Pembuka Bicara~

* SG! [edited part] bieyla post dkat p2u.. Tgk dekat sidebar~

*Warkah Terakhir hanya berkisar mengenai persahabatan dan kekeluargaan sahaja. Saya buat cerita Warkah Terakhir sebab banyak kawan maya saya yang tak suka bercinta. So, saya make up my mind and buat cerita ni. Harap-harap kawan-kawan semua terima. =)


* Semua gambar yang ada di sini adalah hak milik pak cik google. Ada sesetengah gambar hak milik saya.

Saturday, April 3, 2010

Kasih, Bukan kau!

"Hai, nama saya Liyana. Boleh panggil yana." Ucap yana dengan tenang tetapi di dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya dia. Tangannya sudah terasa sejuk bak ais. Liyana cuba untuk senyum semanis-manisnya di dalam hati dia berdoa agar tiada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

"Baik, Liyana awak boleh duduk di sebelah... Hakim. Atiqa boleh tak awak pindah duduk di belakang?" kata cikgu Rose kepada Atiqa pada masa yang sama tangannya menunjukkan tempat duduk Liyana. Atiqa hanya menurut kehendak guru kelasnya. Dia berpindah ke tempat duduk sebelah Alia iaitu di belakang Hakim. Liyana berjalan menuju ke tempat duduknya.

"Ok kelas, kita sambung balik pelajaran kita yang tergendala sebentar tadi." laung cikgu Rose untuk menarik perhatian murid-murid di kelas tersebut.

********************************


"Hai, saya Atiqa. Selamat berkenalan." ucap Atiqa dengan gembira kepada Liyana. Liyana menyambut huluran persahabatan tersebut sambil tersenyum gembira.

"Liyana, panggil yana." balas Liyana.

"Jom, pergi kantin, makan." ajak Atiqa. Liyana hanya menurut sahaja kerana dia juga mahu pergi ke kantin.

"Awak dari mana sebenarnya?" tanya Atiqa, dia mengambil tempat duduk di sebelah Liyana.

"Johor." balas yana selepas itu dia mula memakan roti canai yang dibelinya tadi. Atiqa hanya menganggukkan kepalanya setelah mendapat jawapan dari Liyana. Mereka terus makan sambil berbual-bual.

"Ah, kenyangnya..Sedaplah roti canai tadik."

"Roti canai tu memang sedap. Budak-budak nie memang gemar roti canai acik kantin." balas Atiqa. Mereka berjalan menuju ke kelas. Ketika hendak masuk ke kelas, Liyana terlanggar bahu seseorang. Habis tumpah air kosong budak tersebut. Apabila dia menganggkat mukanya, dia melihat Hakim memandangnya dengan pandangan tajam. Bagaikan memberi isyarat "Kau nak carik gaduh ke??". Liyana terus terkaku. Hakim pula terus meluru keluar bersama-sama botol tersebut dengan muka yang bengang. Atiqa menepuk bahu Liyana.

"Kau ok ke?" tanya Atiqa gusar. Liyana hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum pahit..

"Dah lah, jom kita masuk kelas. Aku tak nak jadik penjaga pintu.." gurau Atiqa. Liyana hanya tersenyum sedikit tanpa menampakkan barisan giginya. Mereka duduk ke tempat masing-masing. Fikiran Liyana masih lagiu berkecamuk. Tidak habis-habis berfikir. Dia tidak senang duduk mengenangkan incident yang berlaku tadi. Tanpa dia sedar, tingkah lakunya di perhatikan oleh Atiqa. Atiqa hanya menggeleng-gelengkan kepalanya, matanya tidak lepas memandang Liyana. Tidak lama selepas itu, Hakim masuk semula dan duduk di tempat duduknya. Liyana mula gelabah. Dia sangat takut dengan Hakim. Nak buat macam mana, memang realiti dia takut dengan Hakim kerana dia rasa Hakim nie memang tidak friendly. Opss..bukan tidak friendly, memang tidak friendly pun!

"Balik sekolah nie, tunggu aku dekat belakang sekolah." kata Hakim tanpa memandang Liyana. Dia bagaikan jijik untuk melihat muka Liyana. Liyana pula terkejut beruk. "Mampus kau Liyana, masalah sudah datang. Kau tak dapat lari yana..Mampus kau!" hati Liyana mulai berkata-kata. Dia ingin bertanya mengapa, tetapi di pendamnya. Dia takut di marahi oleh lelaki tersebut. Kulitnya sudah mulai sejuk. Bulu romanya menegak bagaikan ada hantu di belakangnya. Tetapi kini, hantu tu bukan dibelakang mahupun depan. Tetapi di sebelahnya!

"Liyana kamu ada masalah ke?" cikgu Lily bertanya dari depan kelas. Semenjak tadi dia melihat peri laku Liyana. Liyana menganggkat mukanya, dalam pada masa yang sama Hakim memandangnya tajam. Dia faham isyarat mata tersebut. "Jangan bagitau cikgu kalau tak mampus kau.".

"Liyana??" sekali lagi cikgu Lily memanggil nama Liyana.

"Ha....Ye cikgu." terpinga-pinga Liyana apabila namanya di sebut.

"Kamu tak apa-apa ke?" ulang cikgu Lily. Liyana menggelengkan kepalanya. Selepas itu, cikgu Lily pun menyambung balik pelajarannya. Liyana mengeluh lemah. "Mampus kau..Liyana..M.A.M.P.U.S!!!" jerit hati Liyana sekuat-kuatnya.

*******************************

"Disebabkan kau dah basahkan baju dengan seluar aku, aku nak kau tebus kesalahan kau." kata Hakim dengan suara yang mendatar. Liyana sudah gelabah. Degupan jantungnya juga semakin laju.


"Kau dengar tak!!?" marah Hakim. Liyana hanya menganggukkan kepalanya. Hakim menarik senyuman jahatnya.

"Kau tak nak tau ke apa yang kau perlu buat untuk tebus kesalahan kau tu?" Nada Hakim tidak seperti tadi. Nada suaranya berbeza sekarang. Lembut sangat, terlalu lembut. Mendengar nada suara Hakim sudah berubah, barulah Liyana berani menganggkat mukanya memandang wajah Hakim yang berdiri di depannya.

"Nak," jawab Liyana perlahan.


"Apa? aku tak dengar la kuat sikit."

"Nak.."

"Hei, kuat la lagi. Kau nie tak makan nasi ke tadik. Hah!" tengking Hakim.

"Nak!" Liyana terjerit kerana kegeraman. Terus dia menekup mulutnya. Dia lantas memandang Hakim. Hakim sudah menahan marahnya.


"Kau kena jadik kuli aku selama sebulan." kata Hakim masih lagi menahan marahnya. Suaranya juga sudah mendatar.

"What!!?? Are you crazy??" lagi sekali Liyana terlepas cakap. Terus dia tutup mulutnya. Dia langsung tidak memandang muka Hakim kerana ketakutan. "Tu la kau mulut, takde insurans ke?? Asal la kau gi jerit tadik.." hati Liyana berkata-kata. Dia menyesal sebab terlepas cakap dekat hakim. Mesti lagi teruk dia kena lepas nie. Dia pasti. Dia menepuk-nepuk mulut dia sambil matanya tidak lepas dari memandang rumput yang menghijau dibawah kakinya. Hakim hanya tergelak dalam hati melihat reaksi Liyana walaupun dia marah sebenarnya.

"Pandang muka aku." kata Hakim dengan suara yang mendatar. Liyana tetap statik di situ tanpa menganggkat mukanya. Dia tidak berani.

"Aku kata pandang muka aku la, Pekak!" Hakim berkata kegeraman. Liyana dengan takut-takutnya menganggkat mukanya perlahan-lahan. tetapi matanya pula yang tidak bergerak dari memandang rumput.

"Aku kata pandang muka bukan rumput tu!" tengking Hakim. Liyana dengan perasaan yang gementar lagi resah memandang muka Hakim. Dalam hatinya, dia mengutuk Hakim.

"Ha..camtulah, kalau kau pandang lagi tanah tu. Aku suruh kau carik cacing dan makan cacing yang kau tangkap tu." ugut Hakim. Liyana sudah menelan air liurnya.

"Ingat, mulai sekarang kau adalah kuli aku. Faham!" kata Hakim dengan bangganya.

"Kalau kau ingkar, kau siaplah." ugut Hakim selepas itu dia terus beredar meninggalkan Liyana. Liyana terus terjelepuk setelah Hakim meninggalkannya keseorangan di situ. Dia menaham geramnya terhadap Hakim. Dia ingin membalas dendam tetapi, dia tidak ada keberanian untuk membalas segala perbuatan Hakim. Tidak beberapa lama kemudian, Liyana juga meninggalkan tempat tersebut. Dia melangkah pergi dengan lemahnya.

********************************

Kini, genaplah 2 minggu Liyana menjadi kuli Hakim secara tidak rasmi. Pelbagai ragam yang Hakim buat untuk mengenakan Liyana. Disuruh beli makanan, basuh kasut, buat kerja sekolah, angkat beg, masak nasi dan lauk-pauk dan paling menyakitkan hatiya dia di suruh cuci tandas rumah Hakim. Gila! Tandas rumah sendiri pun di tak pernah nak cuci inikan rumah orang lain. Memang gila! Dia saja je nak carik nahas. Liyana sekarang nie masih lagi mencuci tandas rumah Hakim yang begitu kotor. Memang menjijikkan! Dia mengelap peluh di dahinya. Penat! Hakim melihatnya mencuci tandas di pintu tandas selepas itu dia terus pergi ke ruang tamu menonton televisyen siaran bola sepak. Liyana mengguman kegeraman. Tidak puas hati. Dia berharap masa akan berjalan dengan pantas. Dia tidak mahu menjadi kuli si mamat kerek nie. Menyusahkan! Setelah siap membersihkan tandas rumah mamat kerek. Liyana secara senyap-senyap keluar dari rumah tersebut mengikut pintu belakang. Setelah berjaya keluar dari rumah yang menyeksakan itu, dia terus lari selaju yang mungkin. Dia tersenyum gembira apabila sudah sampai rumahnya. Dia terus masuk ke dalam bilik dan membersihkan dirinya. Setelah siap, dia pergi ke meja belajar untuk menelefon kawannya. Dia berasa hairan kerana dia tidak menjumpai handsetnya itu. Dia memerah otaknya. Dia kaget! Handsetnya berada dekat meja ruang tamu di rumah Hakim! Oh my god! Mampus dia. Dia sudah keresahan, dia berjalan ke hulur hilir bagai kucing hilang anak. "Macam mana nie..Mampus aku." Liyana berkata kepada dirinya sendiri. Dia sudah tidak tahu bagaimana mahu buat. Dia takut Hakim menyelongkar handsetnya itu.


Di rumah Hakim...

Puas Hakim menjerit nama Liyana tetapi tidak di sahut oleh Liyana. Dia mengetap bibir tanda marah. Lalu dia bangkit dan menuju ke tandas, dia lihat tandas tersebut kosong! Tiada Liyana di situ. Dia manahan marahnya. Dia mengetap giginya. Dia menuju ke ruang tamu semula, tiba-tiba dia terpandang sesuatu. Lama matanya memandang benda tersebut. Dengan tidak semena-mena dia tersenyum jahat. "Rasakan kau Liyana. Siapa suruh naikkan darah aku." hati Hakim berkata. Dia lalu menekan handset tersebut dan menyelongkar satu per satu message di handset yana sambil berjalan ke sofa. Selepas menyelongkar message yana, dia menyelongkar pula gambar-gambar yana. Setelah semuanya benda di selongkarnya, dia tersenyum sendirian.
"Yana, aku menang!" jerit hati Hakim sekuat-kuatnya.

*******************************

"Balik sekolah ni, tunggu aku kalau kau tak nak aku sebarkan gambar kau yang hodoh tu," kata Hakim apabila dia berselisih dengan yana ketika hendak ke kantin. Selepas itu, dia terus berjalan pergi. Yana masih lagi tegak macam patung. Tekejut!

"Kau tak apa-apa ke yana?" Atiqa melambai-lambai tangannya di muka Liyana. Liyana tersedar, dia hanya menggelengkan kepalanya.

"Betul nie?" Atiqa masih lagi tidak percaya. Liyana menganggukkan kepalanya.

"Aku tengok kau dengan Hakim tu ada apa-apa ke? sebab rapat semacam je. Dia selalu suruh kau buat kerja untuk dia. Kenapa kau tak bantah?" tanya Atiqa. Dia sudah lama mahu bertanyakan tentang ini. Tetapi selalu terlupa, baru hari ini dia teringat.

"Takde apa-apalah." nafi Liyana. Atiqa masih lagi berasa curiga. Masakan tidak. Dia selalu nampak yang Liyana senantiasa menurut arahan Hakim, tetapi Liyana menafikannya.

"Betul?" tanya Atiqa buat kali ketiga.

"Betul."

"Ok. Dah jom pergi beli makanan." kata Atiqa. Mereka pun pergi membeli makanan tetapi fikiran Liyana sedikit terganggu kerana ugutan Hakim.

"Oh ye, nanti Hakim tak masuk kelas sampai balik bolehlah aku duduk sebelah kau." ujar Atiqa dengan ceria.

"Lagipun Alia tak datang sekolah hari nie." sambung Atiqa lagi.

Perkataan yang keluar dari mulut Atiqa bagaikan membawa bahagia kepada Liyana. Hakim tak masuk kelas. Dia berasa lega, setidak-tidaknya bolehlah dia berasa tenteram sedikit. Tetapi bila difikir-fikirkan balik, dia tetap akan berjumpa dengan Hakim balik sekolah nie. Dia mengeluh hampa. Atiqa hairan melihat Liyana yang tiba-tiba mengeluh.

"Kau ada masalah ke?" tanya Atiqa.

"Takdelah." nafi Liyana.

"Kalau kau ada masalah boleh bagi tahu aku manalah tau. Aku boleh tolong kau." Atiqa menawarkan pertolongan. Liyana terdiam sejenak berfikir.


"Kalau Atiqa tolong aku boleh jugak. Tapi mesti dia nak tau kenapa handset aku ada dekat Hakim. Nanti mesti dia fikir yang bukan-bukan. Tapi kalau aku tak bagi tahu, macam mana dia nak tolong? Adoi, peningnya. Macam mana nieh. Nak ke tak nak? Hurm.." ligat otak yana memikirkan tawaran yang dibuat oleh Atiqa. Akhir sekali, dia sudah membuat keputusan.

"Takpelah, aku boleh selesaikan sendiri." Liyana tarik senyum tak ikhlas. Atiqa hanya menjuihkan bibirnya.

******************************

"Aku sakit hati dengan kau. Semalam kau pandai-pandai keluar rumah aku senyap-senyap kenapa? Disebabkan oleh perangai kau yang pandai sangat ni, aku nak kau jadik girlfriend aku. Kalau tak gambar kau nie yang jadik mangsa.

"What!!??" Liyana sudah tercengang. Dia kaget! Gila! Tak masuk akal!

"Tak masuk akal," kata Liyana. Hakim hanya tersenyum. Dia melambung-lambung handset yang berada dalam pegangannya. Bagaikan membawa maksud "Nak ke tak nak??". Liyana memerhatikan handset yang dilambung oleh Hakim. Dia menelan air liurnya. Payau! Fikirannya sudah kusut! Bagaimana?? Dia mengira-ngira dalam hatinya. Hakim masih lagi setia menunggu jawapan daripada mulut Liyana.

"Aaa...Kalau aku tak nak?" tanya Liyana.

"Semua gambar kau yang dalam handset nie aku sebarkan kat semua orang." balas Hakim dengan tenang. Dia yakin yang Liyana akan menurut kehendaknya.

Liyana sudah pening kepala. Dia tak sukakan Hakim. Bagaimana dia nak jadikan Hakim itu sebagai kekasih dia. Oh tidak! tidak sama sekali! Tetapi bila dia fikir-fikirkan balik....

"Kalau aku tak nak?? Dia sebarkan gambar aku.. Kalau aku terima, habis aku dia kerjakan. Tapi, apa motif dia suruh aku jadik girlfriend dia?? Takde maknanya. Hurm..kenapalah Hakim bagi pilihan yang susah untuk dia pilih. Kanan or kiri.. Baik aku pilih kanan, gambar aku terselamat tapi aku yang tak selamat. Kalau kiri, aku selamat tapi gambar aku?? Oh no..no..NO!.. Macam mana nie??" Liyana sudah garu kepalanya yang tidak gatal. Hakim masih lagi menanti. Dia memandang Hakim. Dia menelan air liurnya sekali lagi sebelum membuat pilihan yang diberi oleh Hakim a.k.a mamat kerek!

"Aku..aku..aku pilih..." Liyana mencari kekuatan untuk memilih. Dia takut kerana pilihan ini melibatkan masa hadapannya. Hakim sudah tidak sabar-sabar hendak mendengar pilihan Liyana. Dia menganggkat keningnya.

"Kau just kata, girlfriend atau gambar. Kalau kau kata girlfriend maknanya kau tolak jadik girlfriend aku, tapi kalau kau pilih gambar kau akan jadik girlfriend aku. Macam mana??" kata Hakim. Dia masih lagi menanti-nantikan pilihan yang dibuat oleh Liyana.

"Aku pilih.." Liyana menarik nafas panjang sebelum menjawab.

"G.."

"Cepat sikit..cakap kuat-kuat aku tak dengar.." arah Hakim.

"Pilihan 1. Noktah." kata Liyana kuat-kuat.

"What??" Hakim sedikit terkejut.

"Maksud kau girlfriend??" Hakim meminta kepastian. Liyana menganggukkan kepalanya dan terus berlari pergi. Dia tidak mahu mendengar ugutan dari Hakim. Dia takut dia akan berubah fikiran. Dia tak mahu. Tak mahu!

p/s: Ok ke tak?? Kumako baru mencuba membuat cerpen sebab selama nie kumako hanya buat novel sahaja. Ok ke?? kumako tak tau..Takutnya..

11 comments:

.sukesuki. said...

please bagi komen utk cerita nieh..nak tgk ulasan para pembaca..

Anonymous said...

hahahaa...best lah cte nieh...mst ada smbgan kan??

Anonymous said...

name kite lily..

tajuk cite ny cam ade 1 komik jepun yg da alih bahasa..juz dont remember sape writer dyer...hurmm..rasenye bku tu ader smbgn n tajuk dye kasih, hanya kau..is it??

Anonymous said...

yup..betul tu..tapi tajuk je sme cerita tak sme..kumako pown belum habis bce cerita yg ke2 sbb tak taw nak beli at mne..nnt ade smbgan cte nie..tp lambat la..

Snow_Queen said...

wow!! cpt la smbng..abz la si yana tu...huhu

Hana Norisa said...

nk anta kat shout box tak boleh sbb tak boleh nk enter nama....

Hana nk maklumkan kat kumako..

Hana dah tukar link url baru... http://terataknovellahananorisa.blogspot.com ...follow semula klu nk dptkan update...

kumako said...

thank hana sbb gtaw..puas kumako crik url hana..

kt shoutbox tu klau nak tlis kene tkan kanan..

mady and yana said...

heroin die yana??
err..pesal tetibe rse bngge nieh?:P

+YANA

.sukesuki. said...

hhaahha...

Hana Norisa said...

citer nie...not bad...

=)

.sukesuki. said...

thank..