Pembuka Bicara~

* SG! [edited part] bieyla post dkat p2u.. Tgk dekat sidebar~

*Warkah Terakhir hanya berkisar mengenai persahabatan dan kekeluargaan sahaja. Saya buat cerita Warkah Terakhir sebab banyak kawan maya saya yang tak suka bercinta. So, saya make up my mind and buat cerita ni. Harap-harap kawan-kawan semua terima. =)


* Semua gambar yang ada di sini adalah hak milik pak cik google. Ada sesetengah gambar hak milik saya.

Saturday, October 15, 2011

Revenge 7 : New Friends (part 2)

 
Revenge 7 : New Friends (part 2)
 
“Valisa, kau pergi mana tadi? Lama kita orang tunggu,” Danny menegur Saliva apabila dia terpandang Saliva yang sedang menuju ke arah mereka. Monica berpeluk tubuh di bawah deretan pasar dengan muka yang masam.

Sorry, aku tak sedar yang matahari dah naik atas kepala. Aku tadi memang pergi kedai tu, lepas tu ada seorang pak cik ni berbual-bual dengan aku. Langsung aku leka. Tadi baru aku ingat. Sorry yea...”

“Apa-apalah, Monica dah masam muka dia tunggu kau lama sangat. Macam mangga busuk aku tengok. Kalau dua kali tengok macam.. urmm.. macam.. macam orang yang mati suami,” Saliva tergelak mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Danny. Danny juga tergelak mendengar kata sendiri. Monica menjeling tajam ke arah mereka berdua.

“Dah habis ke belum bergelak ketawa? Kalau dah, sekarang jom kita pergi cari tempat makan. Aku lapar ni,” suara Monica tegang sekali. Lapar atau marah mungkin.

“Okeylah, jom kita pergi cari tempat makan. Aku pun lapar sebenarnya.” Saliva bersetuju dengan cadangan Monica.

“Aku pun sama. Jadi jomlah kita pergi cari tempat makan. Sekarang dah pukul 2 petang. Lagi 5 jam kita ada. Pukul 7 kena balik ke Silvery School.” Beritahu Danny tanpa ditanya. Mereka bertiga berjalan-jalan. Mata masing-masing melilau mencari tempat makan. Mata Saliva menangkap satu kedai makan yang agak cantik.

“Danny, Monica. Kedai makan tu boleh tak? Aku dah lapar ni.” Saliva menarik tangan Monica dan juga Dany supaya berhenti. Danny dan Monica melihat kedai makan tersebut. Mereka saling berpandangan dan memandang Saliva.

“Okey aje,” Monica dan Danny membalas serentak. Saliva sudah berjalan dengan pantas ke arah kedai makan tersebut. Kedai makan tersebut dihiasi dengan bunga-bungaan. Dindingnya di cat warna putih dan langsung tiada kotoran. Saliva mencari tempat duduk yang selesa. Akhirnya dia memilih tempat duduk yang di luar. Danny dan Monica juga turut mengambil tempat duduk tersebut. Danny mengangkat tangan dan seorang pelayan datang menghampiri meja mereka.

“6 Hamburger dan 3 gelas besar air jus. Tak kisah jus apa. Asalkan manis dan sejuk.” Tangan pelayan tersebut pantas mencatit kata-kata Danny di atas sebuah buku kecil. Pelayan tersebut berlalu dari situ. Setelah beberapa minit pelayan tersebut sampai dengan hidangan yang di pesan oleh Danny.

*****

“Monica, Valisa!! Jalanlah cepat sikit. Dah nak pukul 7 malam dah. Nanti pintu utama Silvery School akan tutup. Kita kena cepat!” Danny menjerit memanggil Saliva dan Monica yang berada beberapa meter darinya. Saliva dan Monica hanya buat bodoh dengan jeritan Danny yang dari tadi kedengaran. Pekak telinga mereka mendengar jeritan Danny yang bertalu-talu.

Sebenarnya mereka terlanjur makan. Sambil mereka makan, sambil itu mulut masing-masing tidak henti-henti bercakap. Pukul 6 petang barulah mereka mengangkat punggung dari kedai makan tersebut. Yang itu pun bila Danny menjerit bagai ternampak Dark Devils. Rupanya dia ternampak jam di dinding kedai tersebut menunjukkan pukul 6 petang. Apa lagi, terus Danny angkat punggung dan diikuti oleh Monica dan Saliva. Dari situ jugalah Danny suruh mereka jalan dengan cepat. Saliva dan Monica hanya berjalan macam itik pulang petang. Langsung tidak peduli tentang jeritan Danny.

“Monica, tadi Danny kata pukul 7 pagar nak kena tutup ke?” Tanya Saliva. Dia sebenarnya tak berapa dengar kata-kata Danny. Monica angakt bahu.

“Aku tak dengar kata Danny tadi. Jarak kita dengan dia dahlah jauh. Kalau jerit pun susah nak dengar.”

“Betul tu. Urmm.. sekarang pukul berapa?” Tanya Saliva kepada Monica. Monica menilik jam di tangannya.

“Pukul 6.45 petang,”

“Jomlah kita lari, pukul 7 kena pilih bilik. Lambat masuk, tak dapat kita nak masuk bilik Topaz.”

“Betul juga kata kau, Valisa. Selamatlah Danny beritahu kita tadi yang bilik Ruby dan Topaz aje bilik yang paling baik. Bilik Crystal dan Diamond, Danny kata bilik yang patut dijauhi oleh orang yang baik macam kita ni,” sempat juga Monica membangga diri.

“Jadi, apa tunggu lagi? Pecutlah,” serentak itu, Monica dan Saliva berlari dengan laju. Danny yang pada mulanya berada di depan sudah di tinggalkan di belakang. Danny yang melihat keadaan itu terus berlari mengejar kawan-kawannya. Tepat pukul 7, mereka sampai di Silvery School. Pintu pagar hampir tutup apabila mereka masuk tadi. Selamat sempat!

*****

“Saya Slyer dan dia Tiara. Kita orang memang berkawan sejak kecil lagi.” Slyer memperkenalkan diri. Mereka sekarang berada di tingkat 4 iaitu, tingkat bagi bilik Topaz. Mereka semua berkumpul di ruang tamu tengah untuk berkenalan. Jam menunjukkan pukul 8.45 petang. Setelah 1 jam lebih mereka terpaksa duduk di tingkat satu mendengar ceramah dan peraturan-peraturan sekolah dan bilik, barulah mereka dapat mengambil bilik yang disukai.

“Oh ya, kitanya rumah untuk sukan macam mana?” Monica bertanya. Tiara dan Slyer saling berpandangan.

“Kau orang tak kan tak tahu lagi?” Pertanyaan Tiara menyebabkan Danny, Monica dan Saliva tersentak.

“Tahu apa?” Mereka bertanya serentak. Tiara dan Slyer sudah tersenyum.

”Kau orang pergi mana masa semua orang kumpul di dewan lepas daftar masuk tadi?”

“Pergi merayau,” balas Saliva pendek.

“Kenapa?” Sambung Saliva.

“Patutlah,” Slyer dan Tiara berkata serentak. Pertanyaan mula bercambah dalam kepala Monica, Saliva dan Danny.

“Sebenarnya, kalau kita ambil bilik Ruby maknanya rumahnya ialah Helium. Kalau Topaz, rumahnya Zenka. Crystal, rumahnya Crissy dan Diamond ialah Dranky. Jadi dah jelas sekarang?” Mereka bertiga mengangguk serentak apabila mendengar penjelasan Tiara.

“Apa-apa pun, kita belum berkenalan sangat. Jadi, kau orang ambil magis apa?” Tanya Saliva.

“Aku Dark Magic dan Healing Magic tapi Tiara dia ambil Dark Magic dan Magical Crystal. Kau orang?”

“Aku ambil Magical Water dan Magical Crystal, Danny ambil Dark Magic dan Magical Fire, Monica pula ambil Dark Magic dan Healing Magic. Terangkan?” Tiara dan Slyer mengangguk kepala serentak.

“Lepas ni ada acara apa pula? Tidur?” Monica bertanya sambil memandang jam yang berada di tangannya. Matanya berasa berat. Semacam ada benda yang berat diikat di bulu matanya.

“Kalau kau nak tidur pun boleh. Malam ni bebas, tapi esok pelajaran bermula. Cepatkan?” Tiara menjawab.

“Wow! Cepatnya.. Patutnya bagilah seminggu kita buat aktiviti bebas. Kenapa cepat pula nak belajar.” Rasa mengantuk Monica terus hilang apabila mendengar kata-kata Tiara. Belajar esok? Gila!

“Mungkin cikgu nak kita master magis dengan cepat,” jawab Saliva.

“Yalah tu, ke sengaja nak dera kita. Tak nak kita enjoy dulu. Hai..” Monica mengeluh lemah.

“Dahlah, pergi masuk tidur. Esok kena belajar. Aku nak masuk tidur juga. Besok lambat bangun kan ke parah namanya.” Saliva bangkit dari sofa dan menuju ke bilik perempuan. Sebenarnya setiap tingkat mempunyai dua bilik. Satu bilik lelaki, satu lagi bilik perempuan. Tingkat 3 adalah bilik Ruby, tingkat 5 bilik Crystal dan tingkat 6 bilik Diamond. Topaz tingkat 4! Tangga untuk menaiki ke bilik masing-masing adalah berbeza dan setiap tangga ada kata laluan masing-masing. Kalau bilik Diamond, kata laluannya ialah Eliaries. Bilik Crystal pula ialah Apediance. Topaz pula ialah Tiango Dienda dan bilik Ruby ialah Esismonsi. Bagi tingkat 2, kata laluannya hanya diketahui oleh orang-orang tertentu.

p/s : Segala kesalahan ejaaan atau apa2 aje harap dimaafkan.. hee~ =D

1 comment:

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus