Kami berkawan sejak dari kecil lagi. Rumahku tidaklah begitu jauh dari rumahnya, mungkin 5 minit perjalanan baru sampai dihadapan rumahnya. Kami selalu bermain bersama-sama dan juga pergi ke sekolah bersama-sama. Persahabatan kami berdua telah diketahui oleh keluarga masing-masing. Kadang-kadang, ibunya mengajak kami sekeluarga makan di rumahnya. Kadang-kadang ibuku yang mengajak keluarga mereka makan di rumahku. Begitulah akrabnya persahabatan kami berdua sehinggalah umur kami berdua mencecah 18 tahun..
"Kau nie, hari-hari lambat sampai," kata Fazrul kepada ku.
"Sorryla," ujarku dengan nafas yang tercungap-cungap.
"Kau, hari-hari sorry. Sorry naik lori la. Penat aku tunggu kau. Macam orang bodoh tahu tak," Fazrul berkata dengan nada geram.
"Eii.. Kau nie, aku kata sorry, sorryla. Aku bukannya sengaja." kataku sedikit geram.
"Orang dah kata sorry cukup baik tau. Kalau aku tak minta maaf, mesti kau lagi anginkan. Macam perempuan." cemuhku. Fazrul memandangku dengan pandangan membunuh.
"Iyelah, iyelah. Kau nak aku buat apa?" tanyaku. Fazrul tersenyum.
"Aku nak kau, cuci kasut aku, buat kerja sekolah aku dan masak untuk aku selama sebulan."
"Mak aih, kau gila ke apa nak sur... aaaa....." belum pun sempat aku berkata, Fazrul sudah menolak beg aku. Terjerit aku dibuatnya.
"Woi, sengal kalau nak tolak pun katalah dulu. Sengal betullah." Jeritku kepadanya.
"Senyaplah, kau dari tadi asyik bercakap. Aku nak potong pun tak sempat. Kau ingat sekarang pukul 7 pagi ke? Sekarang pukul 7.30 pagi tau. Perjalanan nak pergi sekolah memakan masa selama 15 minit tau." laungannya kuat sambil berlari tanpa memandang ke arahku. Akhirnya tepat pukul 7.40 pagi kami tiba di kelas.
"Huh.." kami mengeluh serentak.Dia beredar menuju ke arah mejanya begitu juga aku.
*************************
"Mangkuk! Cepatlah sikit!" laungku pada Fazrul. Dia buat tidak dengar.
"Wei mangkuk, kau ingat aku bercakap dengan kerusi kau ke mangkuk ayun!!" Aku melaung dengan lebih kuat dari tadi. Dia masih lagi duduk di kerusi dengan membaca buku komik. Aku yang sudah tidak tahan dengan perangainya pergi ke tempatnya dan menarik buku komik yang dibacanya. Dia memandang geram ke arah aku.
"Wei, apa nie main rampas-rampas." katanya dengan nada geram.
"Mangkuk! Sekarang pukul 2 petang lah, cepatlah balik!!" aku menjerit dekat telinganya dengan sekuat hatiku. Mungkin dalam anggaran 10 cm. Dia cepat-cepat menutup telinganya dengan sekuat-kuatnya.
"Aku tahulah, tak payahlah nak jerit kuat-kuat dekat dengan telinga aku. Kau ingat aku tak dengar ke?!!" jeritnya kembali kepadaku.
"Kalau kau dah dengar tu, kenapa kau bodoh sangat tak sahut! Hah mangkuk!!" jeritku semula.
Hanya tinggal beberapa orang sahaja dalam kelas tersebut. Mereka buat tidak tahu dengan perangai kami berdua. Mereka semua sudah biasa dengan pekikan dan jeritan kami berdua. Setiap hari pasti ada jeritan yang keluar dari tekak kami berdua. Tidak sah kalau sehari tidak bertengkar.
"Aku malaslah, bodoh!" balasnya dengan kuat. Aku yang sudah angin menahan dari anginku naik. Mana tidaknya angin satu badan kalau kita dah panggil banyak kali tak disahut. Aku menghempas buku komiknya di mejanya dengan kuat.
"Sekarang, kau nak balik ke tak?" aku bertanya dengan suara yang mendatar. Menahan rasa geram yang sedang bercambah dihatiku. Dia hanya menggeleng kepalanya tanpa berasa bersalah. Mahu aku sepak aja. Tapiku tahan sahaja. Aku berlalu pergi dari situ sambil menahan rasa. Aku balik seorang diri pada hari itu.
Aku mahu menangis mengenangkan peristiwa tadi. Ya, aku akui. Aku menyayangi Fazrul, dan kalau boleh aku mahu dia juga menyayangiku juga. Tetapi aku tahu itu mustahil. Fazrul hanya menganggap aku sebagai kawan tidak lebih dari itu. Ia boleh dibuktikan kerana setiap hari Fazrul pasti akan cari gaduh dengannya. Aku mahu merasa disayangi. Alangkah indahnya kalau ada orang yang menyayangiku. Sedang aku berangan-angan, ada seseorang menegurku dari tepi. Aku tersentak. Aku memusingkan badanku ke arah punca suara yang aku dengar tadi.
"Hai," kata lelaki itu sekali lagi dengan senyuman yang menawan. Aku memandang sekelilingku. Tiada sesiapa di situ kecuali aku.
"Saya ke?" tanyaku kembali. Dia tergelak kecil.
"Apa yang kelakar?" kataku, pelik.
"Awak nie, comellah." Aku sudah blush.
"Mana boyfriend awak? Tak nampak pun dia hari ni." perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu, benar-benar mengejutkan aku. Aku memandang lelaki itu dengan pandangan curiga.
"Saya sudah lama perhatikan awak, awak selalu pergi dan balik sekolah dengan seorang budak lelaki. Itu boyfriend awak kan?" Aku terkesima.
"Itu bukan boyfriend saya." kataku dengan suara yang mendatar apabila mengingati setiap perbuatan yang Fazrul buat terhadapku. Geram betul.
"Selamat," katanya dengan lega. Aku memandangnya.
"Kenapa selamat?" tanyaku.
"Saya dah lama sukakan awak, disebabkan itu saya selalu perhatikan awak. Mahu tak awak jadi girl saya." katanya dengan senyuman. Aku terkejut. Pelbagai perasaan menerjah ke dalam hatiku. Aku menyukai Fazrul. Tetapi bagaimana aku mahu menerima lelaki yang sedang berdiri dihadapanku ini. Itulah persoalan yang berlegar-legar di dalam fikiranku.
"Berikan saya masa." kataku pendek.
"Ok," katanya masih lagi tenang.
"Saya belum lagi tahu nama awak, siapa nama awak?"
"Karina, saya nak balik dulu. Selamat tinggal," kataku.
"Selamat jalan," balasnya pula. Aku mula berjalan tanpa memandang belakang.
Fikiranku mula tidak tenteram. Aku sampai rumah pada pukul 2.40 petang.
"Saya dah balik," kataku dengan lemah.
"Lambat balik," aku terkejut.
"Apa yang kau buat dekat sini?" kataku.
"Aku hantar makanan tadi. Masa nak balik tadi, mak kau suruh aku jaga rumah. Dia kata kau tak ada kunci rumah." katanya sambil memandang aku.
"Mak aku mana?" tanyaku.
"Pergi ke kedai beli barang dapur." balasnya.
"Asal lambat balik?" tanyanya. Aku berfikir sama ada mahu memberitahunya ataupun tidak. Aku akhirnya membuat keputusan untuk memberitahunya. Aku mengambil tempat duduk berhadapan dengannya.
"Masa balik sekolah tadi, aku ikut jalan yang sebelah kiri tu." kataku.
"Owh, patutlah aku tak nampak kau tadi. Aku guna jalan sebelah kanan." sampuknya. Aku memberikan jelingan tajam kepadanya. Dia terus senyap.
"Masa aku tengah berjalan, ada lelaki ni dia tegur aku dan ajak aku jadi girl dia. Kau rasa aku patut terima ke tak?" kataku kepadanya. Fazrul memalingkan mukanya dariku dan berkata..
"Tak payah terima, baik kau masuk universiti dulu baru kau fikirkan." katanya dengan suara malas. Aku terasa dengan apa yang dia kata. Aku mahu rasa bagaimana rasanya bila ada orang menyayangi kita. Aku mahu, Fazrul menyayangiku, tetapi aku tahu dia tidak akan menyanyangiku kerana aku hanyalah seorang kawan kepadanya.
"Ah, aku nak jugak terima. Esok aku akan beritahu dia yang aku terima. Fullstop!" kataku dengan marah walhal dalam hati aku menahan sebak. Kau tak tahu apa yang aku rasa Fazrul, kau tak tahu. Rintihku. Aku berlari masuk ke dalam bilik ku dan mengunci pintu. Aku bersandar di pintu tersebut, perlahan-lahan aku terduduk. Aku menggenggam erat tanganku. Tiba-tiba, pandanganku kabur. Air mata mulai jatuh satu persatu, aku menangis teresak-esak. Selepas beberapa minit, aku bangkit dan menuju ke katilku. Aku merebahkan diriku di situ. Aku terus terlelap...
********************
"Awak, apa kata kalau kita berkawan dahulu," ujarku dengan suara perlahan sambil tersenyum malu pada lelaki itu. Lelaki itu tersenyum.
"Baiklah, kita berkawan dahulu," kata lelaki itu dengan tenang. Kami berdua berbual-bual antara satu sama lain. Mahu mengenali diri masing-masing. Fazrul hanya bersandar pada tiang lampu. Matanya diarahkan pada tempat lain. Aku tidak tahu sama ada dia mendengar atau tidak perbualan kami berdua.
"Saya balik dulu," kataku menamatkan perbualan kami berdua. Lelaki itu menganggukkan kepalanya.
"Besok jumpa lagi," katanya dengan suara yang gembira. Aku menganggukkan kepalaku lantas berlalu pergi. Fazrul mengikutku dari belakang.
*************************
Aku sedang belajar di atas katil apabila ada message masuk. Aku membuka handset ku dan membaca message tersebut.
Hai, ini Hafiz.
Esok boleh tak kalau
kita luangkan masa
bersama-sama?
Jumpa di taman bunga
pada pukul 8.30 pagi.
Jangan lupa..=D
"It's ok, saya pun baru sahaja sampai tak lama," katanya dengan suara yang tenang. Aku tahu dia menipu, aku tahu mengapa dia tipu. Dia tidak mahu aku terus dibelenggu rasa bersalah sebab datang lewat. Aku menilik jam tanganku lagi sekali 9.10 pagi. Maknanya nak dekat setengah jam dia tunggu aku disini. Desis hati kecilku. Aku gembira, kerana dia sanggup menipuku supaya tidak mahu aku rasa bersalah. Aku bahagia.
Sedang kami berjalan-jalan sambil berborak-borak di sekitar taman itu, aku terpandang fazrul dengan seorang perempuan. Mereka duduk di atas bangku tidak jauh dari tempatku berdiri. Hafiz pula tidak berada denganku, dia sedang membelikan ais krim untuk kami berdua. Aku sedih, aku baru tahu bahawa Fazrul sudah ada kekasih hati. Hatiku remuk. Aku mahu menangis. Tiba-tiba, ada tangan menghulurkan ais krim perasa vanila kepadaku. Aku menyambut huluran ais krim tersebut. Aku menahan diriku dari menangis. Aku tarik senyum tidak ikhlas dan memandang Hafiz.
"Thanks," ucapku. Dia hanya menganggukkan kepalanya.
"Awak, saya baru ingat, saya kena balik cepat nak masak. Ibu saya suruh saya masak hari ni. Dia balik pukul 12 tengah hari nanti." kataku mencari alasan untuk balik ke rumahku.
"Owh, ok. Nak saya hantarkan?"
"Takpe, saya boleh balik sendiri. Apa-apa pun, thanks. Saya begitu gembira hari nie."
"You welcome," ujarnya. Selepas itu, aku terus berlalu pergi meninggalkan Hafiz di situ.
"Yo," tiba-tiba ada suara seseorang yang menegurku dari arah belakang, ketika itu aku sedang memasak.Aku tersentak. Aku kuatkan semangatku. Aku memusing belakang menghadap Fazrul.
Esok boleh tak kalau
kita luangkan masa
bersama-sama?
Jumpa di taman bunga
pada pukul 8.30 pagi.
Jangan lupa..=D
Tiba-tiba, aku mengalirkan air mata. Hatiku sebak. Aku tidak mahu Hafiz, aku mahu Fazrul. Aku tidak tahu mengapa, apabila aku asyik teringatkan Fazrul pasti air mata ku mengalir. Aku begitu lemah apabila nama Fazrul dibangkitkan. Fazrul, tahukah kau bahawa aku menyayangimu? Rintih hatiku pilu. Aku hanya membiarkan mesagge itu tidak terjawab. Aku tidak mahu membalas message itu. Aku hanya akan membalas message Fazrul.
*********************
"Awak saya minta maaf sebab terlambat sampai. Saya lambat bangun pagi tadi. Saya betul-betul minta maaf." Kataku tercungap-cungap.
"It's ok, saya pun baru sahaja sampai tak lama," katanya dengan suara yang tenang. Aku tahu dia menipu, aku tahu mengapa dia tipu. Dia tidak mahu aku terus dibelenggu rasa bersalah sebab datang lewat. Aku menilik jam tanganku lagi sekali 9.10 pagi. Maknanya nak dekat setengah jam dia tunggu aku disini. Desis hati kecilku. Aku gembira, kerana dia sanggup menipuku supaya tidak mahu aku rasa bersalah. Aku bahagia.
Sedang kami berjalan-jalan sambil berborak-borak di sekitar taman itu, aku terpandang fazrul dengan seorang perempuan. Mereka duduk di atas bangku tidak jauh dari tempatku berdiri. Hafiz pula tidak berada denganku, dia sedang membelikan ais krim untuk kami berdua. Aku sedih, aku baru tahu bahawa Fazrul sudah ada kekasih hati. Hatiku remuk. Aku mahu menangis. Tiba-tiba, ada tangan menghulurkan ais krim perasa vanila kepadaku. Aku menyambut huluran ais krim tersebut. Aku menahan diriku dari menangis. Aku tarik senyum tidak ikhlas dan memandang Hafiz.
"Thanks," ucapku. Dia hanya menganggukkan kepalanya.
"Awak, saya baru ingat, saya kena balik cepat nak masak. Ibu saya suruh saya masak hari ni. Dia balik pukul 12 tengah hari nanti." kataku mencari alasan untuk balik ke rumahku.
"Owh, ok. Nak saya hantarkan?"
"Takpe, saya boleh balik sendiri. Apa-apa pun, thanks. Saya begitu gembira hari nie."
"You welcome," ujarnya. Selepas itu, aku terus berlalu pergi meninggalkan Hafiz di situ.
************************
"Yo," tiba-tiba ada suara seseorang yang menegurku dari arah belakang, ketika itu aku sedang memasak.Aku tersentak. Aku kuatkan semangatku. Aku memusing belakang menghadap Fazrul.
"Cepat balik," ujarku menahan rasa. Tanganku masih lagi mengacau-ngacau kuah yang terdapat dalam periuk.
"Aku yang patut tanya kau, bukan kau tanya aku,"
"Owh, aku nak kena masak untuk ibuku," aku menipunya sebagaimana aku menipu Hafiz.
"Seingat aku mak kau mana ada suruh kau masak. Kalau ada pun mesti dia bagi tahu aku supaya tengokkan kau masak." Aku kehilangan kata.
"Eh, yeke? Tadi masa aku tengah tidur mak aku suruh aku masaklah. Lagipun tak kan mak aku nak bagi tahu kau setiap kali aku nak masak." Fazrul angkat bahu.
"Yang kau cepat balik nie apa cerita?" kataku sambil tanganku menutup api dapur.
"Salah ke?"
"Yelah, orang selalu keluar dengan kekasih hati balik sampai pukul 2 petang ataupun dah nak malam baru balik. Yang kau keluar dengan kekasih hati pukul 12.30 tengah hari balik." Aku cuba menahan air mata ku dari keluar. Fazrul menyandarkan badannya di dinding dapur rumahku. Dia mendongak kepalanya ke atas.
"Kau kata orang, kau pun sama," katanya perlahan.
"Aku ada alasan, kau mana ada alasan," balasku mengikut intonasi suaranya.
"Apa-apalah," katanya dengan malas.
"Kau tahu tak, aku sukalah Hafiz tu. Baik, sopan santun, peramah. Semua tentang dia aku suka," kataku dengan senyuman pura-pura.
"Huh, kau jangan nak sebut nama Hafiz tu boleh tak, malas aku nak dengar cerita pasal dia." kata Fazrul dengan suara yang mendatar. Aku terdiam.
"Kau punya buah hati macam mana?" tanyaku selepas 2 minit mendiamkan diri. Aku mengambil mangkuk dan mengisi kuah sup di dalam mangkuk tersebut dan meletakkannya di atas meja. Aku mengambil sudu dan merasa kuah tersebut. Sedap.
"Boleh tak kau senyap!!" jerit Fazrul sambil menumbuk meja. Aku tersentak, sudu yang aku pegang jatuh ke lantai. Kuah di dalam mangkuk juga terkeluar. Fazrul memandang tajam ke arahku. Pandanganku kabur, mutiara jernih mulai jatuh. Aku hanya membiarkannya. Fazrul datang dekat kepadaku.
"Pergi!!" aku menjerit. Fazrul tetap datang kepadaku. Aku tahu dia berasa bersalah kerana buat aku begitu.
"Pergi!! Aku benci kau!! Kau pergi!!" jeritku lantang. Aku sudah tidak dapat menahan perasaanku. Perasaan sedih menguasai diriku. Aku mahu menangis sekuat-kuatnya. Fazrul beredar pergi dari situ. Air mata mula mengalir. Aku tahu Fazrul tidak pernah dan tidak akan menyukai aku. Tidak akan!
*************************
Malam itu, sedang aku melayan perasaanku. Bunyi lagu One Time oleh Justin Bieber kedengaran. Aku cepat-cepat menganggkat hansetku. Aku melihat skrin handsetku. Nama Hafiz tertera di situ. Aku mengeluh perlahan. Mengapa dia yang menelefonku? Mengapa bukan Fazrul? Detik hatiku. Aku dengan lambat menekan butang warna hijau. Suara Hafiz jelas kedengaran. Aku membuat loud speaker.
"Karina, esok boleh tak awak datang ke rumah saya? Saya ada kejutan buat awak." kata Hafiz dengan lembutnya.
"Apa dia?"
"Adalah, kalau nak tahu datang taw. Saya tunggu."
"Ok. Nanti saya datang. Oh ye, pukul berapa?"
"Pukul 8 malam."
"Owh, ok. Saya datang." Tiba-tiba, air mataku jatuh di pipi gebuku. Aku berasa hiba. Ah, alangkah baiknya kalau Fazrul yang menyayangiku. Mesti dia akan buat begitu padaku. Kata hati kecilku.
"Awak, saya nak tidur dulu. Selamat malam," aku membuat suara mengantuk walhal aku sedang bersedih.
"Ok, sweet dream my dear," kata Hafiz menamatkan perbualan kami berdua. Aku mencampak handsetku . Air mata masih lagi tidak berhenti. Air mata, mengapa kau selalu keluar? Detik hatiku. Aku membaringkan diriku sambil berfikir-fikir. Akhir sekali aku sudah membuat keputusan. Aku tak mahu kerana aku, diri orang lain sengsara.. Itulah keputusanku.
***********************
Aku mengetuk pintu di hadapanku. Setelah tiga kali ketuk barulah pintu di hadapanku terbuka.
"Hai, Kirana. Ingatkan awak tak datang. Sekarangkan dah pukul 8.15 malam." kata Hafiz dengan gembira.
"Takdelah saya ada hal tadi. Hafiz saya nak.." Belum sempat aku habis cakap, Hafiz menarik tanganku masuk ke dalam rumahnya. Aku terkejut. Aku memandang mukanya. Dia tersenyum jahat. Aku ketakutan.
"Lambat betul kau punya girl sampai, puas kita orang tunggu," tiba-tiba kedengaran suara seseorang di belakang Hafiz. Aku memandang mereka semua. Aku ketakutan. Hafiz mengunci pintu rumahnya.
"Betullah, comel jugak girl yang kau bawak kali ni." sampuk seorang dari mereka bertiga.
"Hafiz, pandai kau pilih girl kali ni. Memang comel. Taste aku ni." Orang yang sedang bersandar di dinding rumah tersebut menyampuk.
"Dia nie memang senang cair macam air, aku buat baik terus dia masuk umpan aku," kata Hafiz dengan suara yang bangga. Air mata ku mula mengalir.
"Wei Hafiz, girl kau dah menangislah." kata seorang dari kawan hafiz sambil ketawa.
"Macam budak-budak," cemuh Hafiz kepadaku. Mereka bertiga bergerak ke arah aku dan Hafiz. Tiba-tiba, pintu rumah Hafiz dipecahkan. Terdapat 4 polis yang berdiri di muka pintu. Aku mengambil peluang ini. Aku memijak kaki Hafiz dengan kuat sekali dan terus berlari keluar. Aku selamat. 4 orang polis yang melihat kejadian itu, terus masuk ke dalam rumah Hafiz dan memberkas Hafiz dan kawan-kawannya. Aku menangis kesyukuran kerana terselamat. Aku tidak dapat bayangkan apa yang akan terjadi jika polis tidak tiba di situ dalam jangka masa yang tepat. Aku bersyukur kepada Allah. Fazrul berdiri di hujung jalan memerhatikan aku sebelum mendekatiku. Dia menemaniku pergi ke balai polis. Polis hendak mengambil keteranganku. Selepas itu, aku di benarkan pulang.
**************************
"Hei, sudah-sudahlah tu. Bukan ke kau dah selamat dah." Fazrul berkata dengan suara yang malas. Ketika itu, kami berdua berada di taman permainan yang terletak tidak jauh dari tempat tinggal kami berdua.
"Aku nak jugak menangis," balasku. Fazrul hanya melihatku.
"Sebelum tu, boleh tak kau berterima kasih dekat aku sebab selamatkan kau," kata Fazrul bersahaja.
"Mana ada kau yang selamatkan aku, polis yang selamatkan aku tahu tak."
"Aku yang bagi tahu polis tahu tak, so kau kenalah berterima kasih dekat aku," balas Fazrul dengan geram.
"Macam mana pulak kau boleh tahu yang Hafiz tu jahat?" Aku menganggkat mukaku memandang Fazrul.
"Apa?"
"Macam mana kau tahu yang Hafiz tu jahat?"
"Aku nie kan jahat, mestilah aku kenal siapa yang jahat." balas Fazrul bersahaja.
"Macam mana kau tahu rumah Hafiz pulak?"
"Orang jahat mestilah aku kenal rumah dia."
"Yelah tu, ke kau ikut aku tadik."
"Buat apa aku ikut kau, buang masa aja. Actually, perempuan yang kau kata kekasih hati aku tu sebenarnya ex Hafiz. Aku tanya dia tentang Hafiz. Dia yang bagi tahu aku." terang Fazrul.
"Kenapa kau tiba-tiba tanya pasal Hafiz dekat perempuan tu? Dekat aku tak boleh ke? Dah lah masa tu kau marah aku sebut nama Hafiz."
"Eii, kau nie banyak bertanyalah, senyap boleh tak?" kata Fazrul rimas. Aku memandang tajam ke arah Fazrul.
"Apa? Ada hutang ke?" tanya Fazrul.
"A'ah, memang ada pun."
"Apa dia?"
"Soalan yang aku tanya tadik?"
"Kalau aku tak jawab?"
"Ok, fine. Terserah. Aku nak baliklah malas nak layan kau. Jangan call aku atau cakap dengan aku lagi selagi kau tak bagi tahu aku jawapan."
Semasa aku mahu bangun aku terdengar, "Sebab, aku sukakan kau.." Fazrul berkata dengan perlahan dalam nada yang malu. Aku terkesima. Hatiku berbunga riang. Aku dapat lihat bunga-bunga cinta mulai mekar.
"Sejak bila?" aku mengawal suaraku. Aku tidak mahu dia tahu bahawa aku gembira.
Dia mengangkat mukanya. Pandangan kami bertemu.
"Aku tak tahu sejak bila. Aku sedar apabila nama lelaki lain meniti di bibir kau. Aku akan rasa cemburu. Disebabkan tu aku marah dekat kau."
"Mahu tak kau jadi kekasih aku?" sambung Fazrul. Aku menganggukkan kepalaku. Aku lihat sebuah senyuman yang bahagia terukir di bibir Fazrul. Aku tersenyum bahagia.
"Semoga hari esok bertambah bahagia dan berkekalan sehingga akhir.."
P/s: Ada org kte cte nie sme ngan cte ape-kbende-ntah-tjuk-dia..Mungkin kowt sama. Sebab kawan bieyla and bieyla yang reka. Oh kawan bieyla minat komik magga. Jadik, mungkin dia bagi idea dari komik tu. Bieyla pun suka jugak komik mangga. =)
1 comment:
best lha jugak.
Post a Comment