There was an error in this gadget

Pembuka Bicara~

* SG! [edited part] bieyla post dkat p2u.. Tgk dekat sidebar~

*Warkah Terakhir hanya berkisar mengenai persahabatan dan kekeluargaan sahaja. Saya buat cerita Warkah Terakhir sebab banyak kawan maya saya yang tak suka bercinta. So, saya make up my mind and buat cerita ni. Harap-harap kawan-kawan semua terima. =)


* Semua gambar yang ada di sini adalah hak milik pak cik google. Ada sesetengah gambar hak milik saya.

Saturday, October 15, 2011

Revenge 9 : Blue Necklace (part 1)

 
Revenge 9 : Blue Necklace (part 1)
 
Sudah sebulan peristiwa di mana Saliva, Monica dan Tiara dikenakan hukuman mencuci tandas tanpa menggunakan magis. Saliva dikerah membasuh tandas sekolah di tingkat 9 dan 10. Manakala Monica di tingkat 7 dan 8. Tiara pula tingkat 5 dan 6. Mereka semua kena mencuci tandas tersebut setiap 2 minggu selama sebulan.

Sebulan jugalah Saliva menggunakan magis untuk membersihkan tandas tersebut. Monica dan Tiara tidak menggunakan magis untuk membersihkan tandas kerana mereka takut hukuman yang lebih berat akan dikenakan. Tidak pada Saliva. Baginya, selagi ada magis, selagi itu dia akan menggunakan magis sebaik mungkin. Nama mereka bertiga turut menjadi popular kerana baru dua hari bersekolah di situ tetapi sudah melanggar peraturan. Saliva tidak ambil pusing tentang itu tetapi Monica dan Tiara ambil pusing. Setiap kali mereka lalu di mana-mana, pasti ada suara sumbang bercakap mengenai mereka. Tiara dan Monica terpaksa tahan telinga.

Tetapi Saliva dengan selambanya berhenti pada orang yang bercakap tentang mereka dan berkata, “Kenapa? Ada masalah ke? Kalau nak mengumpat pun tak payah nak bisik-bisik. Cakap teruskan lagi elok.” Tanpa berperasaan Saliva berkata kepada dua orang murid perempuan yang sedang mengumpat mereka bertiga dan berlalu pergi dari situ. Monica dan Tiara mahu sahaja mengetuk kawannya itu. Apa tidaknya, kalau dua orang makhluk tu mengadu pada cikgu, semestinya mereka akan kena hukuman yang lagi berat. Budak yang mengumpat tadi terdiam melihat reaksi Saliva. Mereka akhirnya berjalan tanpa membuka mulut.

“Wei Valisa, kau nak mati ke? Kalau ya pun marah, janganlah tegur dia orang. Kalau dia orang mengadu dekat cikgu macam mana? Masak kita.” Tiara berkata-kata sambil memegang tangan Saliva.

“Kau orang jangan risaulah. Aku tengok dia orang tu macam okey aje. Aku rasa dia orang tu mesti dari bilik Ruby. Kalau bilik Crystal atau Diamond mesti dia orang marah punya.” Balas Saliva selamba. Ingat dia takut. Selagi mulut ada, selagi itu dia akan bercakap apa yang dia mahu. Sakit atau tidak, itu tolak belakang. Yang penting, dia hendak cakap apa yang dia mahu cakap. Tiara dan Monica hanya mengeluh. Selama sebulan ni, mereka sudah teramat kenal Valisa. Hanya membuat benda ikut suka hatinya. Kelentong cikgu nombor pertama. Tapi disebabkan mereka berdua, dia tidak dapat kelentong cikgu.

Sedang Saliva berjalan menuju ke bangunan tempat mereka tidur, dia terpandang seorang lelaki yang begitu menarik perhatiannya. Hal ini kerana, lelaki tersebut memakai rantai yang berwarna biru. Ukiran yang terdapat di sekeliling rantai tersebut, sama dengan ukiran yang terdapat pada rantainya yang berwarna merah. ”Siapa budak tu? Kenapa hari ni baru aku nampak dia? Kenapa tak masa hari pertama masuk ke sini?” Pelbagai soalan menerjah ke dalam kepala Saliva. Dia harus mencari cara supaya dapat merapati lelaki tersebut. Harus! Akhirnya dia mengukir senyuman kecil. Dia tahu bagaimana. Danny dan Slyer!

*****

“Hai kau orang, lama tak jumpa. Rindu gila aku dengan kau orang.” Ujar Saliva apabila dia melihat Danny dan Slyer di ruang tamu tingkat 4.

“Aku rindu juga kat kau. Yalah, dah sebulan kita tak bercakap. Masing-masing sibuk dengan aktiviti masing-masing. ” Danny membalas. Matanya masih lagi terlekat pada buku yang berada di tangannya. Saliva tidak ambil pusing tentang itu.

“Urmm.. kau orang, ada pelajar baru ke masuk sekolah kita?” Saliva mula bertanya. Danny angkat muka. Tiara dan Monica yang duduk di sebelah Saliva kerut dahi.

“Eh, macam mana kau tahu? A’ah ada pelajar yang baru masuk. Baru dua hari lepas dia masuk sini. Pelajar perempaun. Cantik!” Saliva ketuk kepala Danny. Danny menggosok kepalanya.

“Apa? Betullah kata aku. Cuba kau tanya Slyer. Mesti dia kata sama macam aku,” Slyer tersenyum di sebelah Danny. Dia rasa dia tahu apa yang Saliva harapkan.

“Kau ada nampak budak lelaki yang kacak tu ke?” Slyer bertanya pada Saliva. Mata Saliva sudah bercahaya, “Yang itulah aku nak dengar. Pelajar lelaki baru. Bukan pelajar perempuan.” Danny mendengus, “Gatal!” Cemuh Danny. Saliva pekakkan telinga. Buat-buat tidak dengar. Matanya kini hanya menatap muka Slyer. Tidak sabar mendengar perihal lelaki yang begitu menarik perhatiannya itu.

“Dia tu baru hari ni masuk. Aku pun tak tahu dia ambil magis apa. Tapi aku rasa semestinya dia ambil Dark Magic.” Slyer berhenti di situ. Saliva memandang tidak puas hati, Lagi?” Saliva bertanya. Slyer memandang Saliva, “That’s all I know. Nothing more or less.

Saliva tarik nafas dan melepaskannya. Dia berasa hampa. Terlalu sedikit maklumat yang dia dapat. Terlalu sedikit! Dia mengetap bibirnya. Otaknya ligat memikirkan cara untuk mendekati lelaki tersebut. Kawan-kawannya yang berada di hadapan, tidak dipedulikan. Akhirnya, senyuman terukir di bibir. Idea sudah datang!

No comments: