Pembuka Bicara~

* SG! [edited part] bieyla post dkat p2u.. Tgk dekat sidebar~

*Warkah Terakhir hanya berkisar mengenai persahabatan dan kekeluargaan sahaja. Saya buat cerita Warkah Terakhir sebab banyak kawan maya saya yang tak suka bercinta. So, saya make up my mind and buat cerita ni. Harap-harap kawan-kawan semua terima. =)


* Semua gambar yang ada di sini adalah hak milik pak cik google. Ada sesetengah gambar hak milik saya.

Thursday, May 6, 2010

Kasih, Hanya Kau!

CERITA NIE SAMBUNGAN CERPEN, KASIH, BUKAN KAU!

Liyana terduduk lemah, dia menarik nafas panjang sebelum melepaskan nafas lega. Di dalam hatinya sudah datang perlbagai perasaan. Semua bercampur menjadi satu. Resah, gelisah, takut, menyesal, gembira, sedih, dan gementar. Dia menarik nafas lagi sekali. Dia mengeluh dengan kuatnya. Dia tidak mahu memikirkan apa yang bakal berlaku pada hari esok. Tapi yang pasti, bencana besar akan berlaku. Tiba-tiba, dia bangun dari sofa tersebut dan menuju ke arah tangga bersebelahan dengan dapur untuk pergi ke biliknya. Dia berjalan dengan perlahannya. Tidak bermaya! Kalaulah ibu bapanya tahu apa yang berlaku di sekolah tadi, sudah pasti dia kena hantar belajar ke New York. Walaupun dia tahu yang ramai orang mahu pergi belajar di sana tetapi tidak dirinya. Hal ini kerana, dia takut untuk berpisah dengan ibu bapanya. Tapi, hakikatnya, dia memang sudah terpisah jauh dari ibu bapanya. Ibu bapanya, hanya memikirkan kerja, kerja, kerja! Dia bagaikan patung yang tidak bernyawa di situ. Tidak wujud! Ibu bapanya hanya fikir duit boleh memberikan kebahagian kepadanya. Dia kecewa. Hatinya sering memberontak tetapi di tahannya. Dia sanggup untuk tidak berkawan dengan mana-mana lelaki kerana ibu bapanya sudah memberitahunya supaya tidak berkawan dengan lelaki. Dia terkongkong. Disebabkan itu, sampai sekarang dia masih tiada kawan yang bernama lelaki. Dia tidak tahu, apakah motif ayah dan ibunya berbuat demikian. Tetapi dia tidak pernah menayakan kepada ibu dan ayahnya.

*****************************

Hakim, terduduk lemah. Dia tak sangka yang Liyana akan membuat pilihan yang sebegitu rupa. Dia menghela nafas panjang. Dia meramas-ramas handset yang berada di genggamannya sambil memikirkan sesuatu. Suasana di dalam rumah banglo 3 tingkat miliknya itu, sunyi sepi. Bagaikan tiada sesiapa di rumah tersebut. Dia memicit-micit dahinya. Pening! Tiba-tiba, dia bangun dari kerusi tersebut dan beredar menuju ke biliknya di tingkat 3. Tak semena-mena dia tertepis pasu bunga yang berada di tepi tangga rumahnya itu. Jatuh berderai pasu bunga tersebut. Bunyi tersebut menarik perhatian Mak tom. Mak tom berlari ke arah punca bunyi deraian itu. Dia melihat tangan anak majikannya luka. Darah mengalir-ngalir keluar bagaikan air. Pandangannya terjatuh ke kepingan-kepingan pasu bunga yang sudah pecah. Dia dengan pantas membawa first aids dan menuju ke arah anak majikannya itu. Selepas dia memapah anak majikannya itu masuk ke dalam bilik, dia dengan pantas turun ke bawah untuk mengemas tangga yang terdapat banyak kaca. Hakim di dalam bilik sedang merawat lukanya sendiri. Dia menahan sakit yang teramat. Selepas selesai membalut luka di tangannya dia keluar bilik dan menuju ke dapur. Dia melihat mak tom sedang memasak lauk untuk mereka semua.

"Mak Tom, mak tom tak payahlah nak masak nasi. Aqiem makan kat luar aja. Mak Tom rehatlah dulu. Terima kasih sebab tolong kemaskan kaca yang bersepah dekat tangga tadi." ujar Hakim dengan ikhlas.

"Eh, mana boleh, Aqiem tengok tangan Hakim tu. Berbalut-balut, mana boleh makan kat luar. Aqiem tunggu sekejap lagi siaplah ni. Lagipun, ni memang kerja mak tom pun." balas Mak Tom. Mak Tom senang dengan perangai Hakim yang rendah diri dan baik hati itu. Dia sering berdoa agar Hakim tidak salah terpilih jalan dalam menentukkan masa depannya.

"Oh ya, Aqiem. Hakim ke cuci bilik air dekat belakang rumah? Mak Tom tengok bersih berkilat. Terima kasihlah sebab tolong cucikan bilik air tu. Mak Tom bukan apa, cuma Mak Tom banyak kerja nak buat, sampai terlupa bilik air kat luar tu." kata Mak Tom lagi sambil tangannya lincah bergerak membuat kerja. Hakim hanya tersenyum. Dia lantas berlalu menuju ke biliknya. Dia merebahkan diri di atas katil empuknya itu. Dia masih memikir-mikirkan apa benda yang hendak di buat terhadap Liyana. Dia mengetuk-ngetuk dagunya. Tiba-tiba, dia mengukir senyuman yang penuh makna. Makna yang tersirat.

******************************

Liyana kelihatan resah di tempat duduknya. Laptop yang terbuka di depannya tidak diusiknya sejak tadi. Dia cuba untuk bertenang tetapi tidak dapat. Dia takut untuk menghadapi hari esok. Dia kembali duduk menghadap laptopnya. Dia menarik nafas sambil matanya tertutup dan menghembusnya perlahan-lahan. Dia buat lagi sekali dan menghembusnya perlahan-lahan. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Dia cuba untuk melupakan tentang semua itu. Dalam hatinya dia berfikir " Kalaulah aku hilang ingatan mesti best. Tak payah nak ingat pasal semua benda yang mengarut ni. Tapi kalau aku hilang ingatan....tak dapat aku fikirkan macam mana.. Tak naklah hilang ingatan..Ngeri.." Liyana menggeleng-gelengkan kepalanya.

Di rumah Hakim...

Hakim sudah selesai menjalankan misinya yang pertama sekarang hanya tinggal 2 lagi misi. Dia tersenyum melihat laptopnya itu. Dia tersenyum gembira yang teramat. Dia mengeluarkan handsetnya dari laci bersama wayar handsetnya itu. Dia mencucuk sebelah wayarnya ke laptopnya dan sebelah lagi ke handsetnya. Dia menekan sesuatu di laptopnya. Selepas itu, dia turun ke bawah untuk makan malam. Dia menurun tangga dengan muka yang gembira sekali. Mak Tom yang menyedari keadaan itu bertanya.

"Aqiem, bulan jatuh ke riba ke? Mak Tom tengok Hakim gembira semacam aja. Ada apa-apa ke?" tanya Mak Tom.

"Mana ada Mak Tom, pandai-pandai aja Mak Tom ni." nafi Hakim sambil tersenyum ke arah Mak Tom.

"Iyalah tu, urm..ok lah Mak Tom nak balik ke rumah Mak Tom. Dah pukul 8 malam dah. Jaga diri baik-baik. Kunci pintu rumah sebelum masuk tidur. Dalam rumah ni, cuma aa kau sorang. Kalau ada apa-apa terjadi Mak Tom jugak yang susah." kata Mak Tom lantas beredar dari situ. Hakim menjungkitkan bahunya sedikit dan terus berlalu ke dapur.

Setelah sudah makan malam, Aqiem naik ke biliknya dan terus menuju ke laptop kesayangannya. Dia tersenyum senang melihat handsetnya. Misi ke-2 mesti dijalankan. Itu azamnya. Lantas dia dia mencabut wayar tersebut dan menutup laptopnya. Dia berjalan menuju ke katilnya dan duduk di birai katilnya sambil jarinya rancak menekan handset. Bibirnya masih lagi menguntumkan senyuman yang sukar ditafsirkan. Dia tiba-tiba, mengangkat mukanya memandang tepat ke arah gambar Liyana yang terdapat di atas mejanya. Dia masih lagi mengukirkan senyuman kerana misi ke-2 sudah berjalan. Hanya tinggal lagi 1 misi lagi. Besok tamatlah misinya yang terakhir. Malam itu, Hakim tidur dengan tenang sekali.

********************************

Liyana sedang menyikat rambutnya ketika itu dia berasa tidak sedap hati. Sudah berkali-kali dia menenangkan hatinya tetapi tidak juga tenang. Setelah siap menyikat rambutnya, Liyana turun ke bawah untuk mengambil sarapan pagi. Masa dia hendak menuju ke dapur, dia bertembung dengan ibu bapanya tetapi ibu bapanya hanya berjalan menuju ke kereta masing-masing. Dia hanya melihat ibu bapanya dengan wajah yang sedih. Tidak lama setelah kereta ibu bapanya hilang dari pandangannya, dia lantas menuju ke dapur dan mengambil segelas air milo dan mencapai bungkusan makanannya untuk dibawa ke sekolah. Setelah itu, dia berjalan ke arah Pak Ali yang sedang duduk di ruang tamu.

"Pak Ali, yana pergi dulu. Mungkin yana balik lambat hari ni. Cakap dengan Mak Timah yang yana balik lambat. Okeylah Pak Ali, yana pergi dulu." Yana lantas berlalu pergi keluar dan mengayuh basikalnya ke sekolah yang terletak lebih kurang 5 KM dari rumahnya. Ketika dia sampai di sekolahnya, ramai yang memandang ke arahnya sambil berbisik-bisik dengan rakan-rakannya. Liyana pandang pelik ke arah semua orang.

"Tak kan lah Hakim dah sebarkan gambar aku yang bajet cute tu!! Waaaa...Malunya.." Getus hatinya yana. Pipinya sudah mula merah.

Dia berjalan dengan perlahan menuju ke kelasnya. Ketika dia sampai di hadapan pintu kelasnya dengan automatiknya semua kepala menoleh ke arahnya. Dia tertunduk malu. Dia lihat tempat Hakim tiada orang. Dia dengan perlahan-lahan duduk di tempat duduknya. Mata-mata yang memandangnya masih lagi memandangnya. Dia malu. Teramat malu. Dia mengigit bibirnya menahan rasa malu yang teramat. Tidak sampai 10 minit, Hakim masuk ke kelas tersebut dengan tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia memandang tajam ke arah Hakim. Hakim tersenyum ke arahnya. Mata-mata yang memandang Liyana masih lagi memandang dia. Dia rimas! Malu! Tiba-tiba...

"Hi sayang, miss me?" Hakim bertanya begitu kepada Liyana. Terbeliak mata Liyana. Bagaikan nak tersembul. Tekaknya sudah lain macam rasa. Semua orang di dalam kelas tersebut membuat bunyi. Hakim masih lagi terssenyum memandang Liyana. Liyana masih lagi kaku. Gila! Itulah yang terlintas di dalam kepala Liyana.

"Hye, kenapa ni sayang? Sayang sakit ke?" tanya Hakim setelah tidak mendapat respon dari Liyana. Kali ini Liyana terkejut besar.

"Dia panggil aku sayang! Gila! Tak masuk akal betul. Bila masa pulak aku kapel dengan dia." Getus hati yana.

Dia terus keluar menuju ke tandas. Tetapi semua mata masih lagi memandangnya. Dia rimas! Rimas teramat! Di hadapan cermin di dalam tandas dia membasuh mukanya dengan air. Hatinya panas. Dia tidak faham kenapa Hakim panggil dia SAYANG!! Dia tu gila ke apa? Dia menggenggam tangannya. Setelah di cool down sedikit barulah dia keluar dari tandas tersebut. Semua mata yang memandangnya di buat tidak tahu dan tidak nampak. Yang dia tahu, dia hendak tahu kenapa Hakim panggil dia SAYANG! Dia berjalan dengan cepatnya menuju ke kelasnya 5 Zurah. Dia duduk di tempatnya. Hakim masih lagi tersenyum memandangnya. Dia memandang Hakim dengan pandangan membunuh.

