Tajuk Cerpen : Banglo Itu
Alya duduk bersandar di dalam biliknya itu. Tangannya memeluk erat kedua-dua lututnya. Mukanya ditekup di lututnya itu. Air mata masih lagi merembes keluar. Dia menggigil ketakutan. Esakkan masih lagi kedengaran dari mulutnya itu. Dia berasa tidak aman. Dia terasa ada sesuatu yang hendak mendekatinya lantas dia mengangkat mukanya dan di saat itu jeritan yang nyaring terkeluar dari tekaknya. Akhirnya, pandangannya mula berbalam-balam, dia rebah bersama-sama dengan air mata yang masih bersisa di pipi.
Erin dan Hana mengangkat muka sepantas kilat apabila terdengar jeritan yang nyaring itu. Mereka berdua berada di dapur, berdiri memeluk satu sama lain di satu sudut. Rasa takut menyelubungi mereka. Bulu roma yang menegak mula menjadi tegang apabila terdengar jeritan itu. Mereka tidak pasti dari Alya atau Kirana. Pelukkan dieratkan lagi. Wajah masing-masing jelas tergambar rasa takut, gelisah dan bimbang. Mereka mula menyesal kerana tidak mendengar kata-kata Kirana dan kawan-kawan mereka yang lain. Di dalam hati, tidak putus-putus mereka berselawat dan membaca doa. Moga-moga tiada perkara buruk yang menimpa mereka berempat.
Kirana masih lagi tidak terjaga. Bunyi jeritan yang nyaring itu tidak mampu mengejutkannya dari tidur. Hembusan nafas yang menampar pipinya juga tidak mampu menggerakkannya dari tidurnya. Dia seolah-olah tidak merasai sesuatu yang pelik sedang berlaku, seolah-olah dia sudah kehilangan deria untuk mendengar dan merasa. Hembusan nafas yang menampar pipinya itu mula menghilang apabila Kirana tidak menunjukkan sebarang reaksi. Jelmaan itu mula berterbangan di sekitar Kirana setelah hembusan nafasnya tidak mendapat sebarang reaksi daripada Kirana. Akhirnya, jelmaan itu hilang dengan sendiri dan Kirana masih kekal di situ, di atas katil yang empuk.
***
“Eh, jom kita pergi bercuti nak?” Alya berbisik di telinga Hana yang berada di sebelahnya. Mereka masih lagi berada di dalam kuliah Prof. Ahmad.
“Boleh aje,” Hana menjawab dengan nada berbisik. Matanya masih lagi memandang Prof. Ahmad tetapi fikirannya berada pada Alya.
“Aku pun nak ikut,” satu suara mencelah dari arah belakang. Alya menoleh, muka Erin terpapar diruangan matanya.
“Boleh aje. Kirana kau nak ikut tak?” Alya menyoal Kirana yang duduk di sebelah Erin. Kirana angkat bahu menandakan dia tidak kisah.
“Cantiklah. Macam tu, kita empat orang pergi minggu depan.” Alya mengeluarkan kata putus.
“Set!” Balas Hana dan Erin. Kirana hanya tersenyum kecil. Alya menarik senyum gembira apabila cadangannya dipersetujui oleh mereka bertiga.
***
“Kita nak pergi bercuti dekat mana?” Hana bertanya. Masing-masing menghirup air mereka. Suasana di cafeteria agak hingar-bingar persis pasar malam.
“Banglo atas bukit.” Ringkas jawapan Alya. Kirana berhenti menyedut airnya. Dia memandang Alya dengan pandangan kau-biar-benar. Alya membalas pandangan Kirana dengan riak bersahaja.
“Kau kenapa Kirana? Pandang Alya macam nak makan.” Erin bertanya. Dia masih lagi menyedut air yang berada dihadapannya.
“Alya, betul ke kita nak bercuti dekat situ?” Kirana tidak menghiraukan pertanyaan Erin sebaliknya dia meminta kepastian mengenai rancangan Alya. Alya mengangguk dengan yakin.
“Pleaselah jangan buat kerja gila. Banglo tu berhantulah!.” Kirana menentang keras cadangan destinasi percutian mereka. Hana dan Erin sudah berpadangan.
