Pembuka Bicara~

* SG! [edited part] bieyla post dkat p2u.. Tgk dekat sidebar~

*Warkah Terakhir hanya berkisar mengenai persahabatan dan kekeluargaan sahaja. Saya buat cerita Warkah Terakhir sebab banyak kawan maya saya yang tak suka bercinta. So, saya make up my mind and buat cerita ni. Harap-harap kawan-kawan semua terima. =)


* Semua gambar yang ada di sini adalah hak milik pak cik google. Ada sesetengah gambar hak milik saya.

Wednesday, March 16, 2011

Cerpen : You're My Shining Star



“Tae Kyung!” Hyemi menjerit nama Tae Kyung dengan perasaan amarah yang menggunung! Dia menghentakkan telapak tangannya ke meja dengan penuh emosi. Beberapa pelajar menoleh ke arahnya. 



“Kenapa?! Tak pernah tengok orang marah ke?!” Jerkah Hyemi kepada dua orang pelajar perempuan yang saling berbisik antara satu sama lain. Dua orang pelajar tersebut cepat-cepat menghilangkan diri dari pandangan Hyemi. Hyemi menggigit bibir.


Jang Geun Suk as Tae Kyung
“Kau memang sengaja carik pasal dengan aku kan,” deram Hyemi. Geram. Anak rambut yang terjuntai di dahinya ditiupnya. Kasar. Lagi sekali dia menghentak meja. Beg sekolah yang terdampar di atas meja disambarnya kasar. Dia berlalu keluar dari bilik kuliah.

Hayunan langkahnya dipercepatkan. Matanya meliar-liar memandang sekeliling. Hyemi cepat-cepat menyorok di balik dinding apabila terpandang imej seorang lelaki yang sedang berbual dengan seorang gadis. Dia menarik nafas. Resah.

“Tae Kyung, kau tunggu ajelah. Aku dapat kau, aku cili-cili mulut kau. Biar kau tahu macam mana aku rasa.” Hyemi bermonolog sendirian. Dia meninjau tempat di mana Jun Yong berdiri. Hyemi tarik senyum lega. Dia keluar dari balik dinding dan terus melangkah dengan lebih pantas.

Baru sahaja tangannya ingin menolak pintu kaca, tiba-tiba..

“Ko Hyemi?” Hyemi telan air liur. Dia menutup mata dan mengigit bibir bawah. Dia sudah resah. Tangannya yang berada di pintu di tarik ke sisi. Perlahan-lahan dia membuka mata dan menarik nafas. Badannya dipusing menghadap Jun Yong.

“Hi, Jun Yong.” Hyemi tarik senyum sampai ke telinga. Degupan jantungnya mula hendak berubah.
Jun Yong membalas senyuman Hyemi. “Balik?” Jun Yong bertanya.

“Ya,” Hyemi masih lagi mengekalkan senyuman resahnya itu.

“Jom.”

“Ha?” Hyemi terpinga-pinga.

“Jom balik sama-sama.” Hyemi membuntangkan matanya. Lagi sekali, air liur ditelannya. Hyemi memegang tangannya. Dia mula berasa sejuk. Semua perasaan bercampur aduk menjadi satu.

Suzy (Miss A) as Ko Hyemi
“Boleh tak?” Jun Yong menyoal apabila Hyemi langsung tidak memberi tindak balas. Hyemi yang bagai tersedar dari mimpi yang panjang terpinga-pinga lagi sekali, “Ha?”

“Jom balik sama-sama. Boleh tak?” Lagi sekali Jun Yong menyoal. “Ouh.. aaa.. Jom!” Jun Yong tersenyum mendengar jawapan dari mulut Hyemi.

Jun Yong memandang ke arah pintu dengan senyuman comelnya. Hyemi memandang ke arah pintu tersebut dengan pelik. Dia memandang Jun Yong semula. “Lady first,” Jun Yong berkata sambil menolak pintu kaca tersebut.

“Ouh.. oo.. Thank.” Hyemi menundukkan badannya sedikit. Jun Yong juga menundukkan badannya sedikit.
Hyemi menggaru lengannya yang tidak gatal. Dia menunduk memandang bawah. “Jom!”

“Aaa.. Jom.” Hyemi masih lagi menggaru lengannya. Pandangannya juga masih tertumpu ke atas jalan raya. 

“Saya tak cukup handsome ke sampai awak tenung jalan raya ni?” Jun Yong menyoal.

“Ha? Apa awak cakap? Saya tak berapa dengar.” Hyemi menyoal semula. Jun Yong tergelak kecil. Dia menarik nafas sebelum menyoal Hyemi semula. “Saya ni tak cukup handsome lagi ke sampai awak tenung jalan raya?” Jun Yong memandang muka Hyemi. Hyemi gigit bibir bawah dan membuang pandangan ke tempat lain.

“Emm.. taklah..”

“Jadi saya tak cukup handsomelah?”

“Bukan, maksud saya awak memang... kacak sebab tu saya tenung jalan raya,” Hyemi menjawab dengan gelabahnya. Tercetus ketawa kecil dari mulut Jun Yong. “Awak memang comel,” Hyemi terasa bahang pada pipinya. Dia menggaru telinganya yang dilitupi oleh rambut.

“Belok kanan ke kiri?” Jun Yong menyoal. Hyemi seakan-akan orang bingung. Dia memandang Jun Yong sebelum melemparkan pandangannya ke hadapan. “Kanan,” Jawabnya perlahan.

“Awak dah...” Hyemi tidak jadi untuk meneruskan soalannya itu kerana alunan lagu Because I’m Stupid by SS501. Hyemi cepat-cepat mengangkat telefon bimbitnya. Perkataan ‘Budak sengal! Grr...’ tertera pada permukaan telefon bimbitnya. Gadis itu menekan butang hijau dan menjerit, “Apa yang kau dah buat?!”
Tae Kyung menjauhkan telefon bimbitnya dari telinga. Dia menggoyang-goyangkan cuping telinganya beberapa kali. Telefon bimbit yang berada di pegangannya dipandang geram. Perlahan-lahan dia mendekatkan telefon bimbit tersebut di telinganya.

“Tak boleh ke cakap baik-baik sikit?” Deram Tae Kyung kegeraman.

“Suka Hatilah! Mulut aku!” Jerit Hyemi lagi sekali. Dia seakan-akan lupa yang dia berada bersama Jun Yong. 

“Yalah, yalah. Kau dekat mana sekarang? Bilik kuliah?”

“Apa kau ingat aku ni penjaga bilik kuliah ke? Hah! Aku dah nak sampai dekat rumah dah pun! Aku sekarang ni dengan...” Hyemi telan air liur. Dia menepuk-nepuk dahinya lembut. Dia terlupa yang dia bersama Jun Yong. Ini semua disebabkan rasa amarah yang menggunung pada Tae Kyung!

Hyemi pandang belakang. Jun Yong tengah memerhatikannya. Dia tarik senyum dengan dahi yang berkerut-kerut. Kemudian dia memandang ke hadapan semula. “Siap kau!” Hyemi berkata lantas menekan butang merah.

“Ha??” Tae Kyung pandang telefon bimbitnya dengan perasaan hairan yang menggunung. Tiba-tiba aje Hyemi berkata ‘Siap kau.’ Tae Kyung melekapkan telefon bimbitnya semula di telinga. “Hyemi?” Tae Kyung memandang telefon bimbitnya semula. Selepas itu, meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Dia merebahkan diri di atas katil. Nafas ditarik dan dilepaskannya.

***

Hyemi pandang Jun Yong dengan senyuman yang tidak ikhlas. “Maaf.” Hyemi tunduk kepala sedikit. Jun Yong melemparkan senyuman, “Tidak mengapa. Siapa yang telefon?” Soal Jun Yong. “Aaa.. adalah seorang budak yang sengal,” jawab Hyemi. Dalam hati dia menyumpah seranah Tae Kyung. Jun Yong menganggukkan kepala apabila mendengar jawapan Hyemi.

“Jadi dah selesai dah?”

“Aaa.. dah.”

“Jadi,”

“Jadi?” Hyemi menyoal semula.

“Nak teruskan perjalanan tak?” Jun Yong menyoal.

“Ouh.. jomlah.” Balas Hyemi. Dalam hati dia sudah menangis. Dia terasa malu hendak menghadap muka Jun Yong. Apatah lagi bila Jun Yong dengar dia menjerit macam orang gila sebentar tadi.

Setelah lima minit berjalan kaki, “Terima kasih.” Hyemi memberi senyuman ikhlas kepada Jun Yong. “Kasih diterima.” Hyemi terkesima. “Ha?”

Jun Yong tergelak kecil. “Masuklah.”

“Ouh.. um.. okey,” Hyemi membuka pintu pagar dan lagi sekali dia berterima kasih kepada Jun Yong. Jun Yong memerhatikan Hyemi sehinggalah gadis tersebut hilang dari pandangannya. Dia beredar dari situ. Hyemi yang sedang memerhatikan Jun Yong di balik tingkap, mengetap bibirnya. Kuat. Dia terlampau malu tetapi dalam pada masa yang sama dia gembira!

Kasih diterima,” berulang kali perkataan tersebut berulang-ulang difikiran gadis tersebut. Hyemi meletakkan kedua-dua belah telapak tangannya di dada. Gadis itu menarik senyum lebar. Setelah lama berada di situ, gadis tersebut mula bergerak ke biliknya. Fikirannya masih tidak berhenti-henti memikirkan mengenai kata-kata Jun Yong, ‘Kasih diterima.’ Senyuman Hyemi makin melebar. Dia berlari masuk ke bilik dan melontarkan dirinya di atas katil yang berwarna purple.

Ko Hyemi
Hyemi mengguling-gulingkan badannya di atas katil dengan perasaan yang gembira sekali. Dia menekup bantal di mukanya dan menjerit sekuat hati! Tiba-tiba, jeritannya diganggu oleh alunan lagu Because I’m Stupid. Hyemi mengeluarkan telefon bimbitnya dan tanpa memandang nama di skrin telefon bimbitnya dia menekan butang hijau. Selepas itu dia menekan loudspeaker.

“Patutlah tergantung ayat tadi. Rupanya Jun Yong ada bersama.” Hyemi terus membuka matanya. Bantal yang berada di muka dibuangnya ke bawah. “Tae Kyung! Kau dah nampak eh? Seronoknya!” Hyemi langsung terlupa tentang perasaan amarahnya terhadap Tae Kyung. Dia kini terbuai dengan perasaan gembira yang teramat!

“Jadi, kau tak marah aku dah kan?” Soal Tae Kyung dengan nada yang hendak-tak-hendak.

“Siapa kata?”

“Suara kau yang berkata-kata.”

“Ha? Suara?”

“Ya. Nada suara kau yang ceria menandakan yang kau tak marah aku. Biasalahkan, bila orang dibuai perasaan cinta..” Nada suara Tae Kyung seolah-olah memerli. Hyemi pandang telefon bimbitnya.

“Perli ke?” tanyanya dengan muka hairan.

“Hurm? Perli? Nope. Cuma kata aje,”

“Ouh. Okeylah! Aku tengah gembira ni. Tapi, apa-apa pun,” Hyemi tarik nafas panjang sebelum bertutur, 

“Kau tak patut tau buat macam tu. Kalau Jun Yong tau macam mana? Mana aku nak letak muka aku? Nyorokkan muka aku? Malu tau. Malu teramat!”

Tae Kyung memotong kata-kata Hyemi, “Tapi kau dapat jalan dengan dia,”

“Memanglah. Tapi aku malu tau tak. Budak-budak dekat kolej semua pandang aku semacam. Lagi-lagi budak-budak perempuan.”

“Tapi, kau gembirakan? At least, kau gembira. Kalau Jun Yong tau, lagilah bagus.”

“Tapi aku malulah! Kau pergi bagitahu budak-budak ni aku sukakan Jun Yong, kenapa?! Aku malu tahu tak?! Aku rasa Jun Yong belum tau lagi kut. Selamat, selamat.”

“Janganlah layan budak-budak ni. Lagipun, lagi cepat Jun Yong tahu, lagi gembiralah kau kan,” perli Tae Kyung.

“Kenapa aku gembira pulak? Malu adalah.”

“Yalah, nanti bolehlah kau orang jadi pasangan. Pasangan yang serasi.” Tae Kyung ketap bibir sesudah menyebut ayat ‘Pasangan yang serasi’. Dia terasa hatinya bagai dibelah dengan belati.

“Betul jugak! Pandainya kau. Tapi, aku tetap tak suka cara yang kau buat. Lain kali bagi tahulah aku dulu. Biar aku prepare dari segi mental dan fizikal. Ini tidak, main serbu aje kau buat announcement yang aku suka Jun Yong!”

“Apa-apalah Hyemi. Selamat berbahagia.” Tae Kyung dengan pantas menekan butang merah dan mencampak telefon bimbitnya ke atas katil. Hyemi terkesima.

“Kenapa dengan Tae Kyung? Aku cakap benda salah ke? Tak akanlah dia terasa sebab aku marah dia kut? Dia kan dah biasa kena marah dengan aku.” Hyemi menayakan segala persoalan tersebut kepada dirinya sendiri. Dia merebahkan diri di atas katil.

“Hyemi, minta maaf ajelah. Mungkin dia terasa sebab kau marah dia tak.” Hyemi berkata sendirian. Dalam pada masa yang sama, tangannya lincah menaip message. Setelah selesai, dia menekan butang send. Hyemi mengukir senyuman hambar.

***

Tae Kyung membaca message yang dihantar oleh Hyemi. Senyuman kecil tercetus dari bibirnya. Dia membaca message Hyemi lagi sekali, “Maaf kalau aku ada cakap benda yang sensitive. Sorry again.

“Hyemi.” Nama tersebut meniti dibibir Tae Kyung. “Kalau kau tahu yang aku suka kau, agaknya apa reaksi kau?” Tae Kyung menyoal soalan tersebut pada dirinya sendiri.
Di rumah Ko Hyemi...

“Kenapa Tae Kyung tak balas-balas message aku? Di betul-betul marahkan aku ke? Hish! Sejak bila pulak dia sensitif? Dia kan selalunya happy go lucky. Aish...” Hyemi garu kepala. Dari tadi dia ke berulang-alik dari meja ke pintu bilik. Dia tidak senang hati. Akhirnya dia membuat keputusan untuk pergi ke rumah Tae Kyung yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Cuma selang 3 buah rumah.

Ko Hyemi tarik nafas panjang sebelum mengetuk pintu rumah Tae Kyung. Setelah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal, barulah gadis itu mengetuk pintu rumah Tae Kyung. Tidak lama selepas itu, pintu tersebut dibuka oleh Mak Cik Yun.

“Mak cik, Tae Kyung ada tak?” Hyemi terus bertanya.

Mak Cik Yun memberi senyuman nipis kepada Hyemi. “Ada, tengah dengar lagu. Dari tadi dia tak keluar-keluar bilik. Hyemi pergilah naik atas. Mak cik nak pergi buat kerja sekejap.” Selesai berkata, Mak Cik Yun terus hilang dari pandangan. Tanpa membuang masa, Hyemi terus meluru masuk ke dalam bilik Tae Kyung dan,

“Aku minta maaf!” ujar Hyemi cepat-cepat. Tae Kyung yang sedang mengelamun tekejut apabila menyedari kehadiran Ko Hyemi.

“Kenapa datang? Nak marah lagi?”

Tae Kyung
“Err.. aku minta maaf. Aku tahu, aku tak sepatutnya marah kau pasal tadik tu. Tapi, aku tetap tak suka kau buat macam tu. Cuba kalau aku annouce dekat budak-budak ni yang kau suka seseorang. Kau marah tak? Sakit hati tak? Mestilah marah dan sakit hatikan. Lepas tu mesti kau rasa malu nak hadap muka girl yang kau suka tu. Betul tak?”

“Tak. Aku lagi suka. Aku tak akan malu hadap muka dia sebab aku memang suka dia.” Tae Kyung menjawab sambil memandang ke dalam mata Hyemi. Tajam. Hyemi tersentak.

“Betul ke?”

“Betullah. Buat apa nak malu. Patutnya kau sekarang baik-baik dengan Jun Yong tu. Keluar selalu. Biar hubungan makin rapat. Biar kau makin bahagia dan berseri-seri.”

“Kenapa kau bagi tahu budak-budak ni aku suka Jun Yong?” Hyemi menayakan soalan yang langsung tidak diduga oleh Tae Kyung. Tae Kyung pandang tempat lain. Dia cuba mencari jawapan untuk soalan yang diajukan oleh Hyemi.

“Sebab nak kau bahagia. Bila kau bahagia, aku gembira.” Jawab Tae Kyung teragak-agak.

“Ye ke?! Waa.. gembiranya aku dapat kawan macam kau! Aku akan rapatkan diri aku dengan Jun Yong mulai sekarang! Thank!” Hyemi tersenyum gembira.

Thank again! Aku ikut cakap kau tu! Terima kasih tau.” Hyemi terus keluar dari bilik Tae Kyung.

“Kasih diterima,” ucap Tae Kyung dengan lirih. “Kawan? Kau anggap aku sebagai kawan, tapi aku? Aku anggap kau sebagai pasangan aku. Jahatkan aku? Don’t dream about her, Tae Kyung. You’ll never get her.” Tae Kyung mengingatkan dirinya.

Dua minggu sudah berlalu,

“Tae Kyung! Tae Kyung!” Tae Kyung menjengah keluar tingkap apabila terdengar namanya dipanggil. Dia nampak Hyemi melambai-lambai tangan kepadanya.

“Apa dia?!”

“Jom keluar! Aku ada hal nak bagi tahu!” Hyemi masih lagi melambai-lambai tangan kepada Tae Kyung. Mukanya tampak berseri-seri.

“Sekejap! 5 minit!” Tae Kyung cepat-cepat memakai baju dan minum air sebelum keluar rumah.

***

Tae Kyung tidak tahu hendak memberi reaksi yang bagaimana. Gembira? Sedih? Tiada perasaan? Dia bingung! Akhir sekali dia mengukirkan senyuman kecil. “Congrat.” Ucapnya dengan perlahan.

“Kau macam tak gembira aje? Kau tak suka ke?” Hyemi bertanya. Nada suara yang dituturkan oleh Tae Kyung langsung tidak menggambarkan perasaan gembira mahupun sedih. Tetapi seperti tidak berperasaan.

“Eh, mana ada. Aku sukalah. Yalah, akhirnya kau jadi pasangan Jun Yong. Semestinya aku gembira sebab tak sia-sia aku sebarkan pasal kau suka Jun Yong.” Tae Kyung menafikan kata-kata Ko Hyemi. Hyemi hanya percaya sahaja cakap Tae Kyung.

“Apa-apa pun, thank to you! Kalau kau tak buat macam tu, tak bagi aku semangat, gerenti aku tak dapat jadi kekasih Jun Yong! Thank! Gembira hati aku bila Jun Yong melamar aku jadik kekasih dia tadi.”

No biggie. We’re friends right.” Tae Kyung mengukir senyuman pahit. Dia tahu hatinya sudah tidak menentu. Dia mahu pergi dari sini. Dia mahu pergi jauh dari Hyemi. Dia terasa seolah-olah beban yang berat apabila Hyemi memberitahu bahawa dia sudah menjadi kekasih Jun Yong. Kekasih!

“Alamak!” Tae Kyung tepuk dahi. “Aku terlupa pulak. Petang ni aku kena keluar pergi jumpa kawan-kawan. Jadi, aku kena balik sekarang. Jumpa esok.” Tae Kyung terus melarikan diri. Dia langsung tidak berpatah balik. Hatinya sakit. Terlalu sakit. Pedihnya memang tidak terkata.

Tae Kyung tersandar dibalik pintu biliknya. Dia memegang dadanya erat. “Kenapa kau bersedih? Kau jugak yang mahu dia bersama Jun Yong. Kenapa hati? Kenapa kau bersedih?” Tae Kyung bermonolog sendirian. Dia mengetap bibirnya. Rapat.

“Hyemi, mulai sekarang aku tak akan ganggu kau lagi. Aku akan jauhkan diri aku dari kau. Biarlah kita jadi begini. Asalkan hati aku tidak sakit.” Tekad Tae Kyung.

***

13 April 2011
Kenapa aku terasa bahawa dia semakin jauh dari aku?
Kenapa aku terasa bahawa aku kehilangan dia?
Aku jatuh cinta padanya?
Tidak mungkin! Hanya Jun Yong yang bertakhta dihatiku.
Tapi kenapa? Kenapa aku terasa kehilangan? Kenapa?

Ko Hyemi menutup diari. Dia memicit dahinya perlahan. Entah kenapa dia terasa dia semakin kehilangan Tae Kyung. Setelah hampir 3 bulan dia bergelar kekasih Jun Yong. Tae Kyung mula menjauhkan diri. Dia perasan itu. Atau itu hanya perasaannya sahaja? Entahlah, dia tiada jawapan untuk itu.

Hyemi tarik nafas dan mula membetulkan segala urat-uratnya. Kerusi yang diduduki, ditolak ke belakang. Dia kemudiannya, merebahkan diri atas katil. “Hari esok merupakan permulaan yang baru.” Ucapnya perlahan. Dia terus tertidur dalam sekejapan.

***

Hyemi membaca message yang baru diterima sekejap tadi. Dia merengus kecil. Sejak akhir-akhir ini, Jun Yong banyak memberi alasan apabila dia mengajaknya keluar. Hyemi menggerak-gerakkan mulutnya sambil berfikir. Dia akhirnya mengukirkan senyuman kecil.

“Tae Kyung!” Jeritnya dengan nada yang gembira.

Tae Kyung bangun dari tidur apabila telefon bimbitnya berbunyi minta diangkat. Dia sempat menjeling jam yang berada di sebelah katilnya. 7.30 pagi. Tae Kyung garu lehernya yang tidak gatal.

“Siapalah yang ganggu pagi-pagi macam ni? Hari minggu pulak tu.” Tae Kyung mengeluh. Dia mengangkat telefon bimbitnya itu. Suara Hyemi menampar gegedang telinganya. Dia terus mencelikkan matanya.

“Apa? Kenapa?” Tae Kyung bertanya.

“Yalah, yalah. 30 minit nanti aku sampai.” Tae Kyung bingkas bangun dari katilnya. Dia terus bersiap-siap setelah selesai bermandi-manda.

Hyemi merungut kecil apabila kelibat Tae Kyung langsung tidak kelihatan setelah 40 mnit berlalu. “Hish! Kata 30 minit. Ni dah 40 minit. Ish!”

Hyemi membuat keputusan untuk pergi ke rumah Tae Kyung, baru sahaja dia hendak membuka langkah, Tae Kyung sudah sampai di hadapan muka pagar rumahnya. Hyemi berjalan mendekati Tae Kyung. “Kata 30 minit.”

“Memang 30 minit pun,” Tae Kyung membuat muka tidak bersalah.

“Dah lebih 30 minitlah!” Hyemi menjuihkan bibirnya.

“Ye ke? Jam aku belum pun sampai pukul 8 pagi.”

“Hish! Apa-apa ajelah. Jom pergi. Mana kereta?” Hyemi menyoal.

“Ha? Kereta?”

“Yalah, tak akan nak jalan kaki pergi pusat beli-belah.”

“Katalah nak pergi beli-belah. Jom pergi rumah aku sekejap. Aku nak pergi ambil kunci kereta.”

“Okey.” Mereka berdua berjalan ke rumah Tae Kyung. Masing-masing mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang hendak dicakap.

***

“Tae Kyung, err.. aku nak pergi toilet kejap. Tunggu tau.” Hyemi pantas berlari menuju ke tandas. Tae Kyung mengeluh. Setelah 5 minit berlalu, tiba-tiba dia ternampak kelibat seseorang menarik perhatiannya. “Jun Yong? Dengan perempuan lain? What the...” Tae Kyung pantas berjalan menghampiri pasangan tersebut.

We need to talk.” Tae Kyung menepuk bahu Jun Yong kasar. Jun Yong tersentak.

Talk? About what?” Jun Yong membuat muka tidak bersalah. Tae Kyung menggenggam penumbuknya erat.

Tidak jauh dari situ, Hyemi mencari Tae Kyung. Tanpa disangka, dia ternampak Jun Yong, Tae Kyung dan seorang perempuan yang jelita berada tidak jauh dari tempatnya. Hyemi pelik. Dia terasa ada sesuatu yang tidak kena. Melihat muka Tae Kyung seperti menahan marah dan muka Jun Yong seperti biasa dan perempuan tersebut memegang lengan Jun Yong seperti tidak mahu melepaskannya membuatkan Hyemi mengambil keputusan untuk mendengar apa yang mereka perkatakan.

Dia mula melangkah menghampiri mereka bertiga. Hyemi mengambil keputusan untuk menyorok di belakang rak yang terdapat di dalam kedai itu. Dia membelek-belek barang yang berada di rak tersebut. Dalam pada masa yang sama, dia memasang telinga mendengar segala percakapan mereka bertiga.

“Kau janji dekat aku kau tak akan menduakan Hyemi lagi sekali.” Keras suara Tae Kyung berkata. Hyemi mula tertarik mendengar percakapan mereka.

“Ya, tapi aku kata, aku tak akan menduakan Hyemi dengan perempuan yang sama,” Hyemi tekup mulutnya. Nada suara Jun Yong seolah-olah tidak bersalah.

“Kau!” Tae Kyung menengking Jun Yong.

“Apa? Kau nak tumbuk aku? Tumbuklah sampai kau puas, Hyemi tetap sukakan aku. Bila dia nampak muka aku lebam, aku kata kau yang buat. Mesti dia lagi benci dekat kau.” Sinis, Jun Yong berkata. Tae Kyung ketap gigi geram.

“Abang, siapa dia ni? Siapa Hyemi?” Suara perempuan yang seakan-akan hendak menggoda kedengaran.

“Dia ni lelaki yang pengecut. Tak berani meluahkan perasaan dekat Hyemi. Hyemi tu pulak, perempuan yang bodoh. Dia sukakan abang, tapi abang tak sukakan dia pun. Just want to play with her. Tapi sayang memang perempuan yang abang suka.” Perempuan tersebut ketawa kegembiraan mendengar kata-kata Jun Yong.

Hati Hyemi terbakar. Dia mengetap bibir menahan marah dan rasa sedih yang makin mencengkam.

“Kalau kau menduakan Hyemi. Aku bagi tahu dia,” Tae Kyung memberi amaran.

“Kalau dia tahu, apa yang dia boleh buat? Marah aku? Dia tak akan berani punya. Dia tak mungkin dapat buat apa-apalah.” Jun Yong ketawa jahat. Hyemi terasa hendak melempang Jun Yong ketika itu. Tetapi disabarkan hatinya. Dia akhirnya membuat keputusan untuk pergi dari situ.

***

Hyemi memandang telefon bimbitnya, sudah tiga hari selepas kejadian di pusat beli-belah belalu. Sudah 3 hari juga dia membuat keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Jun Yong.
Telefon bimbit disebelah dicapainya. Dia menarik nafas dan mengetap bibirnya. Dia menekan nombor telefon Jun Yong dan kemudiannya menekan butang hijau. Kali ini dia sudah tekad untuk tiada sebarang hubungan dengan Jun Yong.

Hyemi menanti panggilannya dijawab dengan penuh rasa debar di dada. Dia mengetap bibir menahan gemuruh. Walaupun hatinya sakit, namun ia lagi sakit jika dia masih mengikat diri dengan Jun Yong. Penipu! Kaki perempuan!

“Hello Hyemi. What do you want?” Suara Jun Yong kedengaran.

“Awak ada perempuan lagi dibelakang saya ke?” soal Hyemi dalam nada yang rendah.

“Jadi awak tau? Baguslah. Kita putus.” Talian terus terputus selepas itu. Bukan Hyemi yang memutuskan tetapi Jun Yong.

Hyemi terkedu sebentar. Dia memejam mata rapat. Jun Yong memang lelaki tak berguna! Setelah dia menenangkan dirinya. Dia cuba mengukirkan senyuman. Dia duduk perlahan-lahan di birai katil. Pipinya dikembungkan. Setelah dia tenang. Dia menghantar message kepada Tae Kyung.

Tae Kyung membaca message yang dihantar oleh Hyemi. “Keluar jalan-jalan? Malam ni?” Tae Kyung bercakap sendirian. Dia membalas message Hyemi setelah membuat keputusannya.

Hyemi membaca message dari Tae Kyung. Sebaris senyuman kecil terukir dibibir.

***

Hyemi dan Tae Kyung duduk di atas buaian sambil memandang bintang-bintang yang berteraburan di langit.

My mom always said that, someone who looks at the stars in the sky is in love.” Hyemi berkata-kata. Matanya masih lagi memandang bintang-bintang di langit. Tae Kyung tersentak lalu memandang Hyemi.
Kemudian, dia mula memandang langit semula, “Kenapa kau cakap macam tu?” Tae Kyung bertanya.

“Mesti kau sedang dalam cinta, kan?” Hyemi kalih mukanya dari memandang langit ke muka Tae Kyung. Tae Kyung mengukir senyuman kecil.

“A’ah aku memang dalam cinta pun. Kenapa?” Tae Kyung memandang muka Hyemi.

“Siapa perempuan yang bertuah dapat kau?” Hyemi bertanya. Senyuman masih kekal dibibirnya. Walaupun dalam hati dia rasa sakit kerana Tae Kyung sudah pun dicuri oleh perempuan lain. Dia cintakan Tae Kyung? Ya. Dia cintakan Tae Kyung. Perasaannya pada Jun Yong lain daripada perasaannya pada Tae Kyung. Mungkin dia hanya terpikat dengan kekacakkan wajah Jun Yong.

“Rahsia. She is the last but not the number one. She is my shining star.” Tae Kyung berkata sambil memandang dada-dada langit.

Hyemi sengetkan kepala ke sebelah kanan, “The last but not the number one?” Tanya Hyemi dengan bingung.

Tae Kyung angguk kepala. Senyuman masih belum pudar dari bibirnya. “The last but not the number one.” Ujar Tae Kyung dengan yakin sekali.

“Kenapa bukan the one and the last?”

“Sebab dia tidak pernah ada nombor dan aku tak pernah membanding-bandingkannya dengan semua perempuan yang aku jumpa. Dia adalah perempuan yang sentiasa berada di atas hati aku. Dia juga adalah orang yang terakhir aku cintai. No one can take her position in my heart.” Jelas Tae Kyung. Hyemi ketap bibir. Tae Kyung memang sangat mencintai perempuan tersebut. Bertuah perempuan tu.

“Mesti kau orang tengah gembira sekarangkan?”

Tae Kyung geleng kepala. “Dia telah diambil oleh orang lain.”
Hyemi tersentak, “I’m sorry.”

No need to feel sorry for me. This is life, isn’t it?”
Hyemi angguk kepala. “Ya, life is so difficult.” Hyemi ukir senyum nipis. Dia memandang bawah.

“Kenapa kau cakap macam tu? Apa-apa pun, kenapa ajak aku keluar? Kenapa tak ajak Jun Yong?”

“Hem.. Kau tahu kenapa. Kenapa nak tanya aku lagi?” Hyemi membalas pertanyaan dengan pertanyaan. Tae Kyung tersentak. Dia tergelak kecil.

“Huh? Apa maksud kau? Aku tahu kenapa?”

“Kenapa kau tak bagi tahu aku Jun Yong menduakan aku? Jun Yong ada perempuan lain? Kenapa?”

“Kau tau?”

“Ya. Aku tahu.”

“Aku tak bagi tahu kau sebab takut kau terluka. Nanti kau bersedih, muram dan asyik kurungkan diri. Siapa yang susah nanti? Aku dan family kau jugak yang susah.” Tae Kyung berkata tanpa nada.

“Kalau aku terluka, muram dan kurungkan diri sekali pun. Apa yang kau kisah?” Hyemi bertanya.
Tae Kyung tersentak lagi sekali. Dia menjilat bibir atasnya sedikit. “Mestilah aku kisah. Kau kan kawan aku.”

“Apa-apa pun, kau dah putus dengan Jun Yong ke?” Sambung Tae Kyung.

Hyemi tersenyum kecil, “A’ah, tadik masa aku ajak kau keluar. Masa tu memang dah putus pun.”

Tae Kyung tekejut, “Kau tak sedih?”

“Buat apa nak sedih?” Hyemi bertanya sambil memandang muka Tae Kyung. Reaksi mukanya menunjukkan seolah-olah dia tidak apa-apa.

“Bukan kau sayang sangat dekat dia ke?”

“Dulu. Sekarang tak. Sebab aku ada seseorang yang lebih berharga dari dia. Dan aku takut untuk kehilangan orang tersebut.”

“Seseorang yang lebih berharga dari Jun Yong? Siapa?”

“Kau tahu,” balas Hyemi pendek. Dia memandang langit semula.

“Aku tahu?”

“Ya. Kau tahu.” Hyemi mengukirkan senyuman nipis.

“Orang itu, merupakan seorang pengecut sebab dia tak berani nak meluahkan perasaan dia. Tapi, aku tak kisah, sebab aku cintakan dia.” Tae Kyung tersentak lalu memandang Hyemi. Hyemi juga mengalihkan pandangan ke muka Tae Kyung dan mengukirkan senyuman.

“Tapi, dia kata dia dah ada orang lain. Padahal masa dulu, aku terdengar yang dia ada perasaan dekat aku tapi takut untuk meluahkannya.” Hyemi menyambung lalu memandang ke dada-dada langit semula. Tae Kyung mengalihkan pandangannya ke bawah perlahan-lahan.

***

“Kenapa lambat?” Hyemi sudah tarik muncung sedepa. Dia memeluk dirinya tanpa protes.

