekali Vanessa menyoal.

“Kau biar betul kita nak masuk sana. Betul ke Monica?” Tiara masih tidak percaya kata-kata Vanessa. Monica angguk kepala. “Ish.. kalau aku tahu, awal-awal lagi aku tak nak ikut.” Tiara merungut. Monica buat tidak dengar.

“Kau buang tabiat ke cari bahan-bahan tu?” Suara Slyer kedengaran. Monica hela nafas. “Bukanlah. Encik Jaston punya pasallah. Dia suruh aku cari bahan-bahan buat healing potions sebab aku tertidur dalam kelas dia. Kejamkan?”

“Itulah kau, siapa suruh cari pasal. Selamatlah kau ada kawan baik macam kita orang.” Danny bersuara setelah lama membisu.

“Okey, kita dah sampai kampung Renta. So, dekat mana arah The Lakelion?” Tiara bersuara sambil memandang sekelilingnya. Angin pada malam itu sungguh segar sekali. Bulan tidak muncul pada malam itu. Bintang berkelipan di dada-dada langit. Tiara memandang bintang-bintang yang berkelipan. Vanessa turut tidak ketinggalan berbuat sebegitu.

“Kau orang ni dah dilamun cinta ke?” Monica bersuara apabila melihat dua orang kawannya memandang bintang-bintang yang berada di langit. Serentak itu, Vanessa dan Tiara kalih pandangan mereka ke muka Monica.

“Mak aku kata siapa-siapa yang suka tengok bintang dan kira bintang, maknanya orang tu tengah dilamun cinta.” Monica bersuara dengan selambanya. Muka Tiara sudah memerah. Malu barangkali atau ... marah. Vanessa hanya mampu ketap bibirnya sebelum bersuara. “Dah, dah. Kau ni saja aje nak kenakan kita orang. Kita orang belum dilamun cintalah.” Monica angkat bahu mendengar kata-kata Vanessa. Mereka meneruskan perjalanan ke arah utara setelah mengkaji peta yang dibawa oleh Monica.

*****

Revenge 11 : The Four (part 3)


Revenge 11 : The Four (part 3)

“Saya memanggil awak semua supaya berkumpul di sini kerana saya mahu tahu, siapa di antara kamu yang memperdajalkan The Four?” Puan Taylor dengan lantangnya menyoal. Mereka semua berada di tengah-tengah padang kecuali The Four. Entah di mana mereka berada. Jam di tangan Tiara menunjukan pukul 8.30 pagi. Vanessa mengangkat tangan. Renungan Puan Taylor menikam matanya.

“Kamu yang buat?” Suara Puan Taylor kedengaran keras. Vanessa menggeleng kepala.

“Habis, kenapa kamu angkat tangan?”

“Saya hendak tahu apa yang terjadi pada The Four?” Soal Vanessa dengan rasa ingin tahu. Yang lain turut berasa begitu. Mereka hendak tahu apa yang terjadi pada The Four.

“Jadi ada di antara kamu yang belum tahu ya. Siapa yang sudah tahu jangan cakap apa-apa. Saya tidak mahu ramai orang yang tahu keadaan The Four sekarang. Saya juga mahu tahu siapa yang membuat The Four jadi begitu.” Suara Puan Taylor kedengaran lagi. Vanessa ketap bibir. Puan Taylor langsung tidak menjawab soalannya tadi.

“Vellina!!” Tiba-tiba satu suara memanggil nama Vellina dengan kuat. Mereka semua menoleh ke arah suara tersebut. Ada satu makhluk yang berdiri tidak jauh dari tempat mereka berkumpul. Ada yang menjerit melihat makhluk tersebut. Vanessa tersenyum sinis dalam diam. Makhluk tersebut mendekati tempat mereka berkumpul. Dia menuju ke arah Vanessa. Yang lain lari menjauhi Vanessa. Badan makhluk tersebut dipenuhi sisik-sisik yang berlendir. Rambutnya keras dan giginya tajam. Sungguh menakutkan.

“Diam!! Buat barisan semula!!” Puan Taylor memberi arahan. Yang lain terkejut dengan arahan Puan Taylor. Gila! Tidak nampakkah Puan Taylor makhluk yang sungguh menakutkan itu? Tetapi mereka turuti perintah Puan Taylor. Makhluk yang sungguh menakutkan itu sekarang berada di depan Vanessa. Vanessa tutup hidung seolah-olah makhluk tersebut berbau busuk. Yang lain ikut sama menutup hidung apabila mereka melihat Vanessa tutup hidung.

“Hei Vellina! Baik kau bagi tahu aku macam mana nak hilangkan sisik-sisik yang berlendir dan gigi yang menakutkan ini. Kalau tak aku bunuh kau!” Yang lain terpana. Vanessa turut membuat seperti itu.

“Kau siapa?” Soal Vanessa, seolah-olah dia tidak tahu siapa di hadapannya sekarang. Makhluk tersebut menggenggam tangan sendiri. Puan Taylor yang berada di hadapan kini berada di tepi Vanessa.

“Betul ke apa yang Julie katakan? Awak yang sihir mereka semua?” Puan Taylor bersuara. Yang semua terpana. Julie? Makhluk yang menakutkan itu, Julie? Satu berita yang menggemparkan. Ada sesetengah daripada mereka tertawa di padang tersebut. Puan Taylor merenung tajam pelajar-pelajar yang ketawa tadi. Pelajar-pelajar tersebut terus menekup mulutnya dengan dua belah tangan.

“Mana ada cikgu. Mustahil saya yang sihir dia sebab saya mana hebat sangat dalam magis-magis ni. Rasanya magis yang dikenakan atas Julie ialah magis hitam. Saya belajar magis air dan kristal. Tak kan itu pun cikgu tak boleh fikir? Julie kau tak boleh fikir ke? Kan kau kata kau hebat,” Vanessa menyindir Puan Taylor dan Julie. Pada masa yang sama dia mencemuh Julie. Julie ketap bibir. Puan Taylor merenung tajam mata Vanessa. Vanessa membalas renungan tersebut. Akhirnya, Puan Taylor mengalihkan kepalanya ke hadapan dan berjalan ke depan. Julie mengikut Puan Taylor kerana Puan Taylor menarik lengannya.

“Puan Taylor!!” Vanessa menjerit memanggil Puan Taylor. Puan Taylor berhenti berjalan tetapi dia tidak memusingkan badannya ke belakang.

“Saya pernah baca tentang sihir yang dikenakan atas Julie. Kalau nak hilangkan sihir tu, orang tersebut harus sujud di kaki semua warga sekolah termasuk guru-guru, pelajar-pelajar, dan warga sekolah yang lain.” Julie sudah menjerit. Pelajar-pelajar yang lain ada yang sudah senyum sinis. Semestinya berasa seronok jika The Four sujud di kaki mereka. The Four selalu membuat kacau di Silvery School. Habis satu sekolah mereka cari pasal. Oleh itu, tidak hairanlah jika para pelajar bersorak keriangan mendengar cara untuk menghapuskan sihir yang dikenakan pada Julie.

“Heh perempuan! Kau jangan sengaja nak mengada-ngadakan cerita bagaimana nak menghapuskan sihir ni! Kau sengaja nak malukan aku kan!” Julie menjerit dengan kuat. Vanessa mendiamkan diri. Puan Taylor seolah-olah berfikir. Puan Taylor memusingkan badan menghadap Vanessa.

“Macam mana kamu yakin itu cara untuk menghapuskan sihir yang dikenakan atas Julie ni? Saya rasa memang awak yang kenakan sihir atas Julie dan ahli The Four yang lain.” Tiba-tiba Puan Telly datang dekat dengan Vanessa.

“Puan Taylor, Puan Taylor tidak boleh menuduh Vellina. Dia hanya belajar dua magis yang tidak hebat. Mana mungkin dia dapat melakukan magis yang hebat. Puan juga sepatutnya memberi mereka makan sebelum berkumpul di padang. Jika Encik Stephan tahu, semestinya Encik Stephan marah.” Puan Telly, guru magis air membela Vanessa. Puan Taylor memandang Puan Telly.

“.. dan Puan Taylor kena suruh The Four sujud di kaki semua warga sekolah. Itu merupakan cara menghapuskan sihir tersebut. Saya ada juga membaca tentang itu di sebuah buku.” Julie gigit bibir bawah. Puan Taylor memandang Julie yang berada di sebelahnya sebelum melemparkan pandangannya ke arah Vanessa. Puan Taylor berjalan ke tempat asalnya manakala Puan Telly masih tegak berdiri di sebelah Vanessa.

Puan Taylor berhenti dan memandang semua muka yang berada di hadapannya. “Kamu semua boleh mulakan bersukan. Main aktiviti apa yang kamu mahu main. Jangan sampai membahayakan diri,” setelah itu Puan Taylor masuk ke dalam bangunan diikuti Julie. Semua guru yang berada di padang masih lagi berada di padang melihat anak murid mereka bermain. Vanessa berjalan menghampiri Tiara dan Monica.

“Gila betul Puan Taylor tu. Patutlah kita tidak diberi makan. Encik Stephan tiada rupanya, semestinya Puan Taylor ambil alih. Aku kesian gila dekat kau. Kau pula yang kena serang. Pelik betul, tak kan Julie tak tahu kau tu mana hebat sangat nak sihir-sihir ni.” Monica melampiaskan rasa tidak puas hati. Tiara dan Vanessa setia mendengar.

Vanessa mencari kelibat Danny. Dia juga tidak tahu mengapa. Dia ternampak Danny dan Slyer sedang berborak dengan Sarah. Tiba-tiba, bahunya di tepuk dari belakang. Vanessa pusing belakang. Kelibat Argon berada di hadapannya. Vanessa menghadiahkan senyuman kepada Argon. Argon membalas senyuman tersebut.

“Jom kita pergi duduk di bawah pokok tu,” Argon mengajak Vanessa. Jari telunjukkannya menunjuk ke arah pokok yang rendang. Vanessa angguk kepala tanda setuju.

“Aku pergi duduk dengan Argon dulu. Kau orang bergembiralah ya.” Selepas berkata begitu kepada Monica dan Tiara, Vanessa dan Argon berjalan bersama-sama ke tempat yang ditunjuk sebentar tadi. Danny memandang Vanessa dari jauh. Dia mengetap gigi menahan rasa. Dia tidak tahu mengapa dia berasa begitu. Semua ini terjadi setelah Argon muncul. Dia sayangkan Vellina? Tidak mungkin! Dari kejauhan dia melihat Vellina dan Argon duduk bersama. Dia melihat Vellina sedang gelak manakala Argon bercerita sesuatu. Dia cemburu melihat itu semua. Cemburu!

*****

“Sekarang, saya meminta kamu semua berkumpul mengikut rumah masing-masing. Dranky, Crissy, Helium dan Zenka. Para guru dan semua warga sekolah juga berkumpul sekarang. Sila buat barisan memanjang.” Tiba-tiba, suara Puan Taylor mengarah mereka berkumpul kedengaran. Para pelajar berlari-lari untuk berkumpul. Entah apa yang hendak dilakukan oleh Puan Taylor. Vanessa bosan! Dia melihat Monica dan Tiara sudah memanggil dia suruh cepat. Tetapi dia berjalan dengan lambat sekali. Setelah semua orang sampai dan berkumpul mengikut rumah masing-masing. Puan Taylor memanggil The Four keluar. Vanessa terasa ada sesuatu yang menarik bakal berlaku. Dia sudah tidak sabar-sabar.

The Four keluar dengan wajah menunduk. Badan mereka semua sama seperti badan Julie. Semua yang berada di situ kegelian. Mereka berempat berdiri di hadapan bersama-sama Puan Taylor.

“Sekarang, kamu boleh buat apa yang patut kamu buat.” Puan Taylor bersuara. The Four menundukkan wajah mereka. Mereka terasa malu untuk membuat perkara tersebut. Julie tolak Carrel, Carrel tolak Jessy, Jessy tolak Ginny. Mereka semua menolak antara satu sama lain. Puan Taylor memandang mereka berempat dengan tajam. Mereka berempat berhenti menolak.

“Bukan ini yang saya suruh. Kalau kamu pentingkan ego dan maruah kamu. Kamu tidak payah buat seperti yang saya suruh. Tetapi jika kamu pentingkan wajah dan tubuh kamu yang asal, kamu buat seperti yang saya suruh.” Vanessa tersenyum sinis.

Ginny perlahan-lahan tunduk dan kemudian sujud di kaki Puan Taylor. Dia kemudian merangkak-rangkak sujud di kaki para guru. Kemudian diikuti oleh Jessy dan Carrel. Julie masih tidak berganjak dari situ. Dia hanya melihat ahli-ahli The Four yang lain sujud di kaki para guru.

Selepas itu, Ginny sujud di kaki para pelajar di mulai dengan bilik Ruby, Topaz, Cristal dan Diamond. Jessy dan Carrel ikut sama. Julie masih belum berganjak dari tempatnya. Sesudah Jessy, Carrel dan Ginny sujud di semua kaki warga sekolah, tiba-tiba satu cahaya meneylubungi mereka bertiga. Mereka bertiga menjerit dengan kuat sekali. Para pelajar sudah berasa cemas. Beberapa saat kemudian, cahaya tersebut hilang. Ginny, Jessy dan Carrel sudah bertukar ke bentuk asal masing-masing. Mereka bertiga sudah tidak sedarkan diri. Julie yang melihat keadaan itu mula sujud di kaki Puan Taylor kemudian dia sujud di kaki para guru. Dalam hati dia berasa malu kerana menjadi orang akhir yang sujud.

Setelah sudah sujud di kaki semua warga sekolah. Cahaya putih menyelubungi Julie. Julie menjerit kesakitan dan ketakutan. Beberapa saat kemudian Julie rebah, badannya sudah bertukar ke bentuk asal. Puan Taylor mengangkat murid kesayangannya itu dan membawa mereka semua ke bilik rawatan.

Para pelajar bersorak gembira kerana The Four sujud di kaki mereka. Mereka berpuas hati kerana dapat memijak tangan The Four. Sudah lama mereka mahu menyakiti dan memalukan The Four, tetapi tidak boleh kerana The Four disayangi Puan Taylor, guru yang hebat di sekolah ini. Mereka semua bersurai dan balik ke bilik. Danny berjalan dengan Sarah. Slyer dengan Bella manakala Monica dengan Tiara. Vanessa jalan keseorangan sebelum Argon tarik lengannya dan menyuruh jalan bersama-sama sambil berpegangan tangan. Vanessa mengutuk tindakan Argon di dalam hati tetapi dia memberikan senyuman yang manis kepada Argon. Rantai di leher Argon dipandang sekilas.

Saturday, November 19, 2011

Revenge 11 : The Four (part 2)


Revenge 11 : The Four (part 2)

Vanessa melangkah menaiki tangga ke bilik Diamond dengan berhati-hati. Dia bersembunyi apabila melihat ada penjaga yang berkawal di situ. Setelah kelibat penjaga tersebut hilang dari pandangan. Vanessa masuk ke dalam bilik Diamond 2. Dia mencari-cari wajah The Four. Setelah lebih kurang 30 minit mencari, akhirnya Vanessa dapat juga mencari Julie. Orang pertama yang akan kena dengannya.

Vanessa menabur serbuk kristal yang telah dijampi ke atas tubuh Julie. Setelah melihat tindak balas yang diingini dia pergi mencari ahli-ahli The Four yang lain. Carrel merupakan ahli The Four yang ke-2 ditemui. Dia melakukan perkara yang sama ke atas Carrel sepertimana dia lakukan ke atas Julie. Ginny dan Jessy turut mendapatnya sekali. Setelah berpuas hati dengan apa yang dilakukan, Vanessa dengan berhati-hati keluar dari bilik Diamond.

Dia hampir-hampir kena tangkap apabila penjaga tersebut menyuluh lampu di tempatnya. Selamat dia cepat-cepat menunduk. Kalau tidak, sudah lama dia kantoi. Setelah pasti semuanya kembali selamat, Vanessa menuruni tangga ke biliknya. Dia melelapkn mata dengan tenang sekali. Dia sudah tidak sabar menunggu hari esok. Hari yang pasti menggembirakan semua warga Silvery School kecuali ahli-ahli The Four! Hari yang menarik tentunya!

*****

“Aaaaaaaaa..........................” Bunyi jeritan jelas kedengaran.

Vanessa terjaga begitu juga ahli bilik Topaz. Mereka terdengar bunyi jeritan bergema. Tetapi mereka tidak tahu dari mana. Vanessa menguap kecil. Dia menggosok-gosok lehernya sebelum berlalu ke bilik mandi. Suara jeritan yang di dengari tadi tidak diendahkan. Setelah siap berpakaian sukan. Dia duduk di ruang tamu bilik Topaz.

Monica dan Tiara masih lagi bersiap di dalam bilik. Vanessa menyelak buku cerita yang berada di tangannya. Dia menyanyi kecil mengikut alunan lagu yang dipasang sebelum duduk di sofa. Di dalam kepalanya, dia tidak sabar melihat apa yang bakal The Four lakukan. Magis tersebut susah hendak dihilangkan kecuali mereka melakukan sesuatu. Sesuatu yang akan membuat mereka malu seumur hidup!

Sedang asyik Vanessa merenung buku di hadapannya, bahunya ditepuk. Vanessa angkat muka. Monica dan Tiara berdiri di tepinya. “Jom pergi dewan makan.” Tiara mengajak. Vanessa angguk kepala. Hari ini merupakan hari cuti dan pelajar wajib bersukan pada hari ini. Semua pelajar kecuali yang sakit hendaklah bersukan.

“Mereka menuruni tangga satu per satu. Semasa mereka sampai di dewan makan, semua kerusi kosong. Vanessa naik hairan. Selalunya pukul 7.30 pagi, mesti kerusi semua sudah penuh. Monica dan Tiara turut berasa hairan.

“Budak-budak bilik Topaz masa kau orang keluar bilik, dia orang tengah buat apa? Melingkar?” Vanessa bertanya. Mereka sekarang berada di meja makan Topaz.