“Hantu? Gosh Rana! Jangan merepeklah. Mana ada hantu dekat banglo tu. Cuma banglo tu menyeramkan aje.” Alya menafikan kenyataan Kirana.
“Alya, kalau betul dekat banglo tu ada hantu. Aku half-half. Aku tak nak nyawa aku terancam. Aku akan ikut kalau Erin dan Kirana ikut.” Alya sudah merengus geram.
“Gosh! Cerita hantu tu merepek ajelah! Tak betullah! Dia orang saja nak kasi gempak sikit biar orang ramai takut nak pergi ke banglo tu. There is no such things like ghost! Cut the crap, please!” Alya sudah tayang muka bosan.
“Hurm.. kalau betul ada hantu, aku ikut! Nak jugak tahu betul ke tidak cerita tu. Entah-entah budak-budak ni saja buat cerita gebang, nak takutkan orang ramai.” Erin menyatakan kesanggupannya pergi ke banglo itu.
“Jomlah ikut Kirana. Please…” Alya memujuk Kirana. Kirana mengetap bibir.
***
Mereka berempat sudah berada di hadapan banglo yang dikatakan berhantu itu. Kirana turut serta dalam percutian mereka di banglo atas bukit itu selama 4 hari setelah puas dipujuk rayu oleh Alya.
“Yeah! Finally, Berjaya jugak kita sampai dekat banglo ni.” Alya tersenyum riang. Kirana memandang sepi banglo dihadapannya itu. Menyeramkan. Itulah konklusi ringkas yang boleh dikatakan oleh Kirana.
Mereka berempat melangkah masuk ke dalam banglo tersebut. Penjaga banglo tersebut telah memberikan kunci kepada Alya sehari yang lepas. Jadi tiada sebab mereka tidak dapat masuk ke dalam banglo itu.
Kirana memandang sekeliling. Banglo tersebut tetap tampak menarik walaupun sudah lama tiada penghuni yang menjaga banglo itu. Ada dua bilik di dalam banglo itu. Dapurnya pula terletak bertentangan dengan dua bilik tersebut. Ruang tamunya agak luas dan ini menyebabkan jarak dapur dari bilik-bilik itu jauh.
“Dahlah tu kau orang, dari tadi asyik tercegat kat ruangan tamu. Sekarang baik kau orang angkat barang-barang ni semua masuk bilik. Aku nak sebilik dengan Kirana.” Hana sudah memberikan arahan kepada kawan-kawannya itu. Mereka berempat mengangkat barang-barang mereka dan menuju ke dalam bilik yang diingini. Bilik Hana dan Kirana terletak disebelah kanan manakala bilik Alya dan Erin terletak disebelah kiri, bertentangan dengan dapur.
Semasa Erin hendak menyusun barang-barangnya dia terasa seperti bahunya sedang disentuh. Lantas dia berpaling. Kosong. Erin menyambung semula mengemas barang-barangnya. Dia tidak ambil pusing mengenai sentuhan yang dirasanya itu.
Lagi sekali Erin terasa disentuh, tetapi bukan dibahu sebaliknya ditelapak kakinya. Dia terasa seolah-olah sesuatu yang sejuk menyentuh telapak kakinya itu. Erin bangkit dengan cepat. Dia cuba bertenang.
Alya yang berada dibilik yang sama dengannya juga terasa rambutnya dimain-main oleh seseorang. Alya cepat-cepat menyentuh rambutnya dan menyelak rambutnya ketepi. Lagi sekali Alya diuji. Dia terasa seseorang menyentuh lehernya. Sejuk. Alya menyentuh lehernya sepantas kilat. Dia mula memandang sekeliling dan tika itu pandangan matanya melekat pada batang tubuh Erin. Alya akhirnya cuba membuang rasa seram yang mula menyelubungi dirinya. Dia kembali menyambung tugasnya semula. Dia cuba menganggap segala benda yang aneh berlaku padanya hanya mainan perasaannya sahaja.
Di bilik sebelah...
Kirana sedang menolong Hana mengemas bilik mereka apabila dia tiba-tiba terasa ada sesuatu yang basah menyentuh bahunya. Dia dengan pantas memusing kepalanya ke kanan. Hana terkejut melihat reaksi Kirana. Kirana pula menghela nafas lega apabila melihat empunya badan.
“Kau kenapa?” Hanya menyoal Kirana dengan penuh hairan. Kirana menggeleng kepala.
“Kau kenapa sentuh bahu aku? Dengan tangan basah pulak tu. Terkejut tau. Selamat tak kojol!” Kirana membalas soalan Hana.
“Sorrylah kalau kau terkejut, aku baru aje basuh tangan. Kotorlah tangan aku sebab kemas habuk-habuk dalam bilik ni. Kau tak sembahyang ke?”
“Sembahyanglah! Tak akanlah tak sembahyang. Berdosa tau tak tinggalkan sembahyang.”
“Dah tu jomlah kita sembahyang jemaah. Aku nak ambil wuduk. Terlupa pulak nak ambil waktu basuh tangan. Dah pukul 5.12 petang dah ni.” Hana mengajak Kirana sembahyang bersama-samanya.
“Jom!” Kirana bangkit dan mengambil wuduk untuk sembahyang berjemaag dengan Hana.
***
“Alya kau dah jerang air ke belum?” Tanya Kirana sambil mengeluarkan 4 buah mangkuk dari dalam bakul yang mereka bawa.
“Dah,” Alya membalas pendek. Dia sedang duduk sambil membaca novel di ruang tamu. Erin pula sedang enak membaca majalah yang dibawanya bersama-sama disebelah Alya. Manakala Hana duduk menonton televisyen.
“Alya, kau kata dah jerang air.” Kirana merampas novel dari tangan Alya. Dia berdiri bercekak pinggang dihadapan Alya.
“Betullah aku dah jerang air.” Alya mahu mengambil novelnya dari tangan Kirana. Kirana mengangkat novel Alya setinggi-tingginya.
“Habis tu kenapa aku tengok dalam water heater tu kosong? Harap suis aje yang kau pasang.” Kirana memandang Alya dengan penuh kegeraman.
“Betullah! Aku dah jeranglah.” Alya masih ingat dia menjerang air sebentar tadi. Sudah diisi penuh air di dalam water heater tersebut.
“Mungkin kau ngigau kut Alya. Kau malas nak jerang, kau cuma fikiran aje kut.” Hana mengusik Alya. Alya jeling Hana. Hana tersengih. Erin pula tidak ambil port, dia leka membaca majalah yang baharu sahaja dibeli semasa dalam perjalanan ke banglo ini.
“Okey, aku jerang balik.” Alya bangkit dari tempat duduknya. Pada ketika itu, dia mula terasa ada sesuatu yang aneh berlaku di dalam rumah yang mereka duduki. Bulu romanya mula menaik.
“Tak payah. Aku dah jerang tadik. Hana, jom tolong aku masak maggi goreng.” Kirana menepuk bahu Hana. Alya pula duduk semula dan memikir-mikirkan perkara-perkara aneh yang berlaku. Dia mula berasa seram sejuk.
Hana mengikut Kirana ke dapur walaupun dia berasa malas untuk memasak. Alya pula tidak dapat duduk tenang apabila memikirkan perkara-perkara aneh yang terjadi lantas dia menepuk paha Erin. Perlahan.
“Apa dia?” ujar Erin dalam kegeraman kerana pembacaannya terganggu.
“Kau tak perasan ke ada benda pelik yang berlaku?” Alya mula menyoal. Erin pandang Alya. Dia tidak tahu sama ada mahu memberitahu Alya atau tidak. Akhirnya dia angguk perlahan.
“Aku dah rasa sejak dalam bilik lagi tapi aku buat dek aje. Tapi sekarang ni tak adalah. Mungkin perasaan aku aje kut masa kat dalam bilik tadi. Tapikan, aku rasa bulu roma aku menaik. Seram sejuk aje badan aku. Tapi sebab ada kau dalam bilik aku buat-buat biasa.” Panjang lebar Erin terangkan.
“Aku pun dah banyak kali kena, sejak dalam bilik lagi dan sampai sekarang. Tadik aku dah jerang air. Tapi, Rana kata langsung tak ada air dalam water heater tu. Cuma suis aje terpasang.” Alya juga memberitahu perkara aneh yang berlaku padanya. Erin terdiam.
“Kita bagi tahu Hana dan Kirana nak? Mungkin dia orang pun kena.” Erin berkata setelah lama mendiamkan diri.
“Aku tak rasa Kirana dengan Hana kena. Tengok dia orang steady aje. Baik tak payah bagi tahu dia orang. Nanti tak pasal-pasal dia orang takut. Bila dia orang takut, aku lagi takut.”
“Betul jugak. Tapikan, jom kita pergi tolong dia orang kat dapur. Aku dah mula rasa seramlah.” Erin memperlahankan suaranya. Dia menggosok bahunya yang mula berasa sejuk. Mereka berpandangan dan terus berlari masuk ke dalam dapur.
***
Hari ini masuk hari ketiga Alya dan Erin diganggu. Mereka sudah mula berasa takut tetapi mereka tetap tidak memberitahu hal tersebut kepada Hana dan Kirana. Tiba-tiba, Alya dan Erin terdengar suara Hana menjerit dari arah dapur. Mereka berdua lantas berlari ke arah dapur.
“Kenapa Hana?!” Alya menyoal dengan nada ingin tahu. Erin pula melihat keadaan Hana yang seakan-akan takut melihat air yang mengalir keluar dari sinki dapur. Kirana pada waktu itu sedang enak tidur di dalam biliknya.
“A..a..aku..nampak darah mengalir keluar dari sinki. Pekat gila.” Hana memberitahu dengan gugup dan saat itu Hana mula menangis.
“Aku dah tak tahan. Jom kita blah dari rumah ni. Dari semalam aku kena ganggu. Aku tak dapat tahan.” Kenyataan yang keluar dari mulut Hana mengejutkan Alya dan Erin.
“Kau pun kena?!” Erin menyoal dengan rasa terkejut. Hana angkat muka memandang Erin dan Alya silih berganti.
“Aku dan Alya kena masa first-first kita jejak ke dalam rumah ni. Kita orang tak sangka kau pun kena. Kita orang diamkan aje supaya kau dan Rana tak takut.” Hana membesarkan matanya apabila mendengar ayat yang meluncur keluar dari mulut Erin.
“Kenapa kau orang tak bagi tau awal-awal kat kita orang?” Tiba-tiba Hana teringatkan Kirana.
“Kirana.” Erin dan Alya berpandangan apabila Hana menyebut nama Kirana. Alya sepantas kilat berlari mendapat Kirana di dalam bilik Kirana tetapi kerana fikirannya tidak tenang dia termasuk ke dalam biliknya dan serentak itu bekalan elektrik di dalam rumah itu terputus.
Alya berpaling, dia mahu keluar dari bilik itu apabila sepasang tangan menyambar kakinya. Dia terjatuh. Alya berdiri semula dan melihat sekeliling. Kosong. Walaupun keadaan gelap namun dia mampu nampak samar-samar keadaan sekelilingnya. Ketakutan mula menyelubunginya. Alya melangkah perlahan-lahan kebelakangan sehinggalah dia tidak mampu melangkah lagi apabila badannya sudah terkena pada dinding biliknya itu.
Alya duduk bersandar di dinding, manakala tangannya memeluk erat kedua-dua lututnya. Malam itu rumah banglo tersebut dipenuhi dengan jeritan dan salakkan anjing yang bertalu-talu. Hana dan Erin hanya mampu berpelukkan satu sama lain dengan penuh ketakutan. Sebarang sentuhan yang mereka rasai dan sebarang jeritan yang didengari dibiarkan sahaja.
***
Kirana memandang sekeliling biliknya dan pandangannya jatuh pada katil Hana. Kosong. Dia bangun dari katil dan melangkah menuju ke bilik sebelah. Kirana terkejut melihat sekujur tubuh terbaring di tepi dinding. Alya! Kirana berjalan menghampiri Alya dan mengejutkannya.
“Aaaaa!!! Tolong! Tolong! Tolong jangan apa-apakan saya! Tolong!” Alya menjerit dan menjerit. Kirana mengoncang tubuh Alya dengan lebih kuat untuk menyedarkan Alya. Usahanya tidak berhasil kerana Alya menjerit lagi kuat.
Jeritan Alya didengari oleh Hana dan Erin yang baharu sahaja terbangun dari tidur. Mereka lantas berlari mendapatkan Alya apabila mereka sudah mengesan arah jeritan tersebut.
Kirana pusing kepalanya apabila terasa ada seseorang sedang berlari. Akhirnya, wajah Hana dan Erin muncul. Erin dan Hana terkejut melihat Kirana yang berada di bilik itu dan mereka tambah terkejut apabila melihat keadaan Alya yang sudah meraung-raung dan meracau-racau tak tentu hala. Mereka bertiga berpandangan.
***
Kirana, Hana dan Erin sedang mengemas barang Alya setelah mereka bertiga selesai mengemas barang masing-masing. Keadaan Alya sudah mula baik cuma dia masih meracau-racau. Kejadian yang menimpa mereka bertiga telah diceritakan oleh Hana dan Erin sebentar tadi.
Tiba-tiba, mereka terdengar ada suara memberi salam. Kirana bangun mendapatkan empunya suara itu. Kirana tersenyum lega apabila abangnya selamat sampai ke banglo yang mereka duduki. Dia yang menelefon abangnya sebelum Erin dan Hana membuka cerita kerana tidak mahu membiarkan keadaan Alya bertambah teruk.
“Boleh tak abang masuk ke dalam bilik? Abang ingat nak tolong angkat barang-barang adik.” Tanya Rasdi kepada adik bongsunya, Kirana.
“Boleh! Jomlah. Angkat barang kawan-kawan adik sekali tau.”
Sesudah semua barang-barang diangkat masuk ke dalam kereta. Mereka bertiga berkerjasama mengangkat Alya untuk dibawa masuk ke dalam kereta. Rasdi juga berada bersama dengan mereka bertiga. Dia melihat sekitar bilik tersebut.
Rasdi tertarik melihat dinding yang seakan-akan dicat baru kerana warna dinding disekitarnya merupakan warna biru muda tetapi dinding itu berwarna biru tua. Dia mendekati dinding tersebut dan melihat dengan penuh teliti dinding tersebut.
Kirana yang melihat abangnya meneliti dinding bilik itu menepuk bahu abangnya perlahan. Rasdi menoleh. Kirana angkat kening.
“Dinding ni macam ada sesuatu kat dalam dia.” Rasdi mengetuk dinding tersebut dan membandingkan ketukan itu dengan dinding-dinding disekitarnya. Kirana turut melakukan aksi yang serupa. Bunyi ketukan dinding tersebut memang lain. Rasdi mula meraba dinding tersebut sehinggalkah dia terasa ada benjolan kecil. Dia menarik tangan Kirana dan menyuruh Kirana menyentuh tempat tersebut.
Kirana terasa ada sesuatu di situ. Kirana memanggil Hana dan Erin untuk menolong mereka untuk menyiasat dinding tersebut.
***
Kirana memandang polis-polis yang sedang mengangkat mayat seorang perempuan. Sungguh mereka tidak sangka bahawa mayat tersebut ditanam di dalam dinding. Erin dan Hana menjerit apabila ternampak mayat tersebut ketika mereka cuba mengorek dinding tersebut. Kirana terkejut sehingga tidak mampu kata apa-apa. Abangnya pula terus menelefon polis dan memberitahu mengenai mayat perempuan yang ditanam di dalam dinding di rumah banglo atas bukit.
Kini, Kirana sudah mampu menghela nafas lega apabila mengetahui kejadian yang berlaku kepada kawan-kawannya adalah disebabkan roh mayat perempuan tersebut yang tidak tenteram.
Dia berasa bersyukur kerana tidak dikacau oleh roh tersebut. Mungkin kerana Erin dan Alya terlampau berani dan tidak percaya hantu oleh itu mereka dikacau. Manakala Hana pula sudah ditakdirkan oleh Allah. Dia pula seorang yang berani dalam tidak berani apabila berbicara mengenai hantu.
Dia juga bersyukur kerana tiada apa-apa yang serius berlaku kepada kawan-kawannya. Jika tidak kuat iman mungkin Alya dan Erin sudah lama membunuh diri kerana tidak tahan diganggu. Dia bersyukur kepada Allah kerana misteri dibalik kejadian di banglo atas bukit akhirnya sudah terbongkar.
Tamat...
No comments:
Post a Comment