“Lambat bangun.” Tae Kyung menjawab tanpa nada seperti selalu. Hyemi pandang Tae Kyung dengan perasaan marah yang membara.

I have called you this morning! And you said that you have woke up.” Keras suara Hyemi berkata-kata.
Tae Kyung garu lehernya yang tidak gatal, “Ya, I have woke up and then… I sleep back.”

What?! Sengaja nak tempah maut ke?”

I’m sorry my dear. I will never do it again.”

“Ya, ya. I’ll never do it again. And then, you do it again.” Hyemi masih memasamkan muka.
Tae Kyung terasa disindir. Dia hanya mampu tersengih. Ingatannya melayang pada peristiwa dimana mereka akhirnya menjadi pasangan kekasih. Pada waktu malam yang beratapkan bintang dan bersimenkan rumput.

Hyemi bangkit dari buaian, dia mahu segera beredar dari situ. Tetapi tindakannya terbantut kerana suara Tae Kyung kedengaran, “Kau tak nak tahu ke siapa perempuan yang aku cintai?”

“Tak payah bagi tahu kalau kau tak nak bagi tahu,” Hyemi membalas sedemikian dan mahu berjalan pergi dari situ. “Kau,” Hyemi berhenti mengejut dan mula berpaling memandang Tae Kyung.

“Ko Hyemi, you’re the last and not the number one. Can you be my girl?” Tae Kyung memandang tepat ke mata Hyemi. Hyemi terkesima.

“The boy that you mention just now, is me, right?” Tae Kyung bersuara lagi sekali apabila melihat Hyemi mendiamkan diri.

“Aku.. aku tak tau nak cakap apa. Aku tak sangka…”

“Just say yes.” Tae Kyung memotong percakapan Hyemi. Hyemi ketap bibir dan mengangguk kepala perlahan-lahan.

“I want to be your girl,” ucap Hyemi hampir tidak kedengaran. Tae Kyung tersenyum gembira. Hyemi pula memandang bawah.

Pada malam itu, bersaksikan bulan dan bintang yang berada di langit, mereka berdua menjadi pasangan kekasih.

“Tae Kyung! I’m talking with you! Not with statue!” Bentak Hyemi geram. Dari tadi dia bercakap bersendirian manakala Tae Kyung pula asyik merenungnya. Nampak sangat dia fikirannya terbang ke tempat lain!

Sorry, tiba-tiba teringat macam mana kita boleh jadi pasangan kekasih.”

“Awak ni kenapa? Tiba-tiba ingatkan benda tu.” Hyemi sudah merendahkan suaranya. Malu.

“Kenapa? Tak boleh?” Tae Kyung angkat kening. Sengaja mahu menyakat Hyemi.

“Tak adalah. Cuma pelik, kenapa tiba-tiba teringat peristiwa tu. Dalam 2 bulan peristiwa tu berlalu.” Hyemi pura-pura memandang tempat lain. Dalam hati dia malu teramat sangat. Peristiwa tu agak memalukan baginya.

“You’re blushing.” Tae Kyung menyakat Ko Hyemi.

Blushing?” Hyemi meraba mukanya sendiri. Dia menekan-nekan mukanya.

“Malu?” Tae Kyung masih terus menyakat.

“Mana ada.” Nafi Hyemi.

“Betul ni?”

“Betullah.”

“Betul ni?”

“Betul!”

“Hurmm?”

“Tae Kyung!”

Tae Kyung tergelak kegembiraan. Hyemi mencubit-cubit lengan Tae Kyung kerana mengusiknya. Orang ramai yang lalu lalang disitu langsung tidak dipedulikan oleh mereka.

Tiba-tiba, Tae Kyung menyeluk poketnya dan mengeluarkan seutas rantai. Buah rantai tersebut berbentuk bintang. “For you, my shining star. Maaf sebab bagi rantai ni sekarang.” Hyemi terkedu. Rantai yang berada di jari Tae Kyung dilihatnya. Cantik.

Tae Kyung memakaikan rantai tersebut pada Hyemi dia sempat membisikkan, “You’re blushing again.” Hyemi mencubit sekuat hati lengan Tae Kyung lagi sekali. Tae Kyung mengaduh kesakitan. Hyemi tolak Tae Kyung ke tepi dan menjelirkan lidah padanya.

Mereka akhirnya berkejaran di taman perumahan tersebut. Jelas kelihatan cahaya kegembiraan diwajah mereka berdua.

p/s : Sorry kalau ada apa-apa mistake, typing error or so on. Sorry again.
Ilham cerita Dream High and You're Beautiful


http://www.penulisan2u.my/2011/02/cerpen-youre-my-shining-star/

3 comments:

lynn lucy said...

ala2...sweetnyerrr...nk tae kyung bleh? ahaks

.sukesuki. said...

lynn > thanx! boley2.. g korea cilok dia dulu..hehhe..

Witch a.k.a Okie said...

hello bieyla, ada award untuk bieyla ikhlas dari saya :)

http://powerfullspell.blogspot.com/p/blogger-award.html