“Taklah, mereka sibuk bercerita tentang jeritan yang bergema. Aku peliklah siapalah gerangan yang menjerit bagai nak rak pagi-pagi buta ni. Nak kata lambat bangun? Tak mungkin. Baru pukul 7 pagi waktu dia menjerit. Entah-entah kena sampuk dengan hantu.” Monica membuat teori sendiri. Vanessa tersengih. Kalaulah kawannya tahu siapa yang menjerit dan apa yang membuat orang tersebut menjerit, gerenti kawannya tergelak terbahak-bahak.

“Wei, jomlah naik atas balik. Bosanlah. 15 minit kita tunggu, tak ada orang yang turun-turun. ” Tiara bersuara. Dia mengeluh perlahan. Vanessa pandang Monica. Monica tayang muka bosan. Akhir sekali, mereka naik atas balik. Ketika mereka naik atas, mereka lihat Puan Taylor sedang menyelongkar bilik Topaz. Vanessa, Monica dan Tiara hairan. Mereka melangkah masuk dengan senyap. Vanessa mencuit bahu Bella. Bella kerut dahi. Vanessa memuncungkan bibirnya ke arah Puan Taylor. Bella memandang tempat yang ditunjuk oleh Vanessa.

“Puan Taylor tengah selongkar bilik ni. Ada orang buat dajal dekat The Four. Itu yang Puan Taylor kata. Aku pun tak tahu sangat,” Bella membisik di telinga kanan Vanessa. Vanessa ketap bibir.

“Macam mana cikgu Taylor boleh tahu?Eh, sekejap. Bukan ke The Four tu belajar magis hitam. Mesti The Four murid kesayangan Puan Taylor. Cepat aje  nak mengadu dekat Puan Taylor. Like a child!” Cemuh Vanessa di dalam hati.

Selesai sahaja Puan Taylor menyelongkar bilik Topaz dia berdiri di tengah-tengah bilik Topaz dan memandang muka yang berada di situ. “Pukul 8.30 pagi semua orang pergi ke padang. Makanan tidak akan disiapkan pada pagi ini. Mandi cepat!” Sejurus berkata demikian, Puan Taylor keluar dari bilik Topaz. Vanessa mencebik, begitu juga Monica dan Tiara.

“Wei Monica, Tiara. Kau orang ambil magis hitam kan. The Four tu ambil magis hitam waktu petang eh?” Vanessa bertanya kepada Monica dan Tiara.

Tiara dan Monica berpandangan sebelum angguk kepala, “Kita orang rasalah. Sebab waktu pagi tak ada pula kita orang nampak The Four. Mesti dia ambil waktu petang.” Balas Monica.

“Aku rasakan, The Four tu mesti murid kesayangan Puan Taylor.” Tiba-tiba, Bella mencelah. Tiara, Monica dan Vanessa tersentak. Entah bila Bella berada di situ, mereka tidak perasan.

“Aku pun rasa macam tu juga.” Vanessa mengakui kata-kata Bella.

“Aku pun!” Monica dan Tiara berkata serentak.

“Eh Bella, kau dah mandi ke? Pukul 8.30 turun padang. Dah tu makanan langsung tidak disediakan. Entah apa-apa cikgu ni.” Monica bertanya kepada Bella. Dalam pada masa yang sama dia merungut kecil. Bella yang mendengar pertanyaan Monica terus berlari masuk ke bilik mandi.

Tiba-tiba, perut Monica berbunyi minta diisi. Melihat keadaan itu, Vanessa berjalan ke arah katilnya. Dia menarik beg pakaian keluar dari almari sebelum mengeluarkan setin biskut yang mempunyai pelbagai rasa. Monica dan Tiara yang ternampak tin biskut tersebut, meluru ke arah Vanessa. Vanessa mengeluarkan satu tin lagi biskut seperti itu dan memberikannya kepada ahli-ahli bilik Topaz yang lain. Mereka berasa lega apabila dapat mengisi perut mereka walaupun dengan biskut. Vanessa tersenyum melihat ahli-ahli bilik Topaz makan dengan gembira.

Tuesday, October 25, 2011

Chronicles Of Revenge @ Wattpad.com

Salam semua.

Korang2.. Dengan ini bieyla nak gtaw yang bieyla sudah buat keputusan. Bieyla hanya akan siarkan Chronicles Of Revenge di Wattpad.com and kat sini. Tapi mungkin lebih kat Wattpad.com

Ini dia laman wattpad untuk cerita tu:



p/s : Please give Feedback untuk cerita nieh. ^^

Saturday, October 15, 2011

Revenge 11 : The Four (part 1)


Revenge 11 : The Four (part1)

Sudah sebulan lebih Vanessa berkenalan dengan Argon. Dan sudah sebulan lebih juga mereka selalu berjumpa dan berita mengenai mereka tersebar. Vanessa menahan geram di hati apabila berita mengenai mereka tersebar. Dia tahu daripada Tiara dan Monica. Ramai juga peminat-peminat Argon datang menyerangnya tetapi tidaklah teruk. 

Ada juga yang bermain-main dengannya dengan menggunakan magis. Mahu meletup dia. Kebanyakkan magis yang digunakan ialah Dark Magic. Nampaknya dia mempunyai ramai musuh dari Dark Magic. Hatinya berkata bahawa dia perlu mengambil rantai biru tersebut secepat mungkin. Disebabkan Argon sering bercerita mengenai dirinya yang berasal dari Dark Kingdom membuatkan Vanessa mahu membunuh Argon.

Lagi-lagi apabila Argon memberitahu dia anak raja Dark Kingdom. Vanessa begitu yakin yang Argon di sini kerana hendak membunuh dirinya. Dia amat yakin tentang itu. Para peminat yang sering mengacaunya sudah tidak berani mengacaunya lagi apabila Argon memberi amaran kepada mereka semua. Dia langsung tidak tersentuh dengan apa yang Argon lakukan. 

Layanan Danny semakin diingin. Dia juga tidak tahu mengapa. Tiara dan Monica masih seperti dulu. Slyer pula sentiasa menemani Danny. Dia juga perasan yang Danny semakin rapat dengan Sarah. Sumpah dia rasa sakit hati tetapi dia tidak marah.

Kedinginan malam mencengkam tubuhnya. Dia masih lagi seperti dulu. Melakukan aktiviti yang disukainya. Melihat bulan. Cahaya bulan tersebut memancar indah. Dia terasa kesepian buat kali ke-2. Entah mengapa. Apabila dia melihat bulan, dia pasti akan rasa sepi dan sedih. Dia berasa keseorangan di dunia ini walhal dia masih mempunyai ibu angkat, adik dan kawan-kawan. 

Buku yang berada di hadapannya di pandang sekilas sebelum melihat bulan semula. Akhirnya, Vanessa menutup buku dan berjalan menghampiri katil. Dia mengeluarkan gambar keluarganya dari beg pakaiannya dan memeluk gambar tersebut. Pandangannya kabur. Mutiara jernih jatuh di pipinya. Dia menahan rasa rindu yang menggunung. Gambar tersebut di tatapnya lagi sekali sebelum menyimpan di dalam beg pakaian semula. Dia tidur di temani air mata yang tidak berhenti mengalir.

*****

Vanessa sedang bermalas-malasan di katil apabila ada 4 orang perempuan yang tidak dikenalinya menyerbu masuk ke bilik Topaz. Vanessa buat tidak endah dengan kehadiran 4 orang perempuan tersebut dan masuk ke dalam bilik mandi. Dalam hati dia mengutuk perempuan-perempuan yang berani masuk ke bilik Topaz.

“Siapa dekat sini bernama Vellina?!!” Vanessa yang terdengar namanya dipanggil tidak jadi untuk mandi. Dia hanya sempat membasuh muka. Vanessa membuka pintu bilik mandi dan keluar dari bilik mandi tersebut.

“Kenapa kau orang nak cari Vellina?” Vanessa bersuara. Dia melihat semula pelajar di dalam bilik tersebut mendiamkan diri termasuk Monica dan Tiara.Tetapi dia melihat mulut Tiara seolah-olah mencebik.

“Kau ke Vellina?” Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan.

“Aku tanya kau orang dulu. Kenapa kau orang nak cari Vellina?” Soal Vanessa buat kali ke-2.

“Sebab aku ada perkara yang perlu dilangsaikan.” Perempuan yang berambut panjang paras pinggang menjawab dengan kasar. Vanessa mendengus.

“Apa dia perkara yang kau nak langsai dengan aku?” Vanessa menyoal dengan kasar.

“Aku rasa aku tak pernah ada perkara yang perlu dilangsaikan dengan kau orang semua,” Vanessa menyambung bicara.

“Ada. Pasal Argon. Aku nak kau jauhkan diri kau dari Argon! Argon milik aku! Dia milik aku!” Dengan pantas perempuan yang berdiri sebelah perempuan yang berambut panjang paras pinggang menjawab.

Vanessa kerut dahi sebelum tergelak kecil. Semua yang berada di bilik tersebut hairan, “Hei, miss-whatever-your-name-is. Argon tak pernah kata dia milik .....”

“Dia milik kita orang! The Four!” Belum sempat Vanessa menghabiskan kata-katanya. The Four memotong kata-katanya. Vanessa terdiam.

“The Four? Kau orang bilik mana?” Tiba-tiba, Vanessa ubah tajuk.

“A’ah, The Four. Jangan kata kau tak kenal dan tak pernah tahu nama tu. Dan semestinya kita orang bilik Diamond! Orang yang cantik macam kita orang semestinya duduk di bilik yang cantik.” Perempuan yang berambut paras bahu membalas.

Vanessa kerut dahi, “Maaflah, aku tak pernah dengar nama The Four. Tapi nama bilik Diamond aku tahulah. Bilik yang diduduki oleh pelajar-pelajar yang perasaan kaya, cantik dan pandai. Bukan begitu?” Vanessa sengaja menyimbah minyak pada api yang tengah marah.

“Hei, bukan perasan tapi memang. Kita orang memang kaya, cantik dan pandai. Dan kau ni memang kuno sebab tak kenal kita orang yang popular ni. Aku Jessy, sebelah aku ni, Carrel dan yang berambut paras bahu tu Ginny. Yang berdiri sebelah Ginny ialah Julie. Kami adalah the Four! Kumpulan yang paling popular dan pandai di sekolah ini. Kau tak boleh nak menafikan.” Jessy yang berambut panjang paras pinggang memperkenalkan diri dia dan kumpulannya. Vanessa mendengar sahaja apa yang keluar dari mulut Jessy.

“Aku kuno? Maaflah. Bukan aku kuno tapi kau orang yang perasaan popular tu tapi tak popular. Kalau kau orang popular kenapa aku boleh tak tahu dan tak kenal kau orang.” Vanessa diam seketika sebelum menyambung bicaranya.

“Dan aku rasa semestinya aku lagi popular dari kau orang sebab kau orang kenal nama aku walhal aku tak kenal kau orang pun.”

Sorry? Kau jangan nak cari pasal tahu. Kita orang kenal kau pun sebab Argon! Kalau bukan disebabkan Argon kita orang tak kenal kau! Perampas!” Julie mempertahankan kumpulan mereka. Vanessa mencebik.

“Apa-apa ajelah. Kalau kau nak sangat si Argon tu. Kau ambil aje. Free of charge. Tak payah nak bayar.” The Four dan semua di situ tercengang.

“Kenapa? Tak nak ke? Aku bukan minat sangat dengan si Argon tu. Dia yang terhegeh-hegeh nak dengan aku. Aku apa lagi. Layan ajelah dia.” Vanessa menyambung bicara. The Four ketap gigi.

“Kau ingat kau cantik? Aku rasa kau mesti tipu. Tak mungkin Argon yang punya handsome tu minat dekat kau yang hodoh. Kau yang terhegeh-hegeh dekat dia bukan. Kau sengaja nak malukan Argon depan kita orang semua, bukan?” Carrel menjawab lantang. Pantang betul jika orang yang disukai diperlekehkan.

Vanessa ketawa, “Kau orang nak apa sebenarnya? Aku nak bagi si Argon pada kau orang, kau orang marah. Kau orang nak apa hah?!”

“Kebenaran. Tak mungkin Argon boleh  sukakan kau. Kau sengaja nak jatuhkan maruah Argonkan? Baik kau jawab dengan jujur!” Bentak Julie. Vanessa memeluk tubuh.

“Yang kau orang tak percaya ni kenapa? Cuba kau tanya Argon tu sendiri. Dia yang tangkap cintan dengan aku tahu. Ya memang, memang aku nak dekati dia tapi sebagai kawan.”

“Tengok, mengaku juga kau. Kau yang terhegeh-hegeh nak dengan Argonkan.” Ginny menyindir.

Hello? Aku salah cakap atau kau orang yang salah dengar? Gila ke apa? Aku cakap, Argon yang tangkap cintan dengan aku. Dia yang terhegeh-hegeh minta aku jumpa dia. Aku pun jumpalah dia. Dan aku rapat dengan dia sebagai kawan. Aku tak tahulah kalau dia suka aku. Nak buat macam mana. Mata dia buta sebab tak nampak kau yang cantik tapi nampak aku yang hodoh ni.”

“Eh, Argon tak buta ya. Kau yang kenakan jampi dekat dia kan?” Julie tidak sanggup mendengar Vanessa berkata bahawa Argon buta.

Vanessa yang sudah bengang pergi ke bilik mandi dan keluar dengan sebesen air. Dia mengenakan jampi pada air tersebut. Air tersebut meluru ke arah The Four dan membelit mereka. Semua yang berada di situ tercengang. Tetapi belitan air tersebut musnah kerana dikerjakan oleh The Four. The Four menggunakan magis hitam melawan air tersebut.

“Kau ingat kau hebat ke? Kau tak akan dapat kalahkan kita orang. Aku dengar kau tu ambil magis air dan kristal. Nampak sangat kau tak dapat nak lawan kita orang. Kita orang semua ambil magis hitam dan magis penyembuh. Magis tersebut lebih hebat dari magis kau.” Ujar Ginny dengan bangganya. Vanessa mencebik. Meluat mendengar kata-kata Ginny.

Tiara dan Monica yang melihat keadaan itu bangun dari katil mereka. Mereka sudah tidak tahan melihat Vellina diperlekehkan. Tiara dan Monica mendekati Vellina. The Four tersenyum sinis melihat Tiara dan Monica.

“Kawan kau ke? Aku pasti yang kawan kau tak sehebat kita orang.” Julie mengejek.

“Huh.. kau nak tahu tak, bukan kau orang aje yang belajar magis hitam. Aku pun belajar magis hitam, Tiara pun sama.” Monica menjawab.

“Ouh.. tak sangka aku Vellina ada kawan yang hebat.” Carrel berkata dengan selamba.

“Kita orang tak nak cari gaduh. Baik kau orang berambus dari bilik kita orang. Kalau tak aku panggil penjaga bilik kita orang.” Tiara mengugut The Four.

“Kau ugut kita orang ke?” Soal Julie.

“Kau rasa?” Tiara menyoal semula. The Four mendengus dan berlalu pergi dari situ.

Tiara menggenggam tangan Vanessa, “Kau okey tak?” Vanessa gigit bibir. Dia angguk kepala. Dalam fikirannya dia mahu membalas dendam pada The Four!

Bilik Diomand ya. Kau orang tengoklah apa yang aku akan buat dekat kau orang.” Desis hati Vanessa kegeraman. Dia berlalu menuju ke bilik mandi meneruskan aktiviti yang tadi terganggu. Semua warga bilik Topaz memerhatikan Vanessa yang menuju ke bilik mandi sehingga kelibatnya hilang dari balik pintu.

p/s : Mungkin ada 3 part untuk bab 11 

Revenge 10 : Argon (part 2)


Revenge 10 : Argon ( part2 )


“Vellina, Vellina. Bangun Vellina.” Vanessa terasa ada tangan menepuk lembut lengannya. Dia membuka mata perlahan-lahan. Muka Monica dipandangnya.


“Cepat sikit bangun. Lepas ni kita akan pergi ke dewan makan. Aku dan Tiara sudah lapar.”

“Monica, sekarang pukul berapa? Aku dekat mana?” Soal Vanessa.

“Sekarang pukul 6.45 petang. Kau dekat Homemass. Kau tak ingat ke? Tiara kata kau tertidur.” Vanessa bangun dari  pembaringan dan duduk di atas katil. Dia garu kepala.

“Aku lupalah. Kita kena pergi dewan pukul berapa?”

“7.15 paling lewat. Patutnya pukul 7. Kau pergilah mandi. Nanti lambat pula.” Arah Monica.
Vanessa capai tuala dan melangkah masuk ke dalam bilik air. Setelah 15 minit berlalu, barulah dia muncul dengan pakaian lengkap. Vanessa mencapai sikat dan menyikat rambutnya dengan cepat. Selepas itu dia keluar dan menuju ke dewan makan di tingkat 1.

Semasa Vanessa sampai, pandangan Vanessa tertumpu di meja Crystal. Dia menangkap kelibat Argon. Argon tersenyum kepadanya. Vanessa membalas senyuman Argon sebelum dia berlalu ke meja Topaz. Vanessa tarik kerusi di sebelah kanan Danny. Sebelah kiri Danny ialah Slyer. Monica dan Tiara duduk di hadapan mereka bertiga. Vanessa jeling Danny yang berbual-bual dengan Slyer. Monica dan Tiara turut berbual-bual. Vanessa tarik nafas. Dia memandang meja makan yang kosong. Meja tersebut ditenungnya lama. Di dalam kepalanya sarat dengan masalah. Dia masih belum jumpa cara untuk mengambil rantai tersebut. Dalam pada masa yang sama, dia seperti merasa bahawa Danny semakin jauh darinya. Mengapa?

“Kau kenapa Vellina? Tenung meja macam nak makan. Bukan ada makanan pun atas meja ni.” Vanessa tersentak. Dia memandang Monica yang tersengih.

“Saja aje. Bosan. Tak tahu nak buat apa.” Vanessa balas tanpa perasaan.

“Argonkan ada. Apa susah. Pergilah borak dengan dia. Mesti kau tak bosan,” Vanessa tersentak buat kali ke-2. Dia memandang Danny. Kenapa Danny kata macam tu? Macam cemburu. Tapi mungkin perasaannya aje. Vanessa buat tidak dengar dan terus memandang meja di hadapannya.

“Kau kenapa Danny? Nak kata perli, memang bunyi macam perli. Nak kata kau cemburu. Kau tak pernah suka Vellina pun. Kenapa dengan kau?” Tiara bersuara. Mahu meletup jantung Vanessa. Danny di sebelah di pandang sekilas sebelum menjatuhkan pandangannya ke meja semula. Danny diam tidak berkata apa-apa. Vanessa bosan. Perutnya berbunyi minta di isi. Para guru Silvery School langsung tidak muncul. Beberapa minit menunggu makanan terhidang di atas meja serentak itu para guru masuk memenuhi meja di hadapan sekali.

“Baru sekarang muncul. Tadi tak muncul-muncul.” Rungut Vanessa perlahan.

“Kami minta maaf kerana lambat sampai di dewan makan. Kami ada mesyuarat tadi dan mesyuarat tersebut terlanjak. Selamat perut saya berbunyi kalau tidak saya tak ingat pukul berapa sekarang.” Gurauan Encik Stephenie iaitu pengetua sekolah mendapat reaksi. Pelajar-pelajar termasuk para guru tergelak mendengar guaruannya. Vanessa pula tersenyum nipis.

“Tanpa membuang masa, saya menjemput kamu semua makan. Saya pasti perut kamu semua semestinya lapar dan berbunyi minta di isi. Jadi mari kita makan,” selesai berkata sedemikian. Semua pelajar bersorak gembira. Mereka makan makanan yang terhidang dengan begitu lahap sekali. Vanessa hanya mengambil steak ringan.

Entah kenapa dia rasa kenyang tiba-tiba. Monica dan Tiara pula mengambil buah-buahan. Malam-malam sebelum tidur, mereka hanya akan makan buah-buahan sahaja. Danny dan Slyer pula mengambil makanan berat. Lelaki sememangnya akan makan makanan yang berat sebelum tidur. Vanessa memandang Argon. Tanpa di sangka pandangan mereka bertaut. Vanessa menghadiahkan senyuman kepada Argon. Argon membalas senyuman tersebut. Tiara dan Monica berdehem.

“Kalau nak berbalas-balas senyuman pun, tunggulah esok. Malam ni makan dulu. Nanti dah kenyang tengok senyuman kekasih hati tak larat nak makan pula.” Monica berkata sambil membelek-belek buah epal di tangannya. Tiara pula sibuk memilih buah yang disukai. Vanessa ketap bibir kerana di tegur begitu. Depan Danny pula tu. Vanessa tidak membalas kata-kata Monica. Dia tidak tahu sama ada Monica memerli atau menyindirnya. Malas hendak ambil tahu. Vanessa bangun dari kerusi dan menuju ke luar dari dewan makan. Dia mula berjalan ke bulatan tengah yang terdapat di lantai.

Tiango Dienda,” Tangga muncul di hadapannya. Vanessa dengan pantas menaiki tangga tersebut dan merebahkan diri di sofa ruang tamu. Dia tidak tahu kenapa dia tiada selera untuk makan. Sebab kata-kata Monica? Tidak. Vanessa tidak jadi berdiri apabila ada seseorang memanggil namanya. Dia memaling muka ke arah suara tersebut.

“Danny?” Vanessa menyebut nama Danny dengan perlahan.

“Kau buat apa dekat sini Danny? Dah habis makan ke?” Soal Vanessa berterusan. Danny melangkah menghampiri Vanessa. Vanessa memandang pelik ke arah Danny. Danny duduk di sebelah Vanessa.

“Aku dah habis makan. Saja aje balik bilik cepat. Takut kau bosan.” Balas Danny perlahan.

“Hei.. mana ada aku bosan. Aku balik bilik sebab aku ..... aaaa....aku... aku nak tidur.” Tergagap-gagap Vanessa hendak mencari alasan. Memang dia bosan sebenarnya. Tapi tak kan nak mengaku lepas dia tak mengaku dia tak bosan. Jatuh air muka nanti.

“Yalah tu. Ingat aku tak tahu.” Balas Danny. Selepas itu, suasana sepi. Vanessa telan air liur. Dia tidak tahu hendak cakap apa pada Danny. Dia tidak tahu kenapa dia rasa tidak selesa bila.

“Kau dengan Argon kekasih ke?” Tiba-tiba Danny bertanya. Vanessa terdiam seketika.

“Taklah. Cuma.. aku dengan dia.. Macam mana nak cakap eh.. urm...” Vanessa mencari ayat yang sesuai untuk menyatakan hubungannya dengan Argon.

“Saling menyukai?” Danny bertanya. Vanessa terpana. Vanessa gigit bibir bawah.

“Macam tu lah kut.” Vanessa jawab dengan nada perlahan.

“Argon tu kacak bukan. Mata dia warna ungu pekat. Rambut dia pun warna ungu. Memang ramai peminat dia tu.” Tanpa bertanya Danny memberitahu. Aku tarik senyum.

“Ya, dia memang kacak. Senyuman dia boleh buat orang jatuh hati.” Vanessa menyambung tanpa perasaan. Apabila mengenangkan Argon. Keinginan dia untuk mendapatkan rantai biru tersebut menggunung.

“... termasuk kau,” Danny menyambung kata-kata Vanessa. Vanessa terdiam buat kali ke-2.

“Kenapa diam?”

“Tak tahu nak bagi reaksi apa.”

“Kenapa tak tahu? Patutnya kau bagi reaksi yang gembira.”

“Entah..”

“Aku masuk tidur dulu. Mengantuk.” Vanessa dengan pantas bangkit dari sofa dan masuk ke bilik. Dia memegang dadanya. Entah kenapa dia terasa lain macam dengan apa yang Danny cakapkan. Kenapa?

Revenge 10 : Argon (part 1)

p/s : Nama Saliva sudah ditukar kepada Vanessa. Manakala, nama Valisa sudah ditukar kepada Vellina. Pftt.. harap-harap tak konfius. Bab-bab sebelum, still guna nama tu. Tapi start bab 10, nama tersebut sudah ditukar. *Tukar kat word je. Kat sini tak. =) *



Revenge 10 : Argon

“Hai Argon, lama tunggu?” Soal Vanessa yang entah dari mana munculnya. Argon senyum sebelum menjawab pertanyaan Vanessa, “Taklah. Baru sampai,” Vanessa tarik kerusi di sebelah Argon. Mereka sekarang berada di dewan makan. Vanessa memandang rantai yang berwarna biru di leher Argon sekilas. Dia tidak sabar mahu mengambil rantai tersebut. “Betul ke ni?” Tanya Vanessa lagi sekali. Mahu mendapatkan kepastian.

“Betul Vellina. Baru aje Argon sampai.” Balas Argon. Vanessa angkat bahu. Dia malas hendak bertanya lagi.

“Macam mana dengan kelas tadi? Okey?” Argon bertanya sambil tangannya memegang tangan Vanessa. Vanessa tersenyum walhal dalam hati dia tidak suka. “Okey aje. Argon macam mana?”

“Okey,” balas Argon pendek. Mereka makan makanan di hadapan sambil berbual-bual kosong. Setengah jam berlalu. Argon dan Vanessa sudah habis makan. Vanessa meminta diri dahulu kerana ada hal. Argon menganggukkan kepala. Vanessa terus menuju ke bangunan biliknya. Dalam hati dia sumpah seranah Argon. Main pegang aje tangannya. Ingat tangannya memang untuk di pegang ke?

“Wah.. Bukan main sekarang ya Vellina. Aku tengok dekat dewan makan tadi. Kau dengan Argon bukan main mesra.” Tiara bertanya. Danny dan Slyer turut berada di situ.

Muka Vanessa merah, “Bodoh betullah Tiara ni. Kenapa kau kata depan dua makhluk ni? Aku tumbuk kau baru kau tahu.” Desis hati Vanessa.

“Aku dengan dia kawan ajelah. Bukan ada apa-apa pun. Dah dia ajak makan. Aku pergi ajelah.” Balas Vanessa sedikit gugup. Tiara mengherot mulutnya.

“Yalah tu? Macam aku tak nampak tadi. Siap pegang tangan. Tak ada apa-apa kau kata?” Tiara membalas.

“Eh, mana Monica?” Vanessa tukar topik. Dia malas hendak brbicara mengenai Argon. Sumpah. Dia langsung tiada perasaan cinta pada Argon. Dia hanya mahu rantai di leher Argon. Itu sahaja.

“Tukar topik nampak? Monica dia ada tugas kena buat. Aku pun tak tahu apa. Eh, tak kan kau orang tak bercinta kut.” Tiara mula lagi. Danny dan Slyer hanya bertindak sebagai pendengar.

“Danny, Slyer. Kau tak ada benda ke nak buat?”

“Eh, apa salahnya dia orang ada dekat sini? Kau malu ke sebab aku tanya pasal Argon depan jejaka-jejaka yang tampan ni?” Sumpah. Vanessa rasa mahu hempuk Tiara. Dah tahu tu kenapa pergi tanya lagi. Malu gila dia dengan dua makhluk tersebut. Vanessa gigit bibir.

“Bukanlah. Tak akan dia orang tak ada benda nak buat selain teman kau kaki liat bangun tidur. Macam pengawal pula aku tengok dia orang.” Vanessa hendak memalukan Tiara. Muka Tiara merah.

“Eh Tiara. Kau malu ke sebab aku kata kau liat bangun tidur depan jejaka-jejaka yang tampan ni?” Tiara naik malu. Vanessa tarik senyum. Selepas ini, dia berharap agar Danny dan Slyer tinggalkan mereka berdua.

“Vellina. Kalau kau tak nak kita orang ada dekat sini. Cakap ajelah terus. Tak payah nak selindung-selindung.” Danny menyampuk.

“Kalau kau dah tahu tu. Apa lagi? Pergilah cepat. Aku ada hal nak cakap dengan Tiara ni.” Vanessa membalas. Danny dan Slyer berlalu pergi dari situ selepas Vanessa cakap begitu.

“Tiara. Kau sengaja nak malukan aku kan. Kalau iya pun kau nak cakap pasal Argon. Janganlah cakap depan dia orang. Kita-kita sudah.” Vanessa mula berkata selepas melihat kelibat Danny dan Slyer sudah jauh.

“Alah, apa salahnya? Dia orang pun nampak Argon pegang tangan kau.” Penjelasan Tiara membuatnya sedikit terpana.

“Dia orang nampak? Kau biar betul?” Vanessa berasa sedikit cemas.

“Yalah. Si Danny yang nampak dulu. Dia bagi tahu aku. Aku pun tumpang tengok sekali. Amboi.. bukan main mesra.” Vanessa ketap bibir. Dia tak tahu kenapa dia rasa cemas semacam. Dia suka Danny ke? Gila! Tak mungkin!

“Tiara, aku nak pergi masuk biliklah. Nak ikut tak? Aku nak pergi rehatkan minda sekejap.”

“Aku nak ikut.” Seraya itu, mereka berdua berjalan menuju ke bangunan tempat mereka tidur atau bangunan tersebut di panggil Homemass. Vanessa berdiri di tengah-tengah bulatan yang terdapat di lantai.

Tiango Dienda,” Vanessa menyebut kata laluan untuk tangga ke bilik Topaz dengan kuat sekali. Sebuah tangga muncul di hadapannya. Vanessa dan Tiara menaiki tangga tersebut. Setelah mereka sampai di tingkat 4. Vanessa masuk ke dalam bilik manakala Tiara duduk di sofa ruang tamu. Vanessa menghempaskan badannya di atas katil. Dia menghela nafas lemah dan mengetap bibir. Dia harus mencari cara untuk mendapatkan rantai yang berada di leher Argon. Tanpa Vanessa sedar, dia tertidur.