"Kau tak kenal lagi siapa aku, Hakim. Kau tersalah pilih api. Aku bukan api yang tidak menyambar tapi aku api yang menyambar orang yang cuba bermain dengan aku. So let's play the game." Ucap Liyana kepada Hakim. Hakim hanya tersenyum sinis.

"Oh yeah?? We see about that." balas Hakim dengan malasnya. Liyana genggam tangannya di bawah meja. Dia mengetap bibirnya.

"Cool down yana. Cool down." pujuk yana kepada dirinya sendiri.

**********************************

"Baik kau bagitahu aku, apa yang kau buat sampai dia orang semua pandang aku dari tadi. Kau pulak kenapa panggil aku sayang? Aku tak pernah bercinta dengan kau dan tak pernah berkapel dengan kau. No and never!" Kata yana dengan marah sekali, dia bagaikan tidak ingat mengenai gambarnya yang bajet comel tersebut. Ketika itu, mereka berdua berada di bangunan belakang sekali. Tepinya padang sekolah.

Hakim membuat muka. Dia memandang padang disebelah bangunan sekolah sebelum menjawab pertanyaan Liyana. Dia memandang muka Liyana. Tepat! Tiba-tiba, Liyana bagaikan terkedu dengan pandang begitu daripada Hakim tetapi dia cuba untuk tidak menampakkannya.

"Kalau nak tahu, balik sekolah ni datang rumah aku."

"Haa..Datang rumah kau? Jangan nak mimpilah. Aku takkan datang rumah kau yang macam neraka tu. Walaupun rumah kau tu 3 tingkat sekalipun aku tak heranlah." Liyana melampiaskan kata-katanya. Hakim masih lagi bertenang.

"Kalau tak nak tahu, tak apa. Aku pun malas nak bagi tahu kau." Kata Hakim dengan muka bosan.

"Ceh.. geramnya aku. Nak aja aku tumbuk-tumbuk mamat gila kat depan aku ni. Biar berkecai." hati yana bermonolog.

"Ok, aku pergi lepas balik sekolah ni." setelah berkata begitu Liyana terus meninggalkan tempat tersebut. Hakim juga begitu.

*************************************

"Cepat baik, kau bagi tahu aku, apa yang kau bagi tahu budak-budak kat sekolah." marah Liyana tanpa sempat Hakim duduk.

"Kalau ye pun nak tahu, sabar-sabarlah sekejap. Belum pun aku duduk kau dah soal." balas Hakim.
"Do i care?? I don't care."

"Aku mana ada bagi tahu budak-budak sekolah tu apa-apa aku just bagi somethinng kat diorang."

"Kau bagi apa dekat dia orang semua?" tanya Liyana masih lagi berbaur marah. Dia terlupa mengenai handset dan gambarnya yang berada di pegangan Hakim.

"Tak kan kau tak ingat kut?" kata Hakim dia mengangkat keningnya. Liyana terdiam sebentar.

Tiba-tiba, wajahnya pucat.

"Kau bagi gambar aku yang bajet comel tu dekat semua orang ke?" tanya Liyana dengan perasaan takut dan gelisah. Dia baru teringat tentang gambar-gambar tersebut.

"Pandai pun, tapi aku tak bagi gambar kau tapi gambar kita."

"Oooo... gambar kita..." Liyana tarik nafas lega. Tiba-tiba dia tersedar..

"Wait.. gambar kita?? hahh??" Liyana baru tersedar apa yang Hakim cakap.
"What do you mean dengan gambar kita?" soal yana berbaur curiga. Hakim tergelak perlahan. Kelakar dia melihat reaksi Liyana sebentar tadi. Liyana buat tidak tahu.

"Nak tahu ke? Jom ikut aku pergi atas." ajak Hakim.

"Kau jangan nak buat macam-macam, aku bunuh kau nanti." kata yana. Takut! Siapa tak takut kalau nak kena naik atas.

"Kau ingat aku ni apa? Desperate sangat nak dengan kau. Hei, jangan nak mimpilah. Badan kau bukan cantik sangat pun." kata Hakim sambil kakinya laju berjalan menuju ke tangga. Liyana etap gigi. Dia mengikuti Hakim.

Setelah sampai ke biliknya, dia membuka laptopnya. Setelah itu, dia menghadap yana.

"Kau jangan pulak menjerit. Nanti satu rumah ni bergegar. Mak Tom datang nahas kita. Mesti dia fikir bukan-bukan." Ujar Hakim. Liyana buat muka. Hakim buat bodoh.

Setelah laptop terpasang, tangan Hakim dengan pantasnya memain peranan. Dia menekan satu persatu folder. Folder yang terakhir di bukanya membuatkan darah Liyana menderau naik. Dia terkejut besar..

"What the.." kata Liyana sambil menekup mulutnya. Hakim hanya buat muka tidak bersalah.

"Kenapa?" tanya Liyana. Dia masih lagi memandang gambarnya bersama Hakim latar belakang gambar tersebut merupakan sebuah taman permainan. Dia memandang Hakim. Hakim hanya menyepikan diri.

"Kau sahaja buat macam ni kan?" Liyana masih lagi bertanya.

"Hakim, aku tak kisah kalau kau hantar gambar aku yang bajet comel tu kat semua orang tapi bukan gambar yang kau edit nie." Liyana berhenti seketika.

"Ooo..sekarang baru aku faham, kau sengaja sebut sayang kat sekolah tadikan. kau nak dia orang semua ingat kita nie berkapelkan. Jawablah Hakim. Don't be like a stupid person." kata Liyana. Dia cuba menahan suaranya.

"A'ah, aku sengaja sebut macam tu dekat sekolah pagi tadi supaya orang ingat seperti yang kau cakapkan tadi. Puas?" Jawab Hakim tanpa rasa bersalah.

"Kalau macam tu aku nak pagi esok kau bagi tahu semua orang yang kita takde apa-apa relationship. Gambar tu kau sengaja aja edit supaya kau boleh malukan aku."

"Kau ingat aku nak ikut ke cakap kau tu? Jangan mimpilah." cemuh Hakim.

"Kau nak aku buat macam mana lagi untuk buat kau tarik balik kata-kata kau dekat sekolah tadi?" tanya Liyana.

"I like that question. Aku nak kau buat sesuatu. Lepas tu aku akan tarik balik kata-kata aku. Macam mana? Deal?" Hakim membuat tawaran. Tanpa berfikir panjang Liyana terus bersetuju.

"Apa dia?" tanya Liyana tak sabar.

"Dekat sekolah nanti kau tahulah." selepas mendengar kata-kata Hakim, Liyana terus keluar dari bilik Hakim menuju ke arah pagar rumah Hakim. hakim hanya melihat dari dalam kelibat yana. Dia mengeluh nafas berat.

************************************

Liyana mengangkat kening dekat hakim. Hakim mengerutkan dahinya. Liyana sudah membuntangkan matanya. hakim tersengih. Liyana geram lalu mengetuk meja Hakim. Hakim hanya buat tidak tahu. Liyana yang sudah tidak tahan lagi. Mengambil pensil box dia lalu memukul badan Hakim. hakim terkejut. Liyana menunjukkan ke arah depan kelas. hakim melepaskan keluhan kecil. Dia bangun dari kerusinya dan pergi ke depan kelas. Masa itu, semua cikgu sedang bermesyuarat.

"Kau orang semua, aku nak buat satu pengakuan." Hakim tarik nafas dahulu sebelum menyambung kata.

"Sebenarnya gambar yang aku bagi dekat kau orang semua, gambar tu aku edit. Lagi satu, aku dengan Liyana tak pernah pun berkapel mahupun keluar bersama-sama." Liyana sudah tarik senyum lega. Tetapi hanya seketika apabila hakim menyambung katanya lagi.

"Tetapi saya nak bagi tahu semua bahawa, dengan bersaksikan seluruh kelas nie. Saya nak berkapel dengan Liyana." Terkejut Liyana mendengar pengakuan Hakim. Gila.

"Kau cakap apa nie Hakim?" Liyana buat-buat tidak faham.

"Liyana, masa kau first-first masuk sini. Aku dah sukakan kau dengan pandangan pertama. Di sebabkan tu, aku gunakan alasan yang kau basahkan kasut dan baju aku supaya aku boleh luangkan masa dengan kau. Aku juga sengaja buat cerita yang kita dah berkapel supaya takde orang yang berani kacau kau lagi. Aku takut kau dirampas orang." terang Hakim panjang lebar. Liyana nak terpitam dengar ucapan Hakim tu. Tapi digagahkan hatinya. Dia melangkah keluar kelas. Hakim mengekorinya dari belakang. kelas mereka sudah riuh-rendah dengar suara sorakkan. Siapa sangka pelajar yang begitu nakal boleh sukakan seorang pelajar baru dengan masa yang singkat.

"Hakim, aku.. aku tak tahu nak cakap macam mana, aku tak boleh nak berkawan dengan mana-mana lelaki sebab mak dan ayah aku tak bagi." terang Liyana. Hakim terkejut.

"Kenapa?" tanya Hakim kehairanan. Liyana menggelengkan kepalanya.

"Siapa nama penuh mak dan ayah kau?"

"Abdul Muhaimin bin Baharuddin dan Fauziah binti Zainal." Hakim terkejut.

"Jadi orang yang jadi tunang aku, kau?!!"

"Apa yang kau kata ni? Aku tak faham."

"Ayah aku cakap nak tunangkan aku dengan anak kawan dia. Aku tak sangka yang Muhaimin tu ayah kau. Aku ingatkan kebetulan aja nama ayah kau dengan bakal tunang aku tu sama." terang Hakim. Liyana tergamam.

"Aku tak tahu pun. Kau jangan nak main-main."

"Tak, betul. Ayah aku cakap dengan aku sendiri. Ayah aku kata aku akan bertunang lepas SPM. Tapi masa tu aku bangkang sebab aku sukakan kau. Tapi memandangkan kau bakal tunang aku. Aku on je." Liyana sudah blush.

"Ceh, mangkuk bin ayun betul mamat ni." gumam hati Liyana kegeraman.

"Jadi, jadik tak kita kapel?" Hakim masih cuba nasib.

"Tak." jawab Liyana.

"Kenapa pulak? Kan kita still akan bertunang jugak." Hakim tidak puas hati.

"Aku nak kenal hati budi kau dulu. Baru aku akan tentukan sama ada nak kapel ke tidak." balas Liyana tenang. hakim tersenyum gembira. Dia berjanji akan menjaga adab dengan baik. Dia tidak akan mengecewakan Liyana. Itu janjinya.

*************************

p/s : Firstly, kumako rasa dia punya akhir macam ada something wrong. Tapi kumako pun tak tahu kenapa. Kalau ada salah eja tu minta maaf.Sila tinggalkan komen k..


Ishihara Kumako

14 comments:

.sukesuki. said...

Sila komen..

Anonymous said...

:O CAN'T BELIEVE!!

Anonymous said...

hohoho...best2..gud job..congratz writer..

.sukesuki. said...

thanx

Anonymous said...

cerita ni yang something wrong

.sukesuki. said...

ye ke?? apa dia..plez tell me.. spya dpt betulkan..

Anonymous said...

salam,
satu percubaan yang baik dlm menghasilkan cerpen.

terfikir juga budak2 sekolah skrg ni, suka bercinta ya? guru disiplin x ambil tindakan ke mengenai gambar yg. diedarkan?

SR

.sukesuki. said...

ntahla..kumako pown bknnye gmar bercinta.. tak penah bercouple pown.. but kawan2 klaz kumako byk gak yg bercouple..ckg2 da taw but ckg kata jgn nak tjukkan sgt sbb skul tmpt blja bkn bercinta.. spe2 yg bercinta klu nak dating pown bkn at skul..

yg tu je lah ckg kata.. tp jgn smpai buat bnde yg tak elok lak..

*terasa bangga lak sbb tak pnah bercouple..hik3...

Anonymous said...

haha..best2.gud job writer..wat cter len lg k..

.sukesuki. said...

thanx qy.. ^_^

Hana Norisa said...

nice ending...

hehehe

=)

.sukesuki. said...

thanx u..

=D

AiSyaH said...

best cter sis bieyla nih :) ;)

.sukesuki. said...

thanx aisyah